Tabung Masa Depan

Saturday, February 6, 2010

Kena paKsa kaHwin.. oHH tidak!!

Berkerut-kerut dah dahi aku bila fikir balik apa yang mak cakap semalam.. Memang impossible sungguh.. tak percaya.. terkedu, terkesima, tersentak.. semua ada la sekarang ini.. dah mimpi apa la pula mak aku ini, sampai beria-ria nak kahwinkan aku.. entah dengan siapa aku pun tak tahu.. Tak pernah aku terfikir zaman sekarang ini masih ada lagi budaya nak satukan anak-anak. Lagi malang nasib aku sebab mak aku pun salah seorang yang menyokong dan percaya benda-benda macam ini.. ahhh... aku tak peduli, yang penting..

AKU TAK MAHU!!!! WAA~

Maaflah jika ada yang kata aku suka-suka je letak pesonal story kat sini.. tapi aku tak tahu nak luahkan kat siapa, selalunya mak aku la orang yang paling memahami aku, tapi kali ini aku terpaksa bertentang pendapat dengan mak.. sampai hati mak tentukan aku dengan entah siapa pun aku tak tahu.. malah tanpa kerelaan ku mak menentukan hidup dan masa depanku, katanya, jika aku tak terima, mungkin mak da tak nak terima aku lagi sebagai anak.. 


Patutlah aku pelik semacam je bila mak beria-ria suruh aku balik kampung, katanya ada hal penting.. aku pun bersemangat la pulang takut ada perkara yang tak diingini berlaku... Tapi sampai-sampai je rumah adik aku bising-bising.. kata mak nak jodohkan aku dengan anak kenalan rapatnya..Punya lah aku ternganga waktu tu.. Aku muda lagi kot.. baru je nak cecah 21, masak pun tak grad lagi... banyak lagi aku tak study tentang hal ehwal rumah tangga... takkan la dah kena paksa kahwin.. ini adalah  ketidak adilan bagi aku..waa

Aku teringat balik apa yang mak bincangkan dengan aku semalam..

Mak: Nak tak nak, kakak kena terima juga.. Mak dah janji dengan kawan mak, dan mak suka budak itu.. Jangan kakak melawan cakap mak, lagipun mak tak senang tengok kakak berkawan dengan lelaki entah siapa mak pun tahu..

Aku: Mak, tolonglah mak, kakak tak mahu la.. kakak muda lagi, rasanya belum cukup lagi menikmati usia remaja tau, mana boleh mak kahwinkan kakak dengan budak itu. lagipun macam mana kakak nak bahagia kalau kahwin dengan dia, kakak tak kenal dia langsung pun tau..Mak tak boleh paksa kakak macam ini.. Ayah, tolonglah kakak tak mahu kahwin lagi.. (time ini aku dah meleleh-leleh dah air mata... serius tak boleh tahan la)

Ayah: Apa yang mak buat itu, adalah yang terbaik untuk kakak. Ikutlah cakap mak ya, ayah pun tak boleh nak kata apa, sebab ayah pun suka budak tu. Lagipun dah sampai masanya pun kakak berkahwin. 

Mak: Betul cakap abang, tak salah pun mak tengok kalau jodohkan kakak dengan dia. Mak yakin kakak akan bahagia. Kalau kakak kata tak bersedia. mak berkahwin dengan ayah pun sebaya macam kakak juga.. mak tak peduli kakak suka ke tidak, kakak mesti terima... Ramai je mak tengok anak-anak kawan mak sebaya kakak dah berkahwin, yang dah ada anak pun ada tau.. Hari Ahad ini rombongan datang merisik, kakak jangan buat hal.. ikut cakap mak!!

Serius aku cakap aku betul-betul  tak mahu, apa yang aku kena buat ini?? kenapa mak aku tiba-tiba buat semua ni.. aku buntu gila-gila la.. tolong la siapa-siapa bagi aku kekuatan nak hadapi semua ini. Aku takut sangat-sangat, macam mana rupa bakal suami aku ni? Aku ni dah ready ke nak berumah tangga?? Takkan aku nak tinggal kan je dunia study dan kerjaya aku ini?? Macam mana aku nak hidup dengan orang yang aku tak kenal?? Serabutnya nak hadapi hari Ahad nanti.. tertekannya aku..huh~

P/s: apakah yang akan berlaku hari Ahad ini ya?? bersambung....



katakan like jika best ya!

32 comments:

Cik Siti Hajar said...

sabar ye...
cuba buka pintu hati..

Unknown said...

saya tak nak kahwin awal awal..huhu

Sayang Amirah said...

Ya Allah .. tak tau pulak zaman ni ada lagy macam ni .. saba ye ..

arboqskii said...

ade..lg cm nie ye.....

whitedaisy said...

daisy nk kwen awl....tp mak ckp...klo umo blom smpai 25..jgn nk kawen...tp klo 21 tu rsa cm awl sgt la...tp mungkin ada hikmah kn....terima ngn hati ikhls k...mak n ayh kita nk yg terbaik untk kita sbgai nak nye kn...

Legasi Piston Pecah said...

kene terangkan sampai mereka mengerti...kalau kahwin sebab paksa pon tak baik kan...takut niat asal perkahwinan tuh tak tercapai...niat untuk menyatukan dua hati...last-last lain pulak jadi...jangan ada paksaan..

khaulah said...

kawen bukan mende memain.. mg kene pkir dendalam( eceh ckp cam dah penglmn je)

tunanglah dulu.. lima enam taon ke.. dlm tempooh tu leh laa decide nk ke tanak...

AJ said...

fuhhh....sabar ye...mungkin ada hikmahnya

Ieqa Swetluv said...

butterfly~

tapi hati saya tak ada pintu..isk isk =(

Ieqa Swetluv said...

cik EPAL~

saya oun x rela cik epal wawawa

Ieqa Swetluv said...

sayang ~

tak semua org berubah mengikut zaman =)

Ieqa Swetluv said...

en.alierostam ~

ada kot..

Ieqa Swetluv said...

whitedaisy ~

resti ibu bapa tu yang paling penting kan cik daisy..

Ieqa Swetluv said...

Legasi Piston Pecah~

betul tu.. perkahwinan bukan perkara main2..byk perlu difikirkan..hurmm

Ieqa Swetluv said...

nawal ~

boleh consider kot idea tu..hehe

rizputra7 said...

erk...dah macam dalam drama jer..macam nie ler..cuba ieqa try cari maklumat tentang bakal jodoh ieqa tue..mana ler tahu ieqa kenal ker..cuba bawa bercakap ngan lelaki tue...mesti dia paham..

Ieqa Swetluv said...

Eyriqazz ~

ye..stp yg berlaku pasti ada hikmah..thanks =)

Ieqa Swetluv said...

rizputra7~

ika cuba nanti k riz..thanks =)

kakiinternet said...

tak nak cakap jer tak nak..hari2 tau nak kena ngadap muka suami nnt tau..

Ema Razali said...

sis ieqa , biar betul ni . sis muda lagi tau .

kalau tak nak , cakap jepp kat mak sis ieqa . cakap betul betul mesti dy faham (:

RABUN said...

yeee betul ke nak kene kawin paksa ni? aik zaman sekarang pon ada ker...

apa pun tgk ler dulu kalau ok orang nyer ngan kerjanyer ok pon worait gak...pasal pilihan mak ngan ayah ni ada berkatnyer...

tapi kalau dah berteman tu aku paham la perasaan macam mana....

yang penting kene tabah apa pun tindakan kita

♥ shiMawar ♥ said...

uiks..ingatkan semua ni ade dlm drama yusof haslam jek..rupanye sekarang still berlaku dlm realiti ek..?

erm..cuba bincang leklok dgn mak ayah..misal kata klu tak boleh jgk, try bincang dgn bakal suami kamu..mgkin boleh mintak tolong die..atau pun kamu kenal dulu dgn die..

bila kita tak kenal, tak bermakna kita tak boleh hidup dgn die..bila mak kamu kata dah suka, maknanye ade le yg special ttg lelaki tu..

the most important is, wat semayang istikharah..mntk petunjuk..klu mmh jodoh kamu dgn die, mknanye die le yg TERBAIK utk kamu, wlupun kamu tak pernak kenal die sblm ni..

think +ve! :)

Unknown said...

WOIH ! Ika kau biar betul ??? Kena paksa kahwin ?

Ika aku rasa baik kau talk ngan yang lelaki tu .

Ieqa Swetluv said...

kakiinternet ~

i'll try.. thanks =)

Ieqa Swetluv said...

INDRA QIRANA ~

betul juga cakap awak.. ika akan pk kan k

Ieqa Swetluv said...

♥ shiMawar ♥~

thanks dear.. ika sangat hargai kata2 awak..

Ieqa Swetluv said...

ema.razali ~

thanks ema.. terharu isk isk

Ieqa Swetluv said...

touyakaruma ~

masalahnya tak kenal la dia siapa

1Malaysia Online 2014 said...

Benarkah apa yang di tulis itu.
Ianya amat mengecewakan gua. Oh tidak..LOL

Anonymous said...

xkan trus nak kawen kot ika?
ko kenal2 la dulu ngan budak tuh..
orang cakap xkenal maka x cinta..
mane la tawu dy okey..
kdg2 kita rasa sesuatu tuh baek untuk kita, padahal sebenar nya x..
& sebalik nye..
mesti sume nih ada hikmah nye..

Ieqa Swetluv said...

Nescafe ais ~

ada persoalan di situ..hoho

Ieqa Swetluv said...

si manes yaya ~

thanks yaya for the advices..aku sayang ko =)