Tabung Masa Depan

Sunday, September 28, 2014

Di Mana-mana Ada Peluang

Assalamualaikum dan Selamat sejatera... Hari ini... ahad, 28 September 2014... aku dapat rasa banyak perubahan dalam diri aku. Sejak aku sahut peluang ini, sejujurnya life aku jadi semakin mencabar. Masa aku jadi semakin suntuk. Tetapi, why not we take as a challenge. Tak ada masa ? Allah kurniakan masa 24 jam dalam hidup kita. So, adakah sebelum ini kita gunakan kesemua 24 jam tu dengan sebaiknya? Jadi, aku cuba refresh balik, dan susun atur semula life aku. Alhamdulillah, sekarang ini aku mula menyesuaikan diri, kejutkan diri dan perbetulkan semula life aku. Aku pandang peluang yang aku dapat ini dari sudut positif. Aku lihat semua cabaran, tekanan dan kekangan ini sebagai satu peluang untuk aku jadi lebih baik. Malah sekarang aku nampak semua perkara yang ada dalam hidup aku sebagai satu peluang, dan nampak di mana-mana pun ada aku berada, semuanya ada peluang dan manfaatkan semua itu dengan sebaik-baiknya. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan aku untuk berubah, dan aku majukan diri aku selepas ini, InshaaAllah. .. katakan like jika best ya!

Thursday, August 21, 2014

Kenapa Tidak Boleh Sebarkan SOFT COPY Laporan Penyelidikan Tindakan??



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Apa khabar kawan-kawan semua? Mudah-mudahan sihat hendaknya. Kali ini Ieqa ingin berkongsi luahan dan pendapat hati Ieqa.


Memandangkan sekarang sudah semakin menghampiri hujung tahun, jadi sudah semestinya bagi adik-adik junior semester akhir di IPG sekarang ini sedang berhempas pulas menyiapkan tugasan Kajian Penyelidikan Tindakan yang perlu diselesaikan bagi memenuhi syarat untuk bergraduasi nanti. Ada sedikit perkongsian dan peringatan yang ingin Ieqa beritahu dan ingatkan.


Mungkin bagi beberapa individu menganggap laporan penulisan penyelidikan tindakan yang anda siapkan sebenarnya tidak penting, hanya sekadar untuk lepas belajar di IPG. Bagi sesiapa yang beranggapan seperti ini, anda sebenarnya SALAH SALAH SALAHHHH!!


Kenapa Ieqa cakap begini ya? Haa meh Ieqa habaq satu satu naa..


Berdasarkan pengalaman Ieqa menyiapkan Penyelidikan Tindakan Ieqa, perkara pertama yang paling penting sekali adalah hasil penyelidikan ini merupakan bukti kajian situasi sebenar pengajaran anda dan paling penting hasil pengalaman pertama anda. Macam mana anda tergamak hendak berkongsi bulat-bulat titik peluh anda yang julung-julung kalinya anda buat kepada orang ramai. Ingat mudah ke nak buat?? Rasanya siapa-siapapun yang berusaha menyiapkan laporan kajian tindakan ini, mesti hampir setahun makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah, otak serabut sepanjang tahun akhir itu semata-mata hanya kerana satu penyelidikan tindakan! Serious Ieqa bagitahu pada awak semua! So, adakah mudah sangat kita nak memberi kepada yang tidak berhak sesuka hati begitu sahaja???





Sebab kedua, jangan pelik jika penyelidikan tindakan yang anda buat macam entah hape-hape je sekarang ini boleh jadi satu bahan rujukan terkemuka untuk seluruh negara malahan mungkin untuk seluruh dunia. Adakah Ieqa berangan terlampau tinggi? Tidak!! Sebab, sepanjang Ieqa menyiapkan tugasan penyelidikan tindakan Ieqa, Ieqa pernah jumpa rujukan/reference kajian yang seperti kajian Ieqa yang dibuat untuk Tesis Master dan Tesis PhD. Haa.. Nampak tak kat situ kepentingan kita menjaga softcopy bahan penyelidikan tindakan kita? Mungkin jika Ieqa, dan awak semua, InshaaAllah diberi kesempatan dan peluang untuk menyambung pelajaran nanti, penyelidikan tindakan semasa ijazah awak semua ini boleh dipanjangkan dan dikaji lebih mendalam untuk Tesis Master dan Tesis Phd awak semua.Malahan, Ieqa siap guna lagi bahan kajian Ieqa ini untuk Pertandingan Inovasi lagi tau. Jadi, penting tak kajian tindakan awak tu???


Sebab ketiga pula, perkara utama yang kita nak elakkan adalah amalan PLAGIAT yang teramat meluas dalam kalangan pelajar-pelajar di mana-mana institusi pendidikan. Jika mudah sangat kita sebarkan soft copy hasil penyelidikan yang kita buat, tidak mustahil orang yang mengambil hasil kerja kita tu guna jalan short cut je nak siapkan kerja diorang.Yela, benda dah depan mata, apa susah-susah, edit apa-apa yang patut pastu tukar nama kata dia yang punya. In case la satu hari nanti dia boleh mendalami kajian itu, dan satu hari awak nak guna balik kajian awak, tiba-tiba ada orang saman awak sebab didakwa memplagiat kajian orang lain sedangkan itu kajian awak sebenarnya. Tapi waktu itu awak tak boleh nak buat apa-apa sebab dia dah branding hasil kerja awak sebagai hak milik terpelihara dia. Haaa jangan-jangan main sekarang ini zaman saman menyaman ya. Maklumlah nak dapat jadi jutawan ekspres kann hehe.


Sebab keempat, penyelidikan tindakan awak semua ini amat penting bila awak dah jadi guru nanti, apatah lagi masa tahun pertama berkhidmat di sekolah. Untuk pengetahuan awak semua, guru-guru baharu mesti mengikuti program PPGB, atau nama panjangnya Program Pembangunan Guru Baharu. Dalam tugasan yang Ieqa peroleh ni, kami cikgi-cikgi baharu ni diminta untuk menyediakan satu laporan penyelidikan tindakan sebagai syarat untuk pengesahan jawatan sebagai guru nanti. Jadi, kalau dah ada bahan untuk penyelidikan tindakan semasa ijazah lepas, dan kebetulan murid kita sekarang ini pun mempunyai masalah yang sama seperti responden kajian dahulu, apa salahnya kita jadikan kajian lepas kita rujukan mahupun susulan untuk kajian bagi program PPGB ini nanti. Haa penting tak itu?


Panjang lebar kan Ieqa dah explen seketoi seketoi kat awak semua. Jadi, jagalah kerahsiaan SOFT COPY penyelidikan tindakan anda. Bagi yang ada mesej Ieqa, komen blog Ieqa siap bagi email lagi untuk send softcopy, Ieqa minta maaf sangat sebab tak dapat nak kongsikan. Jika benar-benar memerlukan, awak semua boleh rujuk LAPORAN PENUH PENULISAN penyelidikan Tindakan Ieqa di IPG Ieqa, IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu, atau rujukan RINGKASAN LAPORAN atau PROSIDING penyelidikan Ieqa yang Ieqa kongsikan dalam entry sebelum ini. (link)



So, please please please jangan kata Ieqa sombong, kedekut atau seumpama dengannya. Kalau bahan untuk assignment biasa, inshaaAllah kalau ada Ieqa akan kongsikan, tapi berbeza jika laporan penyelidikan tindakan, memang berat hati banyak la nak share sory yang amat ya. Harap anda mengerti akan perasanku ini huk3.. Sayonara....







katakan like jika best ya!

Monday, August 11, 2014

.Jom Makan Di Restoran Singgah Selalu, Johor Bahru.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Semalam,rasa kecapekan yang amat selepas bershoping sakan beli barang dapur di KipMart Tampoi. So untuk recharge balik tenaga yang hilang sebab shopping itu, Ieqa dan members menyinggah di Restoran Singgah Selalu.

Rasanya orang-orang JB dah biasa dan kenal dah dengan restoran ini. Pada pengamatan Ieqa, even nampak dari luar restoran ini besar amat, tapi bila dah masuk, banyak lagi kedai-kedai yang lain juga macam ala-ala foodcourt.

Sampai sahaja di sana, datang seorang waiter hulur buku menu. Macam-macam benda ada. Nak makan pizza ke, masakan panas ke, western ke, steamboat ke, dan banyak lagi pun boleh. Tak sampai berapa minit kemudian datang lagi beberapa orang waiter dari kedai lain hulur menu kedai masing-masing. Memanglah rambang mata kitorang nak wat pilihan makan apa hee.

Kami group makcik2 Kiah ini makan simple jela. Just ambil masakan panas je. Ieqa ambil crunchy mee kungfu(entah betul tak nama menunya haha). Kawan Ieqa yang lain makan kue teow kungfu, nasi goreng cili padi dan mee ladna. Kami berempat just ambil air limau je konon-kononnya macam diet la kot.

Kat sini memang banyak kedai. Nak cerita satu-satu pun tak dapekla so sementara tunggu makanan Ieqa snap la pic buat tatapan ramai.

Overall makan kat sini ok je. Nak kata gempak sangat rasanya, Ieqa rasa sederhana. Even nampak macam mahal je yela dari jauh boleh nampak banyak lampu berdendang kan, bagi Ieqa harganya still affordable sama je kalau kita makan kat warung tepi jalan. Yang menarik bagi Ieqa kat sini mungkin suasananya dan pilihan makanan yang berbagai.

Perut pun dah konyang, hati pun sudah gumbira, mata pun dah layu.. nak balik tu haa jangan buat-buat lupa tak reti nak bayar ye hihi.

So, apa lagi! Saya dah datang sini anda pula bila lagi?! Heee...

katakan like jika best ya!

Monday, August 4, 2014

Fesyen Raya Aidilfitri Terbaru Family

Assalamualaikum dan salam sejahtera. .

Macam mana raya Aidilfitri tahun ini? Wahh mesti seronok je masing-masing kan. Tahun ini da bermulalah pertukaran shift Ieqa 'menerima' duit raya kepada 'memberi' duit raya pula. Haha yela dah bekerja lah katakan. Adik-adik dan anak-anak buah beratur siap ingatkan awal-awal lagi dah punya nak dapat duit raya daripada Ieqa ni. Sabow jela budak-budak ni haha..

Hari raya tahun ini Ieqa dan family ambil tema biru je. Memandangkan sebelum ini kami tak pernah lagi pakai baju plain yang sedondon, so macam excited bila semua colour seragam dah macam nak marhaban da hihi.

Perasan tak tahun ini ramai yang ambil tema biru dan pink? Haishhh pelik betul Ieqa, macam tahu-tahu je nak pakai matching ramai-ramai kan hihi. Raya first day tahun ini rumah Ieqa agak suram sikit sebab family paksu tak join beraya sekali. Raya kedua barula diorang datang stay kat rumah. So, kitorang raya ketiga tu pakai balik baju raya first semata-mata nak bergambar puas-puas sampai lebam hee..

Fesyen baju raya Ieqa tahun ini? Tahun ini entahla ek, tak berapa nak bersemangat macam sebelum ini. Banyak pakai baju apa yang ada je. Memang tahun ini Ieqa betul-betul bersederhanalah.

Raya pertama...

Raya kedua...

Raya keempat..

Tapi yang lebih menyedihkan Ieqa, tak dapat nak beraya ke kampung mak or ayah di Kampung Sungai Gatom dan Kampung Sawah Baru, Labis. Sedih sebenarnya tapi apakan daya. Tetamu ramai berkunjung ke rumah nak melawat dan menziarah nenek.

Sekali datang ke rumah sampai 5-6 biji kereta tu. Seronok even memang penat melayan tetamu tapi bila tengok kemeriahan raya sangatlah bermakna.

Apa-apapun, Ieqa nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin ya. Semoga kita dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita menyambut Hari Lebaran yang mulia ini, InshaaAllah.

katakan like jika best ya!

Wednesday, July 16, 2014

Koleksi Teks dan Skrip Pengacara Majlis bagi Majlis-majlis Formal dan Tidak Formal



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Apa khabar semua? Mudah-mudahan rakan-rakan semua sihat sejahtera. Hari ini Ieqa ingin kongsikan kepada rakan-rakan yang ingin mencari rujukan bagi menyediakan teks pengacara majlis untuk program-program formal dan tidak formal. Memandangkan Ieqa juga masih belajar untuk menyediakan teks pengacara majlis yang terbaik, jadi banyak juga bahan, laman web dan blog yang Ieqa kunjungi. Namun, antara semua, terdapat satu blog yang hanya memfokuskan penyedian teks pengacara majlis dalam pelbagai jenis majlis. Berikut adalah pautan (link ) ke blog ini:










Ieqa harap, perkongsian Ieqa ini sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan untuk menyediakan teks pengacara majlis yang terbaik. Selamat maju jaya.






katakan like jika best ya!

Contoh Teks Pengacara Majlis Formal


Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Pada hari ini, Ieqa akan kongsikan contoh skrip atau teks pengacara majlis yang Ieqa pernah sediakan sebelum ini. Untuk makluman semua, teks pengacara majlis ini disediakan untuk majlis perpisahan mantan Guru Penolong Kanan sekolah Ieqa, SK Temenggong Abdul Rahman 2. Semoga dapat dijadikan rujukan kawan-kawan.


____________________________________________________________________________


TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN MANTAN GPK HEM STAR 2
  PUAN ZALIHAR BINTI UDIN

TARIKH : 1 JULAI 2014
TEMPAT : DEWAN STAR 2.


BIL.
CUE

ANN
CATATAN
1.
Persediaan Majlis
Diminta hadirin mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi.


4.
Kata-kata Aluan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Yang Berusaha, Encik Mohd Yusof bin Hamat, Guru Besar SK Temenggong Abdul Rahman 2,

Yang berusaha, Tuan Hj Amril bin Mokhtar, Guru Penolong Kanan 1,

Yang Berusaha, EncikMohd Shahran bin Yahya, GPK Kokurikulum,

Guru-guru,

Serta murid-murid yang dikasihi sekalian.



5.
Kata-kata aluan pengacara majlis
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.


Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul di Dewan SK Temenggong Abdul Rahman 2  yang indah ini sempena MAJLIS PERPISAHAN PUAN ZALIHAR BINTI UDIN.


6
Bacaan Doa
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis mempersilakan Ustaz Mohd Mursyid bin Jalil untuk membacakan doa.

Dipersilakan.



6.
Ucapan Murid

Hadirin sekalian,

Majlis kita pada pagi ini dimulakan dengan ucapan daripada __________________________________
__________  , Wakil murid SK Temenggong Abdul Rahman 2.

Dipersilakan.


………………………..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.



7.
Ucapan Yang Dipertua PIBG
Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Atur cara majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang berbahagia Tuan Haji Amin bin Mokhtar, Yang Dipertua PIBG SK Temenggong Abdul Rahman 2.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

………………….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.





Persembahan Multimedia

Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan persembahan tayangan multimedia Memori bersama Puan Zalihar binti Udin, sepanjang perkhidmatan beliau di SK Temenggong Abdul Rahman 2.








Ucapan Yang diraikan,
Puan Zalihar binti Udin
Hadirin sekalian,

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan, yang diraikan, Puan Zalihar binti Udin, untuk menyampaikan ucapannya.

Dipersilakan.


…………………………………………………

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas ucapan Puan Zalihar sebentar tadi.



Ucapan Guru Besar
Seterusnya, majlis mempersilakan Encik Mohd Yusof bin Hamat, Guru Besar SK Temenggong Abdul Rahman 2 untuk menyampaikan ucapan.

Dipersilakan.


……………………

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.



10.
Penyampaian hadiah

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah sebagai tanda kenang-kenangan kepada Puan Zalihar binti Udin.

Dipersilakan wakil daripada pra sekolah untuk menyampaikan hadiah.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Seterusnya,..

Tahap 1
Tahap 2
Kebirus
Unit Kokurikulum


Dengan segala hormatnya dipersilakan.

……..

Terima kasih diucapkan.



11.
Penyampaian hadiah daripada wakil KEBIRUS
Hadirin sekalian,

Mewakili seluruh guru-guru SK Temenggong Abdul Rahman 2, majlis mempersilakan _______________ ____________ ,  wakil KEBIRUS untuk menyampaikan hadiah kenang-kenangan kepada Puan Zalihar.

Dipersilakan.

………..

Terima kasih diucapkan kepada _________________
___________________________ atas penyampaian hadiah sebentar tadi.



11.
Penyampaian Hadiah daripada wakil pentadbir
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah daripada wakil pentadbir kepada Puan Zalihar.

Dipersilakan Encik Mohd Yusof bin Hamat, Guru Besar SK Temenggong Abdul Rahman 2 untuk menyampaikan hadiah.

………………

Terima kasih diucapkan kepada tuan guru besar atas penyampaian sebentar tadi.



13.
Penutup
Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah sebentar tadi, maka berakhirlah Majlis Perpisahan  Puan Zalihar binti Udin.

Mengambil kesempatan, sekali lagi, mewakili guru-guru dan seluruh warga SK Temenggong Abdul Rahman 2, merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada yang diraikan, Puan Zalihar binti Udin, yang banyak berjasa dan menyumbang bakti pada SK Temenggong Abdul Rahman 2.


Akhir kalam,

Songket biru tampak berseri,
Tenunan indah buat arjuna,
Tersilap bicara harap maafi,
Ketemu lagi di lain masa.


14.
Jamuan
Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Puan Zalihar binti Udin diiringi Guru Besar untuk menikmati juadah ringan.

…………

Sekian, saya akhiri majlis dengan lafaz suci wabillahiltaufiq walhidayah, wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.











katakan like jika best ya!

Friday, July 11, 2014

Hadiah Hari Lahir Yang Paling Bermakna



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Alhamdulillah, tanggal 8 Julai 2014, genap sudah umur aku, 25 tahun. Uishh banyak juga dah umur aku ini ye. Kalau nak dihitung dengan pengalaman 25 tahun ini, rasanya sukar untuk diungkap dengan kata-kata.





Aku ucapkan ribuan terima kasih pada kawan-kawan yang sudi ingat kat aku, wish aku. Sangat terharu bila ada korang ingat aku. Terima kasih sangat-sangat.


Tapi ada seperkara lagi yang aku ingin luahkan, hadiah yang paling bermakna dan takkan sesekali aku lupakan sempena hari lahir aku. Tanggal 9 Julai 2014, berakhir sudah hubungan aku dengan seseorang yang amat aku sayangi, seseorang yang sebelum ini aku dambakan akan menjadi bakal suami untuk aku.


Tipulah kalau aku kata aku tak sedih. Hampir setahun aku menanti ikatan yang sah untuk hidup bersama dengan dia. Aku yakin pada dia. Aku percayakan dia. Aku sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk dia. Bersama dia di saat susah senang. Aku sentiasa risaukan dia, memikirkan tentang dia. Aku terima dia seadanya tanpa mendengar suara-suara negatif yang kurang gemar aku bersama dia. Tapi apakan daya, sudah takdir Illahi, hubungan kami berhenti setakat ini.


Tak mengapalah, aku berharap dia akan jumpa dengan sinar cahaya yang dia dambakan. Kita hanya manusia biasa. Walaupun sekuat mana kita berusaha untuk merancang sebaik-baiknya, hanya Allah yang akan menentukan segalanya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Sebab itulah, mungkin Allah tentukan perpisahan ini, kerana Allah tidak mahu aku dan dia menderita kemudian hari. Mungkin aku sebenarnya bukan terbaik baginya, dan dia juga bukan terbaik bagi aku. Dan akhirnya kegusaran hati aku selama dengannya, dan istikharahku selama ini terjawab dengan permintaan daripada dia. Tak apalah. Aku redha. Setakat itu yang aku mampu untuk memujuk hati untuk teruskan hidup.


Kini, aku terpaksa bersendiri lagi, mencari sinar dalam kelam, untukku lengkapkan sebahagian diriku. Hanya  kepada Allah aku meminta, sungguh aku tak mahu hidup bergelumang dalam keadaan tertanya-tanya siapakah SUNAN yang kunanti selama ini. Kerana aku rasa, sudah sampai masanya untuk aku membina masjid bagi diriku pula, supaya aku dapat lindungi hatiku, agamaku, dan imanku. Ya Allah permudahkanlah niat hatiku ini.







katakan like jika best ya!

Saturday, July 5, 2014

Konvokesyen Siswazah Guru Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Januari 2010 di IPBM, Lembah Pantai.


Assalamulaikum dan salam sejahtera.


Apa khabar semua rakan-rakan yang kasihi semua? Selamat Berpuasa rakan-rakan semua. Sebelum ika mencoret kata dengan panjang lebar lagi, ika mohon jutaan kemaafan kepada rakan-rakan yang komen di post ika. Kekangan waktu dek kesibukan sebagai guru, orang kata 'culture shock' ni sedikit sebanyak memberi kesan kepada Ieqa dalam menguruskan jadual waktu Ieqa. Alhamdulillah pejam celik pejam celik dah tiga bulan Ieqa bergelar sebagai guru.


Pada 9 Mei 2014 hingga 14 Mei 2014 yang lepas, Ieqa dan rakan-rakan guru PISMP Ambilan Januari 2010 telah secara rasminya bergelar sebagai siswazah guru. Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur ke hadrat Illahi, akhirnya Ieqa juga dapat melalui detik-detik ketika digraduasikan.







Turn course Ieqa, Sidang 3, 11 Mei 2014. Tapi memandangkan kami dah dapat jubah konvo masa rhearsal 8 Mei lagi, adalah masa Ieqa nak bergambar sakan dengan jubah konvo tu dulu. Habis satu family Ieqa dah merasa baju konvo, baik mak, ayah, adik-adik semualah. Ieqa dah plan awal-awal dah dengan family, nak ajak bergambar sakan dengan baju konvo kat Tasik #entahapanamalah kat Putrajaya sehari sebelum konvo. View dia memang cun melecun kalo nak bergambar, kebetulan ramai juga pasangan berkahwin bergambar kat situ, tak memasal Ieqa sorang-sorang sesat bergambar dengan baju konvo lak tu.. Hahaha.. Apa-apapun, Ieqa rasa seronok sangat tengok muka satu persatu ahli keluarga Ieqa.. happy, lagi-lagi Ieqa lak orang yang pertama konvo dalam family Ieqa kan. Hehehe




Akhirnya, sampai juga masanya my turn untuk berkonvo. Hari ini, Datuk Mary Yap Kain Ching yang akan bagi skrol kat Ieqa dan kawan-kawan Ieqa. Awal-awal dekat pukul 5 pagi lagi kami sekeluarga dah siap-siap nak gerak ke IPG Kampus Bahasa Melayu di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Saja bertolak awal, takut juga jem tengah jalan nanti kelam kabut pula jadinya. Kami solat subuh di surau IPG saja. Daha ramai dah yang datang masa tu. Sebelum hari konvo tu Ieqa memang dah plan dah, tak mahu mak ayah Ieqa kelam kabut masa konvo nanti. Maklumlah, of course mesti ramai orang, dan sesak-sesak, lagi-lagi dengan cuaca panas terik. Jadi, lepas subuh tu Ieqa terus ajak family Ieqa bergambar di studio awal-awal. Bagus bila wat macam ni. First, tak perlu beratur panjang tunggu turn. Second, tak yahla kelam kabut pas konvo nak berkejar ke studio untuk bergambar. Dan yang paling penting, third, mekap konvo masih berseri-seri lagi hahaha. Kalau nak tunggu lepas konvo baru nak bergambar kat studio, alamatnya berkilau-kilauanla muka mek dengan berminyak macam hape, mekap cair dan muke keletihan tarak mud tak maulah aii huhuu..




Rezeki Ieqa, alhamdulillah dapat kelas pertama untuk ijazah Ieqa. Jadi terpaksa lah duduk di baris hadapan, berpisah dengan rakan-rakan seunit Ieqa yang lain. Bila dah duduk tu, tangan ni asyik pic situ sana sini la haha. Dengan siapa-siapa pun boleh time tu kawan tak kenal pun jadi macam dah lama kenal pula hihi.





Tibalah detik-detik untuk mengambil skroll. Satu-persatu nama dipanggil naik ke atas pentas. Subhanallah, perasaan Ieqa masa tu hanya Allah yang tahu. Gembira, sebak, terharu, bersyukur, rasa nak menjerit pun ada bila ijazah tu dah berada di genggaman. Eh eh cop cop cop... itu masa dah ambillah. Tapi.. masa tengah beratur tunggu turn nak naik pentas tu, ha ha ha... debar ni tak payah nak kata lah... sampai jari-jari ini menggigil kesejukan. Mana tidaknya, risau kot nak naik, takut la kot-kot masa panjat tangga tu terpijak kain ke, tak memasal muka Ieqa ni masuk gambar "Dalam sejarah orang naik konvo jatuh tergolek di pentas". Mana nak nyuruk muka oiii huuu~. Mujurlah segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang, dan tak ada apa-apa masalah.





Selepas majlis konvokesyen dah selesai semuanya, Ieqa dan kawan-kawan Ieqa berkumpul. Tengok muka sorang-sorang, dah jadi cikgu dah kawan-kawan aku ini. Dulu sekelas, sekarang semua berpecah ada di Utara, ada di Selatan, ada di Sabah , ada di Serawak. Inilah kawan-kawan aku yang sama-sama berjuang dengan aku selama lima tahun setengah kat IPG dulu. Siyes, rindu. Rindu sangat-sangat zaman belajar dulu. Kami bergambar sama-sama, sayangnya ramai kawan-kawan aku yang tidak dapat join sebab nak bergambar di studio dulu bersama keluarga. Mungkin tak ada rezeki kami nak bergambar sama-sama.




Terima kasih Ya Allah atas kurniaan-Mu kepada ku. Terima mak dan ayah yang sentiasa mendoakan aku, tidak putus-putus memberiku semangat dan kekuatan untuk berjuang di muka bumi ini. Terima kasih kepada semua pensyarah, guru-guru dan rakan-rakan serta semua yang banyak menyokongku sehingga aku mampu berdiri dan memegang segulung ijazah kini.





Sekian sahaja coretan Konvokesyen ku yang panjang lebar ini. Nak cerita satu-satu memang tercapai akalku ler hehe. InshaaAllah lain kali sambung lagi cerita lain ya.






Uit uit jangan pose yang yok ye kat belakang tu!!!!



katakan like jika best ya!

Sunday, April 6, 2014

Keputusan Penempatan Guru Tahun 2014


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Syukur alhamdulillah, Ieqa masih lagi diberi ruang dan peluang untuk berkongsi coretan di medan blog ini. Sungguh, rasa rindu yang teramat untuk menulis, namun dek kekangan waktu yang sentiasa mencemburui buatkan Ieqa sukar untuk meluangkan masa di sini.

Sabtu, bersamaan 29 Mac 2014, adalah tarikh yang telah memberikan kegembiraan yang teramat dalam hidup Ieqa. Keputusan penempatan guru lepasan IPG telah diumumkan. Dan rezeki Ieqa, dapat menyumbangkan bakti mendidik anak bangsa di tanah kelahiran Ieqa sendiri, iaitu di Johor Bahru, Johor. Biarpun bukan di kampung halaman Ieqa, Labis, tapi Ieqa rasa cukup lega kerana ditempatkan berdekatan dengan emak dan ayah Ieqa. Sekurang-kurangnya mudahlah Ieqa untuk pulang ke kampung jika tiada aral melintang menjenguk emak dan ayah.

Rezeki Ieqa kali ini mengajar di sekolah kawasan PPD Johor Bahru, betul-betul berjiran dengan PPD, Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 2, atau dikenali sebagai STAR 2.  1 April 2014, tarikh keramat bagi Ieqa, bermulalah perjalanan hidup Ieqa sebagai seorang pendidik bertauliah, lepasan IPG KDRI, Kuala Terengganu. Nampaknya, tak boleh lagi bertangguh-tangguh nak siapkan kerja bila berjiran dengan PPD ni, takut kalau-kalau dipantau tiba-tiba. Hehe..

Tambahan pula, murid-murid Ieqa di sini semuanya hero-hero belaka. Ini merupakan cabaran bagi Ieqa, apatah lagi berhadapan dengan situasi macam ini. Tak pe Ieqa, you can do it, think positive and take it as a challenge! Go go chaiyuk! Haha. .

Okla, setakat ini sajalah coretan Ieqa. InshaaAllah ada kesempatan Ieqa akan bercerita panjang lebar tentang sekolah Ieqa. Jaga hati, jaga diri, jaga iman, InshaaAllah semuanya selamat.. =)

katakan like jika best ya!

Friday, March 21, 2014

Senarai Biasiswa Untuk Lepasan SPM, STPM dan Diploma Malaysia



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Bagaimana keputusan SPM dan STPM adik-adik semua? Harapnya semuanya sudah berjaya mencapai apa yang diimpikan. Bagi yang kurang berjaya, jangan mudah berputus asa kerana peluang untuk berjaya sentiasa ada di depan mata. Apa yang paling penting keinginan, usaha, keazaman dan tawakal yang membawa kita ke arah kejayaan, inshaaAllah.





Pada hari ini Ieqa telah melihat perkongsian daripada rakan fb Ieqa, Muhammad Syafiq Mohammad (link) berkaitan senarai biasiswa yang boleh dipohon. Berikut adalah senarai biasiswa dan link yang boleh dirujuk:


~ Biasiswa Tun Rahah ( link )

~ PETRONAS Education Sponsorship (Degree) Programme 2014  ( link )

~ Uplands Sixth-Form International Education Scholarship 2014  ( link )

~ Kuok Foundation Scholarship for Malaysia Polytechnics 2014  ( link )

~ MNRB Scholarship Fund 2014  ( link )

~ Yayasan Pelajaran MARA JAD-MJHEP Scholarship 2014/2019  ( link )

~ SHELL Malaysia Scholarship (Undergraduate) 2014  ( link )

~ UC College of Engineering Malaysia Scholarships 2014  ( link )

~ Maybank Foundation Scholarship Award 2014  ( link )

~ Securities Commission Malaysia (SC) Scholarship Award 2014  ( link )

~ Astro Scholarship Award 2014  ( link )

~ Karangkraf Education Fund  ( link )

~ KPM MyBrainSc Scholarship Scheme 2014  ( link )

~ Khazanah Nasional  ( link )

~ PNB  ( link )

~ Sime Darby  ( link )

~ Bank Negara Malaysia  ( link )

~ BIASISWA YAYASAN TENAGA NASIONAL PROGRAM LUAR NEGARA DAN UNITEN  ( link )


Semoga perkongsian ini dapat membantu memudahkan adik-adik untuk menyambung pelajaran nanti. Selamat Maju Jaya ^_^.








katakan like jika best ya!

Sunday, March 16, 2014

#Monologhati - Keresahan



#Monologhati


Hati yang resah, keinginan yang terpaksa dipendam. Apakah daya jika segalanya sudah terbuka namun terkekang dek belantara di depan mata. Untuk mencapai mimpi, kepayahan tetap dirempuh biar calar dan duri melukakan benak dan sanubari.


Apakah ini satu ujian? Apakah ini juga bermaksud petanda?


Entahlah.


Alangkah indahnya jika semua memahami. Girangnya hati jika segalanya direstui. Perjalanan mimpi ini dipermudahkan. Menjadi realiti yang sentiasa diidamkan.


Sungguh, kembara ini terlalu jauh dan menyakitkan. Ibarat pentas drama, suka, duka, bersilih ganti. Jatuh bangun itu sudah lazim sekali.


Namun, kaki masih gagah melangkah terus sehingga ke hari ini. Satu demi satu datang dan pergi. Dan kini, ku dambakan satu. Dia.


Gejolak di hati takkan mungkin dapat terpekung lama. Kerna penantian itu amatlah menyeksakan.


Kadangkala ingin sekali kerongkongku menggetarkan satu-persatu kepada mereka. Fahamlah..


Ya Allah, sehingga hari ini dengan rahmat-Mu, ku diberi kekuatan. Titipkanlah terus kekuatan bagiku Ya Tuhanku agar aku tidak mudah berpaling. Semoga denai menuju bahagia dapat kujejaki.


Sungguh, dia buat aku berasa cukup.


Harap masih terbaki sisa kekuatan untuk diri.


Hingga tiba detik itu.





katakan like jika best ya!

Saturday, February 22, 2014

Pengalaman Temuduga SPP Ieqa dan Contoh-contoh soalan Interview



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Semalam Ieqa semak keputusan interview SPP Ieqa yang lepas, alhamdulillah lulus. Rasa lega sangat. Sekarang ini apa yang penting adalah penantian menunggu penempatan posting. Entah mana lah Ieqa akan dapat nanti. Apa yang penting mudah-mudahan urusan selepas ini dipermudahkan.


Kali ini Ieqa nak kongsikan pengalaman Ieqa interview bersama kawan-kawan semua.





Haa.. itulah status 'kelegaan' selepas interview. Lazimnya, satu bilik akan di-interview oleh dua orang panel, seorang merupakan wakil dari SPP dan seorang lagi adalah cikgu cemerlang bagi course kita. Jadi sebelum interview, perkara yang paling penting yang perlu disediakan mestilah segala perkara yang telah dinyatakan dalam senarai semak : Kad pengenalan, Surat Beranak, Sijil SPM, Kelayakan JPA, Surat Akuan Tamat IPG/ Transkrip Keputusan Semester Akhir dan Sijil-sijil aktiviti atau penglibatan kita sepanjang berada di IPG. Jangan lupa juga ya, sertakan sekali salinan atau fotostat semua-semua tu dengan buku RPH masa praktikal lepas ok!


Semasa menunggu giliran interview, memang rasa nak pecah dada sebab tahan debar. Mana tidaknya, turn Ieqa pula dalam pukul 11 lebih. Jadi, macam-macam rupa Ieqa dapat tengok kawan-kawan yang dah lepas interview tu. Punya lama nak tunggu turn dari pukul 9 pagi lagi dah duduk dalam Pejabat SPP Menara Ansar, Johor Bahru tu. Perangai Ieqa, kalau dah sampai tempat interview, Ieqa memang dah tak boleh nak belek-belek dan nota atau buku SPP tu sebab Ieqa takut lagi banyak Ieqa baca saat-saat akhir, lagi blank nanti masa kena tanya.


Dalam bilik SPP itu, lazimnya akan dipanggil lima atau enam orang sekali. Kebetulan masa time Ieqa dipanggil, ada tiga orang rakan sekelas Ieqa di IPGKDRI, dan dua orang lagi dari IPG Ipoh yang sama bilik dengan Ieqa. jadi rasa kuranglah sikit debarnya sebab geng-geng kita je kan.


Mula-mula, kami dikehendaki memperkenalkan diri, asal, belajar di IPG mana dan apa yang kami buat sekarang. So, biasalah jawapan selamat Ieqa, membantu ibu di rumah la hehe (tiru jawapan orang sebelah je kuikuikui). Kemudian, bermulalah tembak menembak soalan yang ditanyakan kepada kami berenam.


Salah seorang daripada rakan Ieqa diminta oleh wakil daripada pegawai SPP untuk membuat makroteaching 'SET INDUKSI' Bahasa Melayu selama lima minit dan kami hendaklah berlakon seperti dalam situasi di bilik darjah. Selepas itu, setiap seorang perlulah memberi komen berdasarkan pengajaran rakan tadi dan pandangan kita berkaitan 'SET INDUKSI'.


Selepas itu, ada lagi soalan-soalan lagi. Jadi, Ieqa share dengan semua perbualan Ieqa dengan kawan Ieqa berkaitan soalan interview yang ditanya..















Itulah pengalaman interview yang Ieqa dah lalui. Di sini Ieqa share juga pengalaman kawan-kawan Ieqa di-interview.







Kalau nak tahu lagi contoh-contoh soalan interview lain, bolehla kawan-kawan tengok blog Cikgu Mira ini untuk rujukan ya. Lebih banyak pengalaman dan soalan-soalan killer yang ditanya di sini hee. ( link )







Harap perkongsian ini serba sedikit dapat membantu rakan-rakan buat persedian sebelum interview ya. Good luck dan buat yang terbaik okies.







katakan like jika best ya!

Thursday, February 20, 2014

Cara Memohon Guru KGSK / Guru Ganti



Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Hari ini Ieqa mahu berkongsi bagaimana cara untuk memohon untuk menjadi Guru KGSK (Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan) atau guru ganti. Lazimnya, individu yang memohon untuk menjadi guru ganti ini adalah kerana mahukan pekerjaan sementara menunggu untuk ditawarkan kerja lain secara tetap. Bagi Ieqa, sementara menunggu ditempatkan untuk berkhidmat atau 'posting', Ieqa rasa lebih baik Ieqa ambil peluang ini untuk mendapatkan pengalaman, menambahkan pendapatan serta mengisi masa terluang daripada hanya duduk diam menunggu di rumah.





Lazimnya, jadi guru ganti atau KGSK ini adalah bagi mengatasi kekurangan sementara guru di sekolah apabila terdapat ketiadaan guru yang selama ini diisi dengan guru ganti yang tidak mempunyai kelayakan ikhtisas atau pengalaman. Contoh ketiadaan guru:
1. Guru Cuti Menunaikan Haji
2. Guru Cuti Sakit
3. Guru Cuti Bersalin
4. Guru Cuti Rehat Khas
5. Guru Cuti Tanpa Gaji
6. Guru Bertugas Dalam Ko-kurikulum / Ko-akademiK
7. Guru Kursus Dalam Perkhidmatan


Untuk maklumat lanjut boleh tengok sini ( link )


Ok, mula-mula, Ieqa daftarkan diri untuk menjadi guru KGSK di sini ( link ).


Agak lama juga Ieqa mendaftar sejak dari awal bulan Disember 2013 sampai Januari 2014 masih tak ada makluman apa-apa. Jadi, Ieqa ambil keputusan untuk menghubungi dan berjumpa dengan pegawai PPD bahagian KGSK untuk memohon.


Selepas Ieqa call, pegawai itu memanggil Ieqa untuk interview. Time ini Ieqa bawalah semua sijil semasa menuntut di IPG, sijil SPM, surat tamat belajar IPG serta salinan dan tidak lupa juga borang KGSK yang Ieqa dah print. Alhamdulillah rezeki Ieqa, selepas interview pegawai tersebut luluskan permohonan Ieqa dan kebetulan juga ada kekosongan di sebuah sekolah di tempat Ieqa kerana cikgunya bakal cuti bersalin.


Ieqa dapat mengganti cikgu tu mengajar Bahasa Melayu di SJK (T) Labis, Johor. Mula-mula macam tergamam dan gementar juga sebab murid-murid yang bakal Ieqa ajar nanti semuanya murid dari kaum India. Ieqa tak tahu berjaya atau tak Ieqa mengajar nanti, harap-harap diorang boleh menerima Ieqa dan faham PdP Ieqa, tawakal jela. Okla, doakan Ieqa ya 23hb ini dah mula mengajar.





katakan like jika best ya!

Puisi Tradional Masyarakat Melayu : Nazam



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kali ini Ieqa nak berkongsi mengenai salah satu puisi tradisional masyarakat Melayu iaitu nazam. Nazam merupakan salah satu jenis puisi lama yang berasal daripada puisi Arab, telah wujud lebih 100 tahun yang lalu. Nazam seakan-akan menyerupai nasyid tetapi ia boleh didendangkan secara perseorangan atau berkumpulan secara sponton oleh kaum wanita ketika menganyam tikar, membuat ketupat, menidurkan anak dan sebagainya. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh rujuk di sini ( link ).


Jika dilihat, masyarakat kini semakin melupai warisan Nazam. Jika ditanyakan kepada sesiapa, rata-rata akan menggelengkan kepala dan berkata tidak tahu, bagi mereka, puisi tradisional yang mereka tahu adalah pantun dan syair. Oleh itu, Ieqa nak kongsikan sedikit ilmu yang Ieqa telah peroleh semasa menuntut di IPG daripada pensyarah Ieqa, Encik Amir Hamzah bin Yaa'kob.


Berikut adalah salah satu karya puisi tradisional nazam yang telah dihasilkan oleh rakan Unit Ieqa, Nurhafizu Adha, dan telah dinazamkan oleh Rosafandi bin Rosli sempena sambutan Merdeka di IPG Ieqa. Nazam ini telah didendangkan mengikut dendangan muzik Nazam Kasih Ibu dan Ayah  (link) .





 KISAH JUANGNYA

Beratus tahun dijajah orang
Banyak derita bahagia jarang
Bukan sedikit nyawa yang hilang
Akhirnya merdeka kian di ambang

Sungguh dunia ada harganya
Tidak terbeli daulat negara
wang dan ringgit bukan nilainya
jasad dan nyawa jadi maharnya

sedarkah tuan nilai merdeka
sukar didapat senang dilupa
banyaklah orang mengambil lewa

tanpa mengira kisah juangnya. 






katakan like jika best ya!