Tabung Masa Depan
Wednesday, September 5, 2012
Seronok Mengajar, Biarpun Mencabar
Assalamualaikum..
Lamanya tak menulis.. setiap kali ada niat nak menulis, bila nak buat je mesti hilang mood dengan tiba-tiba. Apatah lagi sekarang aku tengah bz berpraktikum ini. Banyak sangat aralnya huk huk..
Ini ada kesempatan sikit ni, sempatlah aku mencoret sikit suka duka aku di sekolah. hurmm.. Praktikum kali ini jauh berbeza dari praktikum lepas. Lebih mencabar, lebih meletihkan. Lagi-lagi budak yang aku dapat kali ini ada yang agak bermasalah.
Kat sini, aku dapat mengajar dua kelas, 1 kelas tahun 3 Amanah(kelas first), 1 lg kelas 4 Ikhlas(kelas second). Bagi aku, untuk mengajar tahun 3, tak banyak masalah sebab kelas pandai, jadi dari segi kawalan kelas, kerjasama murid dan pencapaian murid, kelas ni sangat memuaskan. Cuma masalah aku bagi kelas 4I. Bagi aku, biarpun kelas ini dalam kategori kelas kedua(sederhana), tapi sangat mencabar coz dalam kelas ni, ada beberapa org murid bermasalah. Kiranya, kalo aku x dpt control 3-4 org ni, habislah P&P aku, bukan setakat nk capai objektif, nak kawal kelas je dah amik masa banyak da huhu.
Murid 4I yang selalunya memberi masalah kepada aku, ada 3 orang, namanya Ruzmi, Aman, dan Yazir (bukan nama sebenar). Even murid lain ada gak nakalnya, tapi dengan 3 org ni, aku mmg terpaksa bg tumpuan yg lebih. Mereka sangat aktif sbenarnya, suka angkat tangan, suka jadi ketua, suka jawab soalan, tapi ke'excited'tan diorang ni boleh ganggu gugat P&P aku, lagi-lagi bila tengah di-observe lecturer.
Bila aku tak pilih diorang, mulalah masalah, konon merajuk la, tak nak bagi kerjasama dengan aku. Aduh peningnya kepala nak mengadap. Sebab biarpun ada murid bermasalah, perhatian mestilah diberi sama rata kepada semua, kan! Punyalah aku ni nak kawal diorang, sampai hari tu aku ditegur lec coz panggil budak yang sama. Aduhh..
Tapi entahlah, bila mengadap masalah camni, baru kita nampak cabaran sebenar sebagai seorang guru. Walau siapapun, macam manapun sikap murid itu, sama ada nakal atau baik, pandai atau lemah, GURU yang kena tahu mengawal masalah ini. Tugas seorang guru adalah memastikan muridnya dapat belajar daripada P&P, dan mencapai objektifnya. Bukan salah murid kalau mereka nakal, tidak mendengar kata, degil atau sebagainya. Kerana sikap-sikap ini adalah lumrah seorang murid sekolah rendah, yang sedang belajar perkara-perkara baru dalam hidup.
Aku cuba menghadapi cabaran ini dengan sebaiknya, mempelbagaikan aktiviti dan alat bantu mengajar supaya dapat tacle perhatian diorang. Bila dapat settlekan masalah ini, baru aku tau apa manisnya menjadi seorang guru. Seronoknya bila murid menghargai kita, menyedari kewujudan kita dan ingat pada kita. Alhamdulillah...
Setakat ini sahajalah coretan aku, insyaAllah ada masa nanti aku update lagi.
To be continued.......
katakan like jika best ya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
alahai cikgunya sama je comel dgn murid2..huhuh
Zakia~
yeker comel? alahai malu kite hik2 ~,~
Post a Comment