Tabung Masa Depan

Friday, December 18, 2009

kaWan oOo kaWaN ( paRt 1)

Mana boleh hidup tanpa kawan... Kalo hidup sorang-sorang, baik dok dekat dalam hutan.. masuk hutan pun Tarzan kawan dengan binatang.. haa.. Ada ke yang hidup x pena ada kawan kat sini???



Tapi tu la.. KAWAN.. kadang-kadang x semua kawan boleh percaya.. lagi malang kalo kes kawan makan kawan.. ini ke istilah kawan?? Macam-macam kes pena didengar.. kes kena tipu dengan kawan.. kes kawan rampas awek/pakwe.. kes kawan pecah amanah..musnahkan kepercayaan.. ibarat gunting dalam lipatan, api dalam sekam.. kawan-kawan camni bukan membantu hidup malah mahu memusnahkan hidup lagi ada la..

Ika paling tension bila ada kawan.. depan cakap lain belakang cakap lain.. senang kata talam dua muka.. Ewah ewah ewah.. bila depan mata.. lembut gigi dari lidah.. punya la manis kata-kata.. bukan main baik.. "kita kan kawan.. susah senang aku tetap dengan ko.. ko jangan risaula k".. Amboi.. susah senang bersama-sama la konon.. tapi bila memang betul-betul da susah.. batang hidung pun da tak nampak.. cari bukan main susah.. mane pergi istilah "susah senang sama-sama " tu???



Lagi baran bila ade kes.. kawan yang diberi kepercayaan.. amanah.. " Ko jangan risau..aku janji akan simpan janji ko..rahsia ko rahsia aku jugak".. Tup tup.. esok lusa kecoh sekampung cite angkara si dia.. mulut tempayan punye orang.. kenapa la ada orang yang punye hasad dengki yang begitu  ketara.. disebabkan hal camni wat manusia ni x boleh dipercayai.. Ada kes.. kawan yang jatuhkan kawan.. sebar kan fitnah macam-macam.. " ko nak tau x.. dia kan.. bla bla bla.. teruknya dia tu" hurmm.. ni lagi dasyat.. sampai sanggup makan daging saudara sendiri.. Bak kata kawan ku.. " daripada ko cakap aku macam-macam.. baik ko bunuh jela aku".. Yela.. sakit hati tau.. bila ada orang cerita macam-macam yang x betul.. lagi sakit hati bila tau punca dari orang yang paling rapat. itu ke dinamakan KAWAN??

Kisah benar

Ini kisah yang x dapat dilupakan sampai bila-bila.. Yup.. memang mudah memaafkan.. tapi sukar nak buang parut dek luka yang dibuat gara-gara kerana kau.. KAWAN.. Macam mana tergamaknya kau, KAWAN.. menyebarkan fitnah.. Kau kata kau KAWAN aku.. kau kata.. kau kan tetap dengan aku.. duduk di hostel membuatkan aku bergantung dan mempercayai kau sepenuhnya KAWAN.. tapi kenapa tergamaknya.. kau, oh KAWAN.. menyebarkan sebuah cerita yang amat penting bagiku..merupakan rahsia besarku.. malah kau, KAWAN.. menokok tambah cerita demi menghangatkan fitnah yang kau bina.... dan gara-gara kau.. mulut yang mengata membuat aku kian sengsara.. dan waktu tu kau mula menjauhkan diri dari aku.. kenapa manusia suka sangat sibuk dengan cerita orang lain??? Ngumpat.. ngata.. kutuk-mengutuk.. adakah semua tu da menjadi sebuah hobi yang amat menyeronokkan?? Kerana kau KAWAN.. aku dipulau oleh mereka.. perghh.. sangat peritnya AKU di'damn' oleh semua.. kau takkan faham apa rasanya.. bila aku berdiri di tengah.. dan semua mula marah-marah..semua ni membuat ku menderita.. mana istilah KAWAN yang kau bina.. KAWAN x guna!! tu la yang terdetik dalam hati.. nasib baik kesabaran masih teguh.. ada lagi KAWAN-KAWAN yang setia.. membuat aku terus teguh untuk hidup..



Dan akhirnya terbongkar segala cerita.. kau KAWAN.. memang pembuat angkara.. penyebar fitnah dan cerita.. waktu tu hati aku puas bila semua kebenaran ternyata.. dan kau meminta maaf.. biarpun segala luka yang carit dalam hati msih berdarah.. ku tetap menerima maafmu dengan hati terbuka.. Sebab aku sedar aku jua manusia biasa.. segala yang berlaku pasti ada hikmahnya..itu yang ku genggam erat sentiasa..

******

Kerana itu.. sebelum mengundur kata.. ika ingatkan kepada rakan-rakan semua.. tiada siapa yang boleh dipercaya.. selain diri sendiri.. biarpun kini mungkin ada insan yang setia.. kawan mahupun cinta..tapi tinggalkan 5% ketidak percayaan terhadapnya.. sebab kita x kan tahu apa yang akan berlaku kelak.. x kisahla siapa jua insan itu.. Dan KAWAN.. sekali kau memusnahkan kepercayaan dan keyakinanku padamu.. sampai bila-bila kau pasti akan merana kerana perbuatanmu...






katakan like jika best ya!

18 comments:

zack zukhairi said...

kawan menangis susah nk jumpa. kawan ketawa merata2.

SuRayA^i. said...

stuju ngan komen zack..tp ade je kwn yg bley d prcayai kn..xpe, org buat mcm tu kt kte tp kte jgn sesekali wt jht kt org..kalo ade org story bnde rhsie kt kite juz keep it =)

Eyriqazz said...

Berkawan biar seribu namun hati2 dlm memilih kawan

http://eyriqazz.blogspot.com/

Zuewairy said...

yang penting berhati2 memilih kawan ya~

amirah said...

hermm...susahnya mo piley kawan
ap kata bergerak solo??

ieQa sWetLuv said...

zack~

betul tu zack...

ieQa sWetLuv said...

suraya~

tau x pe.. kawan yang baik pon ada jua.. tapi kerana nila setitik buat kite susah nak percaya yg lainnya

ieQa sWetLuv said...

eyriqazz~

hati-hati di jlan raya.. =)

ieQa sWetLuv said...

zuewairy~

hati2 ja paru2 x de ka??haha

ieQa sWetLuv said...

amirah~

gerak solo? without friend life will alone.. juz bole berkawan but beware jela.. =)

melur said...

suke ngn ayat akhir 2..skali org da buat jht ngn kite ssh kite nk caye die lg kn..

ieQa sWetLuv said...

melur~

hurmm.. betul tu..susah sgt la..ikut ati jahat harap x jumpe dy lagi..x bek nye hati ish3..

Nabiel said...

ngeee~btui2..mmg ssh nk cri kwn yg leh dpercayai kn?
lagi2 zaman skrng nie..huhuu..
ika kwn biel x?hehhee:P

ieQa sWetLuv said...

nabiel~

betul tu biel..sangat susah hurmm.. kite kawan ke biel??hahaha lalalala~ ;p

..::Elm3 Ak3M::.. said...

1 tandan pisang tak smua nya busuk n b'kawan biar la seribu tp kena la pandai memilih..

ieQa sWetLuv said...

elme akem~

ieQa sWetLuv like this*thumbs up*

Aini said...

kawan memang kadang2 boleh menjadi lawan kn..

ieQa sWetLuv said...

aini~

itulah aini.. tapi kite x leyh nak knal sape yang betul2 kwn ataupun lawan..