Tabung Masa Depan

Monday, January 25, 2010

aNak jeNis apa kAu ini !!!!

Macam-macam kisah yang telah memaparkan tentang sikap seorang anak yang tak kenang budi.. lupa jasa ibu bapa selepas berjaya.. Dimana pergi nilai moral dan sahsiah seorang insan.. Apakah lahirnya seorang individu ke dunia ni hanya secara tiba-tiba?? Apakah berhak seorang anak berlaku keji terhadap orang tuanya???!!



Setelah lama aku tak merakam kalam di blog ini... Hari ini aku diberi kesempatan menulis luahan hati.. tentang perangai manusia yang hilang teladan, hilang tamadun, cetek sahsiah dan moral biarpun punya ilmu yang menjulang tinggi, harta yang menimbun juga kuasa yang kukuh.. Malangnya segelintir manusia yang punya sikap sebeginI terlalu mudah melupakan asal-usul.. bagai kacang lupakan kulit.. Alangkah buruk dan jijik sikap manusia yang berperangai begini..!!

Tika aku membuka dada akhbar, apabila membaca ruangan mengenai sikap hina seorang anak, yang begitu kejam pada orang tuanya, aku rasa seolah-olah ingin menampar anak-anak yang tak kenang budi ini, tak tahu dek untung.. Siapakah engkau di dunia ini jika bukan dilahirkan dari orang tuamu.. layakkah kau hidup di muka bumi ini jika bukan kerana kasih dan sayang mereka yang mendidik engkau, menjaga dan mengasuh engkau dari detik lahirnya diri engkau, dan orang tua mu mengangkatmu dengan penuh bangga dan terharu kerana dikurnia rezeki yang begitu besar tiada tolok bandingya..

Dididik dan diberi pelajaran tinggi-tinggi, .. Segala permintaan engkau mereka cuba berusaha untuk turuti, namun bila engkau berjaya, punya tahap intelektual yang tinggi, minda yang berkualiti, tapi hati busuk macam binatang.. Sanggup engkau mengherdik, menengking, memukul.. Yang paling buruk boleh pula minta sebuah nilai yang besar, 1 juta untuk kesenangan engkau.. Anak jenis apa kau ni??!!


Waktu kau kecil, betapa ibu bapa engkau memberi sepenuh kasih sayang, segala kudrat dicurahkan agar engkau diberi segala yang cukup.. makan, minum, pelajaran.. kasih sayang yang luhur diberi sepenuh hati.. Namun bila engkau dah dimiliki suami.. tegarnya engkau menghina ibumu.. menghalau.. mengherdik.. yang paling kejam kau tidak mengaku seorang insan yang mengandungkan mu, melahirkan dengan penuh kesakitan, membesarkanmu dengan penuh kepayahan.. Anak jenis apa kau ini??!!



Mari kita sama-sama fikirkan.. anak jenis apakah kita ini?? Adakah kita juga seperti mereka atau sebaliknya?? Sama-samalah kita berfikir mengenai perkara ini sambil menghayati video di bawah....


p/s: Sayangilah mereka selagi mereka masih ada di dunia ini.. Kasihi lah mereka sepenuh hati.. Jika mereka sudah pergi, hadiahkanlah Al-Fatihah dan Yassin buat mereka.. Doa anak-anak soleh sentiasa bersama ibu bapa biarpun mereka tiada lagi di dunia.. 



katakan like jika best ya!

11 comments:

A.I said...

setuju sgt2!
ramai anak yg tak kenang jasa!!
macam hebat sangat.
heh, tak paham aku.

sama2 doa dieorang yang tak kenang budi nih dpt hidayah.
sama2 gak doa, kite akan teros menjadi anak yang baik.
okeyh??

Ieqa Swetluv said...

aisha wUtevA!! ~

InsyaAllah aisha sama2 kita doakan mereka dan mudah2an kita pun dijauhkan daripada tergolong seperti mereka aminn~

Anonymous said...

mai da lame gile ta bace surat kabar.. smpai kn tk taw ape jd dgn dunia.. tgk tv lagi laa...

sbnr yea mai takowt nk bace surat kabar n tgk berita.. coz, sbb kn nie arrr...

mai just taw biler abh n mak bcerita n nasihat mai jgn jd mcm tu.. kalo kite wt mereka seperti tu.. Allah s.w.t akn bls ape yg kite buat pada ibu bapa kite kmdian hari.. selagi mereka mash ada, hargai mereka.. sterok2 n buruk mereka ttap parent kite.. tade dowg tk lahir kite kt dunia ney..

Suraya I. said...

aih, mntak2 la kite sume d jauhkan dr perangai cmni (-___-")

Asfan Ash said...

bbudak cmni mmg berok...aku da banyak kali mki kt blog pasal diorg...ape jenis manusia arrr

Ieqa Swetluv said...

maisyara pot! pot! ~

walau camne pun kita takut nak menghadapi dunia sebenar.. tapi kite tetap kena kuatkan semangat untuk ambil tahu isu semasa jika tidak kita akan ketinggalan..

semoga kita2 sama dijauhkan dari golongan seperti mereka =)

Ieqa Swetluv said...

SuRayA^i. ~

InsyaAllah.. aminn =)

Ieqa Swetluv said...

ARC ~

entahlah Arc dah tak tau nak kata apa dah.. kene cek balik bagaimana mereka ddikan mereka semasa kecil dahulu.. mungkin kesilapan berpunca dr situ ataupun pengaruh sekeliling =)

rizputra7 said...

ish2..tak patut ler...kena sumpah baru tau..

Sang SyaffeQ said...

Sibuk mengejar duniawi sehingga asal usul ditolak tepi...manusia berhati insan kah itu? tidak sama sekali.

Ema Razali said...

ema sayang mami (: