Tabung Masa Depan

Thursday, December 3, 2009

TraGedi

Pak Kemot berhati-hati menghulurkan bekalan yang diperoleh kepada rakan-rakan lain..


Pak Kemot:  Jangan sampai jatuh, berat ni!!

Memot:  Baik Pak.. kitorang da abes careful da ni!!


sahut si Memot sambil diangguk oleh rakan-rakan lain(teror gak si Memot ni speaking London..). Sudah banyak kali mereka mengatur strategi bagi memperoleh bekalan makanan yang cukup. Lagi-lagi sekarang ni musim hujan, agak sukar untuk mencari makanan. Anak bini di rumah perlu diberi makan.. kalo bukan aku, sape lagi yang nak wat semua ni.. monolog Pak Kemot sendirian.

Mereka cuba melakukan kerja secepat mungkin sebelum pihak musuh menyedari kedatangan mereka. Pak Kemot hanya mampu berdoa mudah-mudahan segala yang mereka rancangkan akan berjalan dengan lancar. Pak Kemot mengarahkan Tomot, Ramot dan beberapa rakan lain untuk mencari sumber di tempat lain. Dikhuatiri jika musuh dapat bau kehadiran mereka dan mereka diserang, maka masih ada lagi yang terselamat dan sempat memberitahu kepada keluarga yang lain akan malang yang menimpa.

Suasana yang sunyi dan sepi memudahkan lagi pekerjaan yang mereka lakukan. Sekali-sekala mereka terpaksa bersembunyi dan membatukan diri lagi2 apabila melihat musuh lalu-lalang di kawasan berdekatan mereka. Dari jauh mereka dapat mendengar suara-suara garau ketawa berdekah-dekah, bikin mereka seram sejuk dibuatnya. Tapi, demi mencari sesuap rezeki, mereka tetap tekun. Bersatu roboh, bercerai roboh. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Begitula sikap yang telah dipupuk dalam diri setiap ahli, membuatkan Pak Kemot menghembus nafas lega melihat anak buahnya bekerja.

Di rumah, Mak Lemot menanti kepulangan suaminya dengan sabar. Sambil membelai rambut anak tunggal mereka, Mak Lemot hanya mampu berdoa agar suaminya selamat pulang. Apa yang penting baginya ialah suaminya. Dia tidak mahu satu-satunya anak kesayangan mereka hidup tidak berbapa, dan dia hidup sendirian. Cinta begitu mendalam terhadap suaminya. Begitulah pengorbanan si ayah, membanting tulang empat kerat bagi menyara keluarga, tidak mengira penat lelah mahupun bahaya yang menimpa.

Dalam kesibukan Pak Lemot dan rakan-rakan melakukan kerja mereka mencari sumber makanan, tiba-tiba..


Along:  Teha, sape ni makan sepah-sepah ni??!! Nampak x banyak semut da kat sini ni !! Sape yang makan kek tadi cepat sapu along x nak nampak ada semut kat sini sekarang!! Segala-gala penuh semut ja rimas betolla!! Cepat la kemas ni!!

Teha:  Achik ngan Iyun yang makan tadila. Bukan kite!!

Along:  Achik, cepat la kemas ni kang mak balik, marah kang!!

Achik:  Yela yela achik buatla ni sibuk je orang tengah tengok tv pon x senang..huh~


Pak Kemot dan yang lain-lain lintang-pukang menyelamatkan diri masing-masing. Penyapu gergasi mula menolak mereka dan bekalan makanan yang dikumpul dalam penyodok sampah. Pak Kemot cube berlari pantas melarikan diri daripada menjadi mangsa keganasan si manusia.Pak kemot tersentak melihat beberapa rakan-rakannya sedang menggelupur kesakitan. Manusia yang dipanggil Achik telah menyembur botol tin berwarna merah ke arah kumpulan mereka. Ape, dia sembur Ridsect??!! Abesla aku!! Abesla anak-anak buah aku!! Lari semua lari cepat selamatkan diri!!


Achik:  Haa.. padan muke korunk!! Aku nak tengok nenek kebaya pon x senang tau sebab korang ni!! Rasakan ni padan muke hahahahahahaaha... Air masak pon korang nak serang gak kan!! Ape benda lagi la yang korang nak serang pelik tol la aku tengok semut zaman moden ni..huh~


Ketawa manusia yang berdekah-dekah membuatkan Memot bertambah sakit hati. Ramai rakan-rakannya terkorban akibat serangan gas beracun itu. Dalam sibuk menyelamatkan diri, Memot ternampak Pak Kemot telah terbaring sambil menggelupur kesakitan. Dia berlari ke arah Pak Kemot.


Pak Kemot:  Memot, larik cepat pak da x larat nak jalan ni.. Pak terkena racun tu.. arghhh...(sambil menahan kesakitan)

Memot: Pak.. jangan tinggalkan kami pak.. Pak kena bertahan.. kasihan Mak Lemot dan menunggu kepulangan pak nanti..

Pak Kemot:  Maafkan pak, sampaikan salam pak kat Mak Lemot kau.. Cakap kat dia jaga anak kita baik2.. Ko lekaslah selamatkan diri ya.. Pak... huh..~ (menghembuskan nafasnya yang terakhir)

Memot:  Pak!!!! Aku akan membela kematian Pak Kemot nanti.. Siaplah ko manusia!! Waaa!!!


Akhirnya Achik tersenyum lega melihat semut-semut tu sume da mati. Padan muke ko.. hahahahaha.. Selepas menyapu semua semut2 yang dah mati tu, dia terus bergegas dok depan TV nak smabung tengok.. naseb baikla TV3 citenyer baru 5 minit, dah iklan 10minit..tapi sempat gak aku ngejekan tadik..hehehe~






p/s: Ingatlah pengorbanan orang-orang yang tersayang. Segala cerita ni diadaptasi dari kisah benar, cuma dialog semut je kasi hentam sikit..hahaha..





katakan like jika best ya!

4 comments:

..::Ak3M::.. said...

hmm pndai mengarang citer ea..bakat tependam dah tekuar..hikhik..
serajin2 semut akhir nyer tumbang juga..keciann

ieQa sWetLuv said...

haha...nak wat cmne nasib dia kot terima jela ngeh3

..::Ak3M::.. said...

tu la naseb si rajin...rajin slh tk rajin pun slh las2 gol juga..adehhh
pas ni citer pe lg? leh wat buku hihi

ieQa sWetLuv said...

haha..adoii jauh lagi ni baru karang cite merepek..haha..x pela langkah pertama la ni kot huhu