Tabung Masa Depan

Friday, April 30, 2010

4 peristiwa membuatkan saya menangis dasyat

Menangis tu normal.. lelaki atau perempuan semuanya sama. bila hati terluka, bila hati merana, bila menghadapi kehilangan, bila menerima kekecewaan, dengan menangis hati ini akan merasa sedikit lega.. ada juga manusia akan menangis kerana terharu, kerana terlalu gembira, kerana teruja dan kadang-kadang bila terlalu lawak, tak mustahil boleh ketawa sampai menitiskan air mata..


Tetapi apa yang saya ingin kongsikan, 4 peristiwa selama saya hidup kat dunia ini, sehingga saya terkesan dan sampai hari ini, peristiwa tersebut takkan saya lupa sampai bila-bila.. Sebenarnya saya bukanlah seorang yang mudah menangis, apatah lagi di khalayak ramai, biarpun sebenarnya saya berjiwa sensetif, saya bukannya orang yang suka berdendam, tapi saya terlalu banyak memendam,bagi saya, kalau dah sampai tahap menangis, maksudnya perkara tu memang tamparan dan dasyat....

peristiwa 1:

Masa ini saya kecil lagi, darjah 6.. semua orang berdebar-debar menunggu result exam UPSR.. saya yang merupakan anak sulung dalam family, tentu-tentunya memegang harapan besar mak dan ayah.. Tapi apakan daya result saya tak seperti yang mereka harapkan, alhamdulillah cuma dapat 4 A 1B, tapi saya memang menangis sangat-sangat sebab saya expect boleh dapat lebih daripada ini..cuma mungkin bukan rezeki.. lama juga saya terkesan time ini.. akhirnya saya ok..

peristiwa 2 :

sebelum belajar di maktab perguruan, saya merupakan student Hayat di Kolej Matrikulasi Johor(KMJ).. siapa budak KMJ angkat tangan?? hehe.. Banyak sungguh kenangan semasa belajar kat sini. Terus terang saya katakan, belajar di matriks, bagi siapa yang ramah dan mudah mesra, memang enjoy...dapat kawan-kawan yang best, segala kemudahan tersedia, di mata saya semuanya lengkap serba serbi.. Tapi study di sini bagi saya seumpama ZAMAN GELAP dalam hidup... Walau macammana struggle pun saya study di sini, unlucky saya still tak boleh survive.. result tak begitu memberangsangkan.. berapa pointer saya time ni.. tak perlu la nak diceritakan.. sedih tau tengok member-member rapat semua 3.8, 3.9, 4 flat.. tapi saya??? huh.. kecewa gila bila dapat final sem result.. tapi hikmahnya saya dapat lihat kemampuan dan potensi saya bukan dalam bidang maths and science, jadi saya cubalah mengubah pilihan saya di U.. Alhamdulillah saya bersyukur Tuhan Maha Adil, dapat juga saya teruskan study di maktab untuk menjadi seorang bakal guru yang berjaya..cewahh~

peristiwa 3:

Memang tamparan bagi saya apabila panas yang diharap sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari.. selama 4 tahun saya menerima seorang lelaki dalam hidup,  family dah mengenali dia, akhirnya dia pergi dari hidup saya.. Atas alasan yang saya tak boleh terima sehingga ke hari ini.. kecewanya, hanya Tuhan yang tahu. Saya ingatkan semuanya berpunca daripada kesilapan saya, rupanya dia suda punya pilihan lain.. Siapa yang tak kecewa jika diri 'direject'?? Dah le first love kot.. adehh nasib baik saya ni cool.. sabarkan hati, dengan sokongan family anda kawan-kawan saya go on, lupakan dia dan bina hidup baru.. semoga dia bahagia dengan pilihan dia.. tapi kesannya?? hati saya tertutup untuk sesiapa.. fokus study lagi bagus.. nanti-nanti jela fikir hehe.. cuma apa yang saya nak ingatkan kepada kawan-kawan, jangan terlalu yakin pada cinta dari seorang itu selagi dia bukan cinta kita yang halal

peristiwa 4:

Kawan.. hidup tanpa kawan bukannya mudah. lagi-lagi bila hidup merantau, tinggal kat hostel, semestinya kawan adalah segala-galanya bagi saya. susah senang mesti cari kawan, takkan nak telefon mak ayah lagi kan ngadu macam-macam.. hehe.. tapi waktu ini memang pada mak la saya mengadu.. gara-gara seorang kawan saya yang tidak pedulikan saya apabila saya desperate gila time tu memerlukan pertolongannya, dia tinggalkan saya begitu sahaja, dah la bukan nak ambil tahu, bila saya ingat balikla kan, rasa macam nak nak nak.. huh~ kesannya saya tak boleh study, masa hari itu saya ponteng kelas.. kira kes berat la tu sebab saya ini skema k sokmo gi kelas huhu.. tapi bila fikir balik..  benda tu remeh je.. cuma sebab itu adalah 'kawan'.. bila 'kawan' so kita jadi serba salah nak cakap direct.. jaga hati orang tapi hati sendiri merana, saya rasa korang pun pernah je kena macam ini kan.. sabar jela.. tapi.. saya memang tekad.. once orang dah buat saya terpempan, saya akan pergi dari dia.. saya tak perlukan kawan yang hanya menambahkan luka, tapi kawan yang setia di sisi saya dikala suka atau duka..


Apa yang saya nak cuba sampaikan, hidup ini tak kan sentiasa nya suka, gembira, senang, bahagia.. kadang-kadang kita kena jatuh dahulu untuk mencapai sesuatu yang lebih besar dan bermakna.. Teruskan usaha, jangan mengenal erti mengalah, sebab selagi kita ikhlas dan yakin pada Tuhan, maka di situ terbukalah pintu kebahagiaan dan kejayaan, cuma bila, di mana, dan bagaimana, hanya masa yang menentukan segalanya.. =)



katakan like jika best ya!

16 comments:

hentakbelipat said...

biasela dalam hidup mmg mcm2 hal nk jumpe kan..selagi mate celik langgar je semua..tau2 da rilek da besok2....baru td tgn tkepit pintu...siakkk!!!!!!!!!

sophie said...

Jngn nangis2 dah.. Jadikan peristiwa nie sbagai pengajaran..=)

ieQa sWetLuv said...

hentakbelipat~

haha ada hikmah tu tgn tersepit sabow jela wee

ieQa sWetLuv said...

sophie ~

thanks dear i really appreciate it =)

SuRayA^i. said...

sy dpt kmj!!
tapi x g sbb dpt offer utp =P

nawal said...

tapelah, kumbang byk lgi yg lebeh kachak2..
hehe!

Haneem said...

haii, salam ziarah. anim pun anak sulung and anim faham perasaanya bila kita tak dapat nak jadi yang terbaik .

:)

ema.razali said...

lamanyee 4 tahun sis . huu :)

syAzAnA said...

ieqa,
naseb kita agak serupa.
peristiwa satu n dua memang sejibik.
huhuhu.
cume skrang sy takowt sbb result matrix final, da nk dkat. takowt xbley score. =(

ieqa, ada tips x?

ieQa sWetLuv said...

SuRayA^i. ~

bagus3..better g uTP lagi da terjamin kan wee~

ieQa sWetLuv said...

nawal ~

haha..yg kachak byk yunk.. tapi yang berkualiti tu payah nk jumpe hik3

ieQa sWetLuv said...

Haneem ~

thanks haneem.. mudh2an kita sama tercapai impian k hehe

ieQa sWetLuv said...

ema.razali ~

hihi.. tapi apekan daya tak de jodoh kan =)

ieQa sWetLuv said...

syAzAnA ~

hurmm tips?? nak kata ada.. tak ada la sangat tapi insyaAllah kalau ada kesempatan ika akan berkongsi apa yang ika wat bila nak hadapi exam dalam entry akan datang k.. hehe =)

zulaikha said...

saya!!saya!! (sambil angkat tangan..) eh, KMJ? bukan la.. tu kawan sy.. Sy KMNS.. ngee..

Maya Dealove said...

isk3 sadis gler...

dok ngan housemate yg mcm2 rgm pn ley nanges gak... mmg mnguji iman..