Tabung Masa Depan

Saturday, May 1, 2010

sijil MUET.. hanya laku untuk 5 tahun sahaja

kepada rakan-rakan yang sedang menghadapi peperikasaan-peperiksaan.. 'good luck' dan 'do the best' saya ucapkan. Saya juga sedang sibuk membuat persiapan sebelum menghadapi peperiksaan akhir kursus pada minggu hadapan, dan peperiksaan final semester dalam pertengahan bulan lima ini.. rasa berdebar-debar pula..

Pasti ramai yang sudah tahu apakah maksud disebalik perkataan MUET.. MUET is standing for Malaysia University English Test, dimana setiap pelajar yang belajar di Malaysia untuk mendapatkan ijazah hendaklah mendapatkan sekurang-kurangnya band 3 dan ke atas dalam peperiksaan ini. Tetapi apa yang saya ketahui, terdapat juga beberapa course yang tidak memerlukan sijil MUET untuk melayakkan mereka memperoleh ijazah.. Cuma saya tidak berapa pasti course apa yang dikecualikan..


Apa yang saya hendak maklumkan di sini ialah, tahukah anda sijil MUET sebenarnya hanya laku dan boleh diguna pakai untuk lima tahun sahaja!! Saya telah difahamkan oleh salah seorang lecturer saya tentang pernyataan ini. Actually pada mulanya saya tidak berapa pasti tetapi setelah ditekankan berulang kali, hendak atau tidak maka terpaksalah saya  repeat resit semula paper ini.. Saya harap jika rakan-rakan ada informasi sebenar tentang MUET bolehlah berkongsi nanti.

Even sebelum ini saya telah ambil peperiksaan MUET ketika di matrix, tetapi jika dicongak tempoh pembelajaran saya di maktab selama lima tahun setengah ( setahun setengah = foundation, 4 tahun = ijazah ), tarikh saya digraduasikan telah melepasi due date sijil MUET, nak tak nak kenalah ambil lagi.. sebenarnya bukan apa, saya agak tertekan la nak ambil MUET ni, dah ler banyak lagi fokus study yang perlu saya utamakan, tetapi sekarang ini saya kena bersedia pula untuk MUET..


Yang lebih menyukarkan saya adalah, fokus study kini saya lebih tertumpu kepada Bahasa Melayu, jadi setelah lama meninggalkan writing dan reading comprehension, ini membuatkan saya agak terkesima, terkejut, tersedak dan ter ter lagi la untuk bersedia MUET. terus terang saya nyatakan di sini, adalah satu kesilapan bagi saya kerana meninggalkan begitu sahaja pembelajaran formal Bahasa Inggeris.. kerana pembelajaran bahasa mestilah berjalan secara berterusan supaya penguasaan bahasa itu semakin kukuh dan bertambah maju. Tapi apa kan daya, kini saya seolah-olah perlu merangkak semula untuk mengingati semua pembelajaran saya dahulu.


Dalam peperiksaan MUET, terdapat 4 paper yang perlu diambil, iaitu ; Reading Comprehension , Writing, Listening and Speaking.. Bagi saya kelemahan yang paling ketara yang dapat saya kaji adalah dari segi writing dan listening. untuk menjawab paper Writing, penguasaan bahasa dan gaya penulisan harus dititikberatkan terutamanya dari segi grammar dan vocabulary.. selain itu kemahiran menganalisis dan menginterprestasi jadual atau carta perlu dikuasai agar gaya penulisan bertepatan dengan kehendak soalan.


Namun yang paling lemah untuk saya adalah part listening. Agak mengecewakan paper listening saya pada 24 April 2010 yang lepas kurang memberangsangkan gara-gara kesilapan audio dan kekurang jelasan alat auditori saya.. Terdapat 3 part dalam listening, tetapi bagi part kedua dan ketiga, saya rasa macam tak faham dan tidak jelas  apa-apa. Slanga dan dialek yang diperdengarkan oleh audio terlalu berdengung dan berbeza dengan sebutan biasa. Contohnya bagi perkataan ' fire, fire '.. saya pun tidak tahu mengapa telinga saya dengar 'bang, bang'.. sedangkan saya dah memastikan telinga saya suci lagi bersih dari segala halangan. malah rakan saya juga mendengar perkataan selain daripada di atas iaitu ' pear, pear '.. jadi kiranya telinga saya ni masih berfungsi secara normal.. hehe.. pasti pemeriksa akan tergelak bila melihat jawapan yang berbagai ragam daripada rakan-rakan yang mengambil MUET kan!


4 Mei 2010 adalah part speaking untuk MUET, mudah-mudahan saya boleh menjawab soalan dan bercakap dengan penuh yakin dan bergaya nanti.. wee~




katakan like jika best ya!

21 comments:

joegrimjow said...

pernah amek muet
dapat 3 je
tp skrg duk blaja kat uk jugak
;)

A.I said...

heyy gut luckk okk!!
aku penah amekkk.
tapi tak tau pulakk laku bpe tahunn jekk.
listening out jugakkk, tapi writingg best!! ngeee.

khaulah said...

gud luck gud luck muet!!!

Ema Razali said...

huishh kena repeat balik ? hmm gud luck sis ! ^^

Unknown said...

all the best!mst leh nye..praktis k..=)

Mr. Asada said...

laaaa.. 5 tahun jekk???

hbis la.. kena ambik lagi la nti gamaknya klu camni. uhh!

Mr. Asada said...

gud luck exam! hohoho~

semoga dapat buat yg terbaekk yoh..

Sesopie said...

baru pas berMUEt mnggu lepas.. Haishh..Flunked my writing!

Ieqa Swetluv said...

joegrimjow ~

ye ika tau.. selalu je follow your entry huhu

Ieqa Swetluv said...

AISHA SAAD~

haha.. stress bangat dengar word merepek2 tyme listening huh~

Ieqa Swetluv said...

nawal ~

thanks nawal cyunk wee~

Ieqa Swetluv said...

ema.razali ~

bukan repeat la dear.. tu nmpk cm sys failed je hehe

Ieqa Swetluv said...

ZihNuN FaTiN ~

thanks kak..sokmo ika praktis ni wee~

Ieqa Swetluv said...

ASaDa RyutaRo ~

maceyh asada..touching suda sob3 ;p

Ieqa Swetluv said...

sophie~

me too dear..stress sungguh huh~

rizputra7 said...

MUET aku lari masa test tue hehehe...

zulaikha said...

laa... 5 tahun je?? ish.. malasnye nak amik MUET lagi.. huuhuh...

Asfan Ash said...

eka bole emel saye esei, saye tlg check kan

Anonymous said...

klu ikut maklumat dr majlis peperiksaan,muet yg diambil sebelum 2009 laku hingga 2013. klu muet diambil selepas 2009 laku dlm tempoh 5 tahun dari tarikh keputusan dikeluarkan.

naimsaleh said...

Tempoh Sah Laku

1. Bagi keputusan MUET yang dikeluarkan sebelum tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah sehingga 18 Julai 2013.

2. Bagi keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.

sumber: http://www.mpm.edu.my/main.php?Content=sections&SubSectionID=28&SectionID=27

naimsaleh said...

Tempoh Sah Laku

1. Bagi keputusan MUET yang dikeluarkan sebelum tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah sehingga 18 Julai 2013.

2. Bagi keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.

sumber ; http://www.mpm.edu.my/main.php?Content=sections&SubSectionID=28&SectionID=27