RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 3
Tarikh : 25 Ogos 2010
Masa : 8.00-9.00
pagi (60 minit)
Tahun : 3 Bestari
Mata
pelajaran : Bahasa Melayu Tahun 3
Tema : Keluarga
Tajuk : Jasa Ibu
Objektif : Pada
akhir pembelajaran, murid dapat :
1. Membaca
teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2. Menyatakan lima isi penting daripada
teks yang telah disediakan.
3. Menulis lima ayat majmuk dengan
menggunakan kata hubung yang betul.
Fokus
utama : 6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan
isi sampingan daripada teks
Aras 2 (i) mengecam isi penting daripada pelbagai
bahan bacaan.
Fokus
sampingan : 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan
sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras
2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan pada penekanan pada
intonasi berdasarkan tanda baca
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk
Aras 3 (i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk yang lengkap.
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk
Aras 3 (i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk yang lengkap.
Sistem bahasa : Tatabahasa - tanda
baca, kata hubung, sebutan/int
Kosa kata - menyayangi, berbudi bahasa, membantu, derhaka, gembira, dll.
Kosa kata - menyayangi, berbudi bahasa, membantu, derhaka, gembira, dll.
Ilmu :
Pendidikan Agama Islam dan Moral, Pendidikan Muzik
Nilai : Hormat, kasih sayang.
KBT :KB-,
menyenaraikan, belajar cara belajar
Kontekstual,
Konstruktivisme
BBM : Petikan
teks syarahan ‘Hargai Pengorbanan Ibu’, Kad imbasan, Lembaran kerja, Klip video syarahan ‘ Hargai
Pengorbanan Ibu’, Klip video lagu ‘Ibuku’.
Masa / Langkah
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti P& P
|
Catatan
|
Set Induksi
(5 minit)
|
Klip video
syarahan ‘Pengorbanan Ibu’.
|
1.Guru menayangkan klip video
syarahan bertajuk ‘Pengorbanan Ibu’
2.Guru meminta murid menonton
sambil mengenal pasti nama sebutan, intonasi dan gaya syarahan yang terdapat
dalam klip video tersebut.
3. Murid mendengar dan menyatakan
sebutan, intonasi dan gaya syarahan dalam klip video yang telah ditonton .
|
BBM
-Klip video syarahan‘Pengorbanan
Ibu‘
KBT
Kontekstual
Kecerdasan pelbagai
Kemahiran berfikir
Nilai : hormat, kasih sayang
|
Langkah 1
(20 minit)
|
Bacaan teks syarahan ‘Hargai
Pengorbanan Ibu’
|
1. Guru memilih 5 orang murid
membaca teks syarahan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2. 5 orang murid menyampaikan
syarahan berdasarkan teks ‘ Hargai Pengorbanan Ibu’ dengan sebutan dan
intonasi yang betul.
|
Kemahiran Lisan
Teori Behaviourisme
Sistem bahasa:
Sebutan, intonasi
kontekstual
|
Langkah 2
(15 minit)
|
5 isi penting Teks syarahan ‘
Hargai Pengorbanan Ibu’
|
1.Guru
membahagikan murid kepada lima kumpulan dan setiap kumpulan.
2.Guru mengedarkan teks syarahan bertajuk ‘Hargai
Pengorbanan Ibu’ kepada murid-murid.
3. Guru meminta setiap kumpulan mencari 5 isi
penting daripada teks syarahan yang diberikan.
4. 5 orang murid menyatakan dan menyenaraikan 5 isi
penting di papan hitam
|
Kemahiran Membaca
BBM
Teks syarahan ‘Hargai Pengorbanan
Ibu’
Kemahiran Berfikir- menyenaraikan,
belajar cara belajar
Koperatif, kontekstual
Nilai: Kerjasama
|
Langkah 3
(15 minit)
|
Ayat
Tunggal dan Ayat Majmuk
Kata
Hubung:
- dan
- tetapi
|
1. Guru
menerangkan penggunaan kata hubung ‘dan’ dan ‘tetapi’.
2.Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.
3.Murid membina 5 ayat majmuk berdasarkan ayat
tunggal yang diberikan dalam lembaran kerja.
4.Guru meminta 5 orang murid menyatakan jawapan dengan
kuat dan jelas.
|
Kemahiran Menulis
KBT:
Konstruktivisme,
Kemahiran berfikir:
Kemahiran Belajar Cara Belajar
Sistem bahasa:
Kata hubung
|
Penutup
(5 minit)
|
-Rumusan isi
-Murid-murid diminta menyanyikan
lagu ‘Ibu’
|
1.Guru merumuskan P&P dengan
sesi
soal jawab bersama murid.
2.Guru memasang klip video lagu
‘Ibuku’
3.Murid dan guru menyanyikan lagu
tersebut bersama-sama. |
BBM: Klip Video Lagu ‘Ibuku’
Nilai : Hormat, kasih sayang
|
Hujung Tinta:
~ Malam ini hanya menghabiskan waktu dengan siapkan RPH. Ada hikmah juga encik kata RPH yang aku bagi ada jumpa di internet, secara langsung boleh gak praktis menulis RPH sebelum nak berpraktikum bulan 3 nanti hehe.
~ Siapa-siapa nak ambil untuk digunakan sebagai contoh atau rujukan, boleh je, tapi lebih baik minta izin dulu ya.. Sebab hasil kerja kan.. =)
3 comments:
bakal guru la nie?? hi3
hehhehe..teringat ada satu sbjk ila kena buat cmneh..haiya....
fening jgk kepala..heheh...sbb xdk asas tetiba kna ngajar budak2..heheh
erk..
dear, ngajar dajah 3 ke?? hehe..
kite sem tujuh ;)
Post a Comment