Tabung Masa Depan

Saturday, January 9, 2010

saKit haTi saMpai maTi !!

Pada entry yang lepas [link], aku telah berkongsi dengan anda tentang saka dimana penyakit yang disebabkan jin ini akan berpindah randah daripada satu generasi ke satu generasi. Pada kali ini aku ingin menyingkap satu lagi bahana penyakit hati, dimana apabila bergumpalkan darah hitam yang menguasai hati dan jiwa manusia, lalu menimbulkan hasad dengki yang tiada bandingnya.. dan akhirnya orang-orang begini mulai bersekutu dengan syaitan dan iblis, untuk melampiaskan nafsu amarahnya dengan bantuan santau..



Di zaman era kemodenan ini, masih ada lagi manusia yang mempercayai dan mengamalkan ilmu hitam semata-mata untuk dijadikan sebagai satu cara bagi membalas dendam, melepaskan perasaan sakit hati dan sebagainya. Jangan la nak kata zaman dah makin maju maka tidak akan berlaku perkara sebegini. Malah masih ada lagi fikiran manusia yang terpekung dek ilmu agama yang cetek yang telah dikuasai oleh hasutan syaitan. Aku rasa kita  haruslah membuka minda untuk mengetahui serba sedikit mengenai santau kerana penyakit ini boleh dikatakan telah menular dalam masyarakat kita sejak dari dulu lagi dan kita tidak akan tahu dimana, bagaimana, dan mengapa jika disantau oleh entah siapa jika terkena.

Santau merupakan ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh dengan pemujaan jin dan syaitan. Santau ini akan dilakukan secara zahir iaitu melalui angin dan mangsa akan dibinasakan secara perlahan-lahan, dan jika tidak berjaya dirawat maka boleh menyebabkan maut. Selalunya mengguna bahan-bahan beracun dalam bentuk serbuk yang mengandungi kaca halus, bahan miang(buluh), bulu ulat bulu, bisa ular, lipan atau kala jengking, dan bahan-bahan ini akan diadun bersama dan dihembus kepada mangsa dengan bantuan jin.



Santau ini akan memberi kesan perlahan-lahan kepada mangsa sehinggakan mangsa yang terkena tidak akan perasan apa yang berlaku sehingga keadaan menjadi semakin parah.

Ada 2 jenis santau:
1. Santau melalui makanan dan minuman.
2. Santau angin. ~ lebih berbahaya, dipercayai disebabkan oleh jin yang bersayap, racun santau akan dihembus dan terbang mengikut arah angin, boleh menyebabkan mangsa kurus kering jika tidak dirawat dan akhirnya boleh maut..

Tanda-tanda:
1. Batuk, tekak akan rasa perit dan gatal. Selalunya pada waktu tertentu jam 12 tengah malam hingga 5 pagi.
2. Pening dan tidak selesa.Berubah sikap kepada panas baran.
3. Muntah darah akibat bisa racun dalam badan mulai melukakan anggota dalaman dan jika berterusan boleh menyebabkan muntah darah bercampur nanah.
4. Nafas berbau, tekak rasa tidak selesa dan sebagainya.
5. Mimpi-mimpi pelik seperti jatuh dari tempat tinggi, mimpi bermain benda tajam dsb.

Apa yang diketahui~
@ Kenapa kita dilarang tidur menghadap pintu atau baring di bawah palang?? Kerana dikatakan santau angin akan melalui 2 tempat berikut sebagai laluannya.
@ Jika terdapat benda-benda pelik yang ada secara tidak semena-mena dalam makanan atau minuman seperti kuku, rambut, atau seumpamanya, maka berhati-hatilah.
@ Untuk memastikan diri terkena santau atau tidak, antaranya ada 2 cara mudah:
* Tutup kedua-dua telinga dengan kedua telapak tangan. Jika tidak dengar bunyi berdengung, dikhuatiri terkena santau.
* Geselkan lidah dengan lelangit. Jika tidak rasa apa-apa, dikhuatiri terkena santau.
@ Kadang-kadang santau yang dihantar tidak semestinya terkena kepada orang yang ditujukan akibat ada penghalang lain ketika santau dihantar. Jadi orang yang menghalang pula yang akan terkena santau tersebut.
@ Kurangkan makan di luar jika rasa kurang yakin. Mencegah lebih baik mengubati jadi berhati-hatilah.
@ Antara orang yang hebat mengenai perkara ini, Ustaz Haron Din.
@ Justeru, banyakkan berdoa dan meminta pertolongan dan perlindungan dari Tuhan semoga dijauhkan dari terkena perkara ini. Rawatlah segera jika terkena dengan bantuan ayat-ayat suci Ilmu Perubatan Islam iaitu dengan ayat-ayat suci Al-Quran.


Amalkan ayat di atas selepas solat sebanyak 7 kali semoga dilindungi.


Rujukan:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Santau
http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=30
http://www.syifa-alhidayah.com/penyakit.asp?id=8
http://exposemistik.wordpress.com/2009/02/07/expose-mistik-santau/







katakan like jika best ya!

14 comments:

ZihNuN FaTiN said...

wahh ika de bakat jd bomoh ni..hihihi

nway,thnks for sharing!=)

Legasi Piston Pecah said...

jarang pernah nampak orang kene santau sebelum nih cuma terdengar jek...lebih biasa dengar sihir orang /buatan orang menggunakan jin,dan juga barang-barang yang ditanam menyebabkan mangsa berasa seperti gatal,benda bergerak dalam badan dan gangguan ketika tidur.

nur hidayah isa said...

biasa santau ni kalo yang orang dengki berniaga2 btol tak? ke nama dia lain ek..lupe..takot la..mintak dijauhkan..

Eyriqazz said...

mmg syaitan pengamal santau ni

Great Teacher Onizuka

ema.razali said...

OMG ! mintakk dijauhkan benda-benda macam ni .

ween said...

thanks for sharing the doa, semoga kita sama2 dilindungi Allah. amin :)

rizputra7 said...

tempat aku glamor pasal santau2 nie...takut gak..tapi aku pelik ler...orang yang kena santau nie semua orang melayu...bangsa lain kebal ker??/

ieQa sWetLuv said...

ZihNuN FaTiN ~

erkk.. x mo jd bomoh kak.. takut huhu..

sama2 kasihmu diterima huhu =)

ieQa sWetLuv said...

Legasi Piston Pecah ~

yup..tapi semua tu disebabkan satu benda je sbnarnye.. hasad dengki dan penyakit hati.. huhu

ieQa sWetLuv said...

nur hidayah isa ~

betul tu..selalunye disebabkan perniagaan la.. tp banyak lagi sebab lin huhu

ieQa sWetLuv said...

Eyriqazz ~

salah ayat tu.. mereka bukan syaitan tapi berjiwa syaitan.. nauzubillah..

ieQa sWetLuv said...

ema.razali ~

mudah2an dijauhkan k.. =)

ieQa sWetLuv said...

ween ~

aminn..~ =)

ieQa sWetLuv said...

rizputra7 ~

bangsa lain ada cuma x sedasyat n seglamor bangsa kita... setahu ika org siam lg pakar ttg bnde2 ni...