Tabung Masa Depan

Sunday, August 29, 2010

bila Blogger mengimbau kenangan lama~~


Hembusan bayu menyapu lembut jiwa sang pengembara, menyegarkan tubuh meniupkan kekuatan untuk melangkah ke impian nyata. Indahnya panorama dunia menggamit kegembiraan alam semesta, namun usahla terpedaya dek kilauan fantamorgana yang mampu menyilaukan mata hati dan jiwa, kelak tenggelam dalam kancah yang tidak diduga~~


Salam Ramadhan dan salam sejahtera buat rakan-rakan khususnya teman-teman blogger yang jauh di mata namun di hati sentiasa bertakhta. Entah apa cerita la sekarang ini ya semua? Mintak hampun mohon mahap la ya sebab dah lama tak menaikkan layar kat dunia blog ini, kerana jika diberi pilihan kepada ku, tangan kiri mengenggam dunia maya dan tangan kanan pula dunia nyata, antara suka mahupun tidak, antara rela ataupun terpaksa, maka yang realiti perlu diberi keutamaan juga.


Berbalik kepada kisah yang hendak aku putar belitkan pada hari ini. Semuanya bermula daripada satu entry yang berkisahkan zaman muda-mudi waktu baru start nak meniarap, merangkak, bertatih mau melangkah ke dunia blogging ini, entry yang aku sempat baca daripada sorang sahabat blogger yang jauh nun di seberang sana, aku panggil nama manja dia oren je.. hehe.. seriously menyentuh hati dan perasan la bila teringat kisah lama.. Kisah bro Zack Zukhairi yang semakin meletup-letup.. adeyhh dulu sama-sama merangkak now ni dia da berdesup laju je kat dunia blogging ni.. Tahniah jola yang mampu ku dedikasikan.. if  nak tahu selanjutnya boleh baca kat sini.. Depa sumer ni la yang mula-mula buat aku bersemangat gila nak berblogging. Dengan ada nya platform GengBlogger yang banyak membantu mempromosikan entry,  at last mampulah berdiri macam sekarang ini. Thanks guys korang memang sweet and baik hati huk3..


Alamak baru introduction dah panjang berjela-jela haha.. Sementara tengah cuti-cuti Malaysia ini, dapatla aku nak bersemangat JA-WA balik nak berblogging.. Start esok hinggalah cukup seminggu ini, aku akan ber-PBS (pengalaman berasaskan sekolah) ataupun kalau tak berapa nak faham, macam kena gi sekolah untuk biasakan diri dengan situasi sekolah, budak-budak.. semester ini aku juz buat kat sekolah lama aku luk, Sekolah Kebangsaan Labis, Johor. Haa.. tahu ke kat mana tu??



Cuma aku tak dapatla nak bayangkan macam mana keadaannya nanti. Yela berhadapan ngan cikgu-cikgu aku dulu, yang masih bersemangat lagi mengajar kat situ. Nak kena panggil apa, cikgu ke?? atau kak?? Macam sebelum ini aku buat kat SK Taman Tuanku Jaafar 2, Senawang.. bila dah sama-sama jadi rakan sekerja, panggil kak je. But now ni situasinya kat sekolah sendiri. Agak mendebarkan juga untuk menghadapi hari esok. Tak pelah maintain cool je la buat-buat tak tahu huhu


pic darjah 5.. agak-agak korang dapat detect x aku yang mana kih3 ;p


Macam-macam kenangan kot yang aku dah lalui time kat belajar situ. Siapa sangka aku ini budak baik tau dulu. Pernah merangkul anugerah Tokoh Mithali waktu Maulidur Rasul (cewahhh~~ hak hak) Dulu aku memang aktif gila sukan, especially olahraga, lari berpagar, lompat tinggi, bola tampar ( tak dapat nak tampar orang tampar bola pon jadik la ekekeke) and dapatlah hadiah berupa buah-buahan tempatan untuk olahragawati sekolah.. gila lawak...  Bila ada kuiz atau pertandingan apa-apa je, mesti sumer aku nak join, TAMAK HALOBA betul wakaka..  paling tak boleh blah bila aku yang suara cam katak rentung ni masuk Pertandingan Tilawah AlQuran wakil sekolah, dapat nombor tiga lagi tuh.. And jadi solo tu nyanyi nasyid Lagu kumpulan Rabbani, Intifadha.. wakaka.. adoi sakit perut gelak ni hahaha...

haa.. ni pic aku darjah 6.. tembam kan aku duluk kih3.. selek betul budak 2 ekor tuh huh~


Kenangan mengerikan bagi aku dulu.. aku pernah sepak sorang budak lelaki sebab suke menempelkan muka menunjukkan dia admire kat aku.. Mak oii geli giler.. tak selera aku melihatnya haishh.. Padan muka dia siapa suruh gatal-gatal dengan aku. Lepas itu, ada seorang budak lelaki tu, minat kat aku, siap tiru sume harta yang aku ada. Pensel box, pensel tekan, pembaris, apa-apa harta yang aku ada semua nak itu, rimas betol~~ Yang tak boleh blah suke pulak dia main kejar-kejar dengan aku, malas giler nak layan huwaa~~ Adeyhh dulu zaman aku sekolah dalam pale otak ni tak pernah terpikir pun nak love u love me love whatever la.. Tapi bila aku tengok budak-budak sekarang, semakin ADVANCE memang aku pun nu kumen la huk huk huk.




Akhirnya, sekolah yang dulu nya tersimpan seribu satu kenangan ini lah yang aku akan kembali semula untuk mengajar, even cuma seminggu je, tapi.. bercampur baur perasaan dalam hati ini huh. Dalam pic ni pun ada juga kawan aku yang juga blogger, Qasehtyha.. singgahla jenguk-jenguk page dia nanti k ngee~


Memoriku di Sekolah Kebangsaan Labis.. Johor. Rasa-rasanya apa yang akan berlaku sepanjang seminggu aku mengajar di sana ya??? Nanti aku story morie lak apa jadik ya... okie dokie yihaa~



katakan like jika best ya!

40 comments:

Rowena Chasez said...

comel je budak laki 2..
ade ke tiru suma brg2 ieqa..
hahaahaa~
sungguh x original..
:P

˙·•♥ NaJwA .QaSeH ♥•·˙ said...

huhu...
tak sabar plak kan nk jumpe dak2 ni..

tu la..
macam ane la nak pggil cikgu wan nanti..dah la dia tu ibarat mak kite mase skol kan..

hoho..
ad admire..serius aku tak tau..huhu...

Hamzah Ian said...

aku gmbr lame ade 2 3 keping je.. sob2..

nas said...

mesti best kan mengimbau gambar2 yang lame..
ak nie gambar sekolah lame xde pon..yang ader pon dalam majalah sekolah yang itam puteh..xsyokla..

NICK IRFAN said...

tetiba sy pun teringat plak zaman skola dulu... hmmm

Along Tapa said...

jangan ko terkena satu sekolah dengan adik aku dah la~~~~hahaha

Gorengbaek - Cerita rumah baru lagi..

AISHA SAAD said...

ishh aku pon tak sbr2 nk practicum, but few of my senior said, dah practical kang, u know the life! bahahaha.

time sekolah palingg best! no more stress2, enjoy sajerr.
bj org iron, mkn main santak, tak pyh pk duit, kwn pon shokk! no more hard feeling. kan?? haha.

Zikr the Jalanan Sepi Perantau said...

wah nostalgia betul nih...

maCy said...

tetapi! gb ley on ke skg? huu

Yuni Aisyah said...

teringgt kenangan ;a;u time dulu kala...time skola..huhu...sgt best bila diimbas..rase je nak kembali ke alam tu kembali..

¶A.K.I¶ said...

wow!~

dulu student skrg bakal mencurahkan bakti...
tahniah iqa!

Pinky Pixie said...

Gb tgh sakit kan. wuwuwu.. rindunya nk ping entry kat c 2.. =(

Nabiel said...

hehehe~dri dlu dh aktif yea?
tk sangka ika ade bakat tuh dlm blogging nie!muehehehe..
tgk page rank dah 2..cayalah!!=)
nanti tnjuk ajr kt biel yea~
nway, biel ag cumel mse skula dlu~hahaha

SuRayA^i. said...

alamak,tkutnye ngan akk nh sbb penah sepak org =O

hee~ =p

Bro Framestone said...

bro dah bertahun berblog,

tapi masih xmampu nk wat entry mengibau kembali zaman persekolahan

dh lame beno di tinggalkan

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

syahira ariff said...

bestnyer sis ada lagi gambar masa darjah 6!
kiut2 semuanya
mata ttp bulat tu
;]
baju seragam biru tu utk pengawas ek?

Emora Valeria said...

oh tetibe rindu zaman mula2 nak terjah dalam dunia blog.rindu geng gb T_T

oReNdeViL'89 said...

semuanya hnya tgl kenangan. chewah..haha..xpe, simpan semua jdkan kenangan :)

p/s: ble wat gathering kta??

ieQa sWetLuv said...

Rowena Chasez~


erkk chumel ke??rimas lagi adelah huk3 ;p

ieQa sWetLuv said...

˙·•♥ NaJwA .QaSeH ♥•·˙~


betol3..last2 aku panggil dia cikgu gak lho.. x buleh r beb nak tukar tu huhu




hahahha dlu time aku kene aku simpan senyap2 je..malu r nak kecoh2 yela kan dulu aku ni comot je huahua

ieQa sWetLuv said...

Hamzah Ian~

apa kan daya itulah sape suwoh malas amik pic luk huhu..


x pe kenangan sentiasa kekal di hati kan kan huhu

ieQa sWetLuv said...

nas~

budak L sokmo gtu x cakna pon pic skolah luk2.. bila da berumur cm gini baru rasa penting kan kan hehehe sabow jela ngee

ieQa sWetLuv said...

NICK IRFAN ~

da da jgn nanges nak amik tisu ni pi kesat idong lekas huahua ;p

ieQa sWetLuv said...

Along Tapa~


erkk erkk adik ko sekolah mn lak ni??

ieQa sWetLuv said...

AISHA SAAD~

yup zaman skola la time suka ati suka ria x de masalah memang sgt rindu huhu



yeker?? alamak ape kes ni parah la kalo tyme praktikum beban semacam gtu huk3

ieQa sWetLuv said...

Zikr the Jalanan Sepi Perantau~

haha tau x pe giahaha

ieQa sWetLuv said...

maCy ~


x leyh on la sabow jela huh~

ieQa sWetLuv said...

Yuni Aisyah ~

tp time skolah leyh pegang wet bape posen je..da umo gini pegang wet byk malangnya kuar pon byk hohoho

ieQa sWetLuv said...

¶A.K.I¶~


maceyh aki hehehe

ieQa sWetLuv said...

Pinky Pixie ~

aah sakit tenuk barangkali nuk3... x pe leyh ping kat tang lain lak hehe

ieQa sWetLuv said...

Nabiel~

ala ika ni blogging macam chipmore la biel kejap ada kejap ilang huk3


ele ika lg chumel dr bile lor hoho

ieQa sWetLuv said...

SuRayA^i.~

haha adeyhh dulu aku mmg ganas beb now ni da jelita ayu mana buleh sepak2 ni kih3 ;p

ieQa sWetLuv said...

Bro Framestone~

x pe bro one day pasti bule huhu

ieQa sWetLuv said...

syahira ariff ~

mata bulat?? haha..


yup biru untuk mawas aka pengawas lho hoho

ieQa sWetLuv said...

Emora Valeria~

tau x pe.. rindu nak borak2 santai cm luk huhu

ieQa sWetLuv said...

oReNdeViL'89~

haa tu soklan cepu emas..cmne ek aku ikot kalo x de halangan lor huhu

Sayer Best said...

Wakaka..lawak gila ko masa sekolah.

Eh,ingat akak tak?Ni kak Syazwana la..Lama betul x jumpa ika..
sekarang study mana?

Anonymous said...

salam,cikgu ingat tak skrengasbekah tu ? cikgu ingat tak kelas 3amanah? satu soalan lagi, cikgu ingat yasmin tak?alah yang pengawas tu?
..cikgu saya lah yasmin saya rindu sangt kat cikgu atiqah.saya rindu masa cikgu mengajar ..saya rasa macam baru je kelmarin cikgu ajar saya padahal sedar tak sedar perkara tu 2 tahun lepas ..saya dah darjah 6 tahun ni.. saya harap cikgu bagi jawapan ..

Anonymous said...

salam ingat tak saya ,yasmin? saya budak kelas 3 amanah dekat skrb tu.tahun 2014 ni saya dah darjah 6..cikgu saya rindu gila kat cikgu..

Ieqa Swetluv said...


@yasmin~

waalaikumsalam yasmin... hihi apa khabar? wahh macam mana boleh jumpa blog cikgu ya? maafla cikgu baru baca komen. sekarang belajar di mana ya?