Tabung Masa Depan

Friday, September 24, 2010

Indahnya erti cinta sebegini, masihkah ada lagi untukku?


Boleh dikatakan, hampir setiap hari apabila aku membelek profil kawan-kawan di facebook, maka hampir setiap hari jugalah aku menatap banyak gambar-gambar perkahwinan dan honeymoon rakan-rakan aku. Wahh sejujur dan seikhlas dari dalam hati, timbul rasa cemburu, jeles seolah-olah hati ini juga meronta-ronta ingin kecapi kebahagiaan sedemikian rupa. Tidak disangka-sangka rakan yang dahulunya sama-sama belajar sekelas kini sudah berumah tangga, sepupuku yang dahulunya main bersama-sama sehingga comot-comot kini sudah mendukung bayinya. Jika diikutkan logik, memanglah boleh dah kahwin dalam usia macam ini, tapi macam mana nak fokus study, nak jaga family, jaga suami dan sebagainya??


Bukan itu yang ingin dikongsikan dalam entry ini, tapi sebenarnya perkongsian aku dengan salah seorang sahabat yang kini sudah bahagia membina masjid impiannya. Namanya, biarlah ku rahsiakan. Antara perbualan kami..


Macam mana life lepas berkahwin??

Alhamdulillah, syukur kini aku dapat nikmati erti kebahagiaan sebenar. Bersama suami, keluarga, rasa keperluan dan keinginan hidup sebagai seorang wanita kini semakin lengkap, insyaAllah.


Study vs Rumahtangga

Pada mulanya memang aku akui, aku pernah dalam dilema, bagaimana nak uruskan diri selepas berkahwin. Yela, tanggungjawab sebagai seorang isteri, tanggungjawab sebagai seorang anak, tanggungjawab sebagai seorang pelajar, semua itu harus aku seimbangkan dengan sebaiknya. Alhamdulillah suami aku juga memahami. Dalam situasi macam ini, sikap saling  menyokong, tolak ansur dan bersepakat antara satu sama lain sangat penting. Apa-apapun kami sama-sama dah sepakat untuk utamakan study terlebih dahulu baru fikirkan jalan yang lain pula.


Kisah cinta dulu dan kini

Sebelum ini aku pernah tersilap jalan. Merasai saat-saat jatuh cinta ketika zaman remaja dahulu membuatkan hidup ini dibuai dengan angan-angan. Setiap hari aku mengharapkan cinta seorang lelaki yang amat kucintai, yang aku tahu cinta itu belum lagi menjadi milikku, tapi dek keghairahan dan keasyikan melayan hati dan perasaan sehingga aku tersalah langkah. Membiarkan lelaki itu menyentuh lelaki tanganku, bersama ke sana ke mari dengan lelaki yang bukan ada apa-apa hubungan yang sah denganku, malah dengan sewenang-wenangnya aku membiarkan diriku hanyut dengan kata-kata cinta dan rindu selalu. Namun hasilnya, hubungan cinta yang dahulunya kufikir menjadi milikku, namun putus di tengah jalan tanpa diduga.

Tetapi kerana kekuatan hati, aku cuba memperbaiki kembali kesilapan dahulu, dan jadikan pengajaran sepanjang hidup. Mendekatkan diri kepada Illahi membuatkan semakin hari semakin hati ini dirawat dengan hidayah dan kasih sayang-Nya. Dan setiap hari aku berdoa, dan terus berdoa semoga ditakdirkan jodoh yang terbaik untukku, iaitu seorang lelaki yang dapat memimpin aku untuk ke arah yang lebih baik, seorang lelaki yang boleh mengasuh dan mendidik aku menjadi seorang muslimah yang sempurna, dan seorang lelaki yang mampu memelihara kehormatanku dan keluargaku walau di mana jua berada.

Sehingga hari ini, aku menjaga hati dan pandanganku dari godaan dunia cinta, dan aku jagai hati ini daripada tersilap langkah untuk kali yang kedua. Alhamdulillah, Tuhan masih menyayangi aku, dan masih memberi aku ruang dan peluang untuk memperbaiki diri dan jalan hidupku. Takdir menemukan aku dan suamiku sehingga kami disatukan di bawah kalimah suci, dengan redha keluarga dan semua. Aku bersyukur. Salam cinta yang penuh barakah membuatkan aku tertarik dengan niatnya yang ikhlas, yang juga sama-sama mahu menjaga hati dan pandangan daripada sesuatu yang menyebabkan diri semakin lalai dan alpa. Dan apabila kudengar dia mengucapkan kata bersedia untuk memperisterikanku dengan penuh yakin di hadapan ibu bapaku, dan mereka juga setuju, subhanallah, aku tersangat gembira aku dan rasa bersyukur.


Nasihat dan perkongsian

Sabarlah, dalam hidup ini kena selalu bersabar dan bersabar. Jika pernah buat silap, perbaiki kesilapan itu. Jadikannya sebagai satu pengajaran. Perlu kuatkan hati. Bagaimana?? dengan dekatkan diri kepada Tuhan. Jika inginkan kejayaan, jika inginkan jodoh yang baik, jika terluka dan merana, jika sakit atau dalam kesusahan, jika bersedih waima jika gembira dan bahagia sekalipun, kepadanya juga bermohon dan sentiasalah bersyukur. Jangan sesekali kau jauh daripada rahmat dan kasih-Nya.

Tentang cinta, jika lelaki itu sudah ditakdirkan untuk kau, InsyaAllah dia tetap akan jadi milik kau. Permainan cinta remaja hanyalah sementara, kata-kata 'awak saya punya' , 'i love u' , ' saya rindukan awak' dan sebagainya hanyalah sekadar kata-kata yang tiada buktinya. Jika benar dia mencintai kau, dia akan bersabar dan terus bersabar dan berusaha sedaya upaya untuk memiliki cintai yang diredhai serta menjaga tanggungjawab yang diberikan sebaiknya. Hanya perkahwinan dan pernikahan sahaja yang akan menghalalkan perhubungan dan setiap kasih sayang antara lelaki dan wanita.

Ada dua cara jika ingin melihat dia sama ada jodoh yang ditentukan atau sebaliknya, ataupun mengharapkan mudah-mudahan dialah jodoh yang ditakdirkan. Pertama, solat istikharah, iaitu satu cara untuk mencari petunjuk sama ada dia yang telah tersurat sebagai jodoh atau sebaliknya. Yang kedua, jika kau benar-benar mengharapkan dialah cinta dan jodoh yang diingini, sentiasalah solat hajat dan mohon keberkatan dalam perhubungan. Ingatlah, jodoh pertemuan di tangan Allah, jika sudah ditakdirkan dia bukan milik kau, sejauh mana kau kejar, sekuat mana juga kau berusaha, namun dia tetap bukan milik kau. Walau bagaimanapun, yakinlah, ada insan yang lebih baik sedang menantikan kau nanti. InsyaAllah~



Hujung tinta:


Kehidupan seorang wanita akan lebih lengkap bila sudah bersama suami dan memiliki keluarga yang diimpikan, manakala kehidupan seorang lelaki pula akan dirasakan sempurna apabila sudah mencapai kejayaan dalam hidup dan kariernya.. Betul atau tidak, aku pun nu kuman lalala


Lepas berbual dengan dia, tiba-tiba rasa macam nak gi kahwin sekarang jugak.. tapi mak dah pesan awal-awal, BELAJOW sampai dapat ijazah, dah kerja baru mak kasik kawen, jangan menggatal luk.. hoho mak dun wori anakmu akan mengikut arahan okies huhu



katakan like jika best ya!

54 comments:

A Fans of Lee Family said...

huhu..
yup..
dptkn ap y ptut dulu..
b4 kawen... :)

Fnd Rocka said...

dasat gak boleh tulis artikel pasal cinta camni.promote perkahwinan tu bagus lagi berpahala

touya said...

Alright Qa , lepas Qa habis belajar kita kawen erk ?

Shahrul Yusof said...

Kawin tu bagus. Syaitan menangis bila dengar anak-anak Adam berkahwin. Tertutup sudah salah satu peluang syaitan untuk menggoda manusia ke salah satu dosa besar.

ciK LyndaWawa said...

disebabkan diri xde yang sudi neman, sy pun jeles tengok gambar rakan dalam fb yang berkapel, kawen, tunang n sebagainye..
jd jalan terbaik..
nanti2 saya nak tutup fb.
sakit hati je.

Tieah Madian said...

Perghhhhhh..
Penat bc wei..
Aku pun still x kecap lg kebahagiaan dlm percintaan yg sebenar2 nye..

Amni said...

Betul! sangat setuju ngan kawan awak tu.. mudaha-mudahan dapat jodoh yang baik.. amin...=)

Relevan said...

Salam Jumaat..

ღKekunangpelangiღ said...

Pengisian yang sangat baik,
mudah-mudahan dapat yang baik-baik juga. ^^

thanks singgah. :)

bardboo said...

oh blog sini pon kaler ungu gak...sweet!!
insyaAllah nnt turn kamu plak yer..jgn risau..skrg fokus kat study dl.. =)

Along Tapa said...

aku setuju dgn mak ko~~~

jangan ko lak masuk angin terlupa kejap pesan mak ko tu...haha...kalo tak tahan nowh aku pegi antor rmbgn g rmh ko.. :p

Gorengbaek - Apa ko rasa long??

Unknown said...

ape2pun jodoh psti ada pnya cuma lambat dgn cepat jer... hehe :)

ismimaizura said...

blja is most important..
tp klu jdoh awl nk wt cmne kn..
trime je la ketentuan Nya..
i pn rse nk kahwin jgk..=)
nk ada suami n anak2..
nak sangat hdop brumahtngga..
tp jdoh kita x thu kan bile..
sob3..sabo je ler...

Ciklinn said...

yup hidupp akan lebih indah lepas berkahwin.. dan perlu diingat.. ia akan lebih indah dengan dengar ckp mak... hehehe

Nurr_Rahmah said...

salam..
perkongsian yang baik. salam jumaat :).

Pinky Pixie said...

betul kata mak kamu tu.. hehe. blaja abes dlu. pastu baru kawen.. hihi

A.I said...

KENAPA ENTRY BEGINI???
ahh, feel like i need to marry now too! woh.

seryes oh if i meet some1 and ask me for kawen i will kawen as soon as possible!
gatal bukann??

hahahahaha!

Nas said...

wahh..entri yang cukup mendalam..
erm...camne la ea kalau lepas kawen...
mst perasaan n life berbeza drp membujang nie...tak sabar2 plak :P (gatai jap)

YuSeNzE - KniGhT said...

jgn nak mggatal.. hahha..

cinta sgt subjektif.. cinta itu membawa pelbagai luahan emosi, cinta itu indah jika bahagia, cinta amat perit andai kecewa,

hamzah ian said...

bagus betol ko ni..

aien said...

wah.. entry best!! i like.. hehe

yup! kdg jeles tgk kwn2 dh happy ada anak.. kita lak masih duk blajar ag.. huhu.. tp kawen awl pun tak nak gak.. hehe

semoga mendapat jodoh yg baik.. insya Allah...

abigemok said...

baik selesaikan semua yg patutu sblm kawen baru takde mslh nanti

black_mel said...

setuju...blajar dulu...ada positif dan negatif dia kalau kawen time study...so..just play safe..study,dh keja baru kawen..;)

NomborSebelas said...

ingat cakap mak..belajor dulu tuk dptkn ijazah :P



http://nomborsebelas.blogspot.com/

darkbatman said...

bercinta sebelum n lepas kawen sgt berbeza.. jgnla serah sume cinta b4 kawen merana diri nt.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

moga ko bahgia doa gua untuk lu

miss lolly a.k.a luvfareda said...

uhhuuu, nak bercinta lepas kawen je lah :)

lagi manis =))

Aidi-Safuan said...

xyah kawen la senang. huhu... :P

aman_arab said...

kawen time study pun ok...aku dulu pun kawen time study...lepas kawen result makin power compare time bujang...maklumlah hati dah senang.

Ieqa Swetluv said...

Najwa cik Qaseh ~

betul tu atie ngee

Ieqa Swetluv said...

fndrocka ~

haha biasa je lor

Ieqa Swetluv said...

touya~

okeyh jom~

Ieqa Swetluv said...

Sylarius ~

setuju dgn anda =)

Ieqa Swetluv said...

ciK LyndaWawa igUana~

uit uit nape lak nk tutup fb..cool k ^_^

Ieqa Swetluv said...

d_tieah ~

uit x de la smpi lari 100m pun kan ngee

Ieqa Swetluv said...

Amni ~

insyaAllah aminn~

Ieqa Swetluv said...

bardboo ~

thanks ya =)

Ieqa Swetluv said...

Along Tapa~

haha dun wori under control lg okeyh

Ieqa Swetluv said...

NICK IRFAN ~

that's right dik

Ieqa Swetluv said...

@juera ~

kita doa byk2 k mudah2an dipermudah kan jodoh aminn

Ieqa Swetluv said...

~~Ciklinn~~~

setuju!!

Ieqa Swetluv said...

nurr kasih~

thanks =)

Ieqa Swetluv said...

Pinky Pixie~

baiklah =)

Ieqa Swetluv said...

AISHA SAAD ~

erkk terkesima terkedu semua huhu

Ieqa Swetluv said...

nas ~

x lama lg la tu haha

Ieqa Swetluv said...

YuSeNzE - KniGhT ~

betul tu hurmm~

Ieqa Swetluv said...

@ien_R@z ~

insyaAllah aminn~

Ieqa Swetluv said...

Kyuubi_85 ~

setuju ngee

Ieqa Swetluv said...

sebelas ~

baiklah mak wee

Ieqa Swetluv said...

darkbatman ~

thanks =)

Ieqa Swetluv said...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o~

aminn..thanks =)

Ieqa Swetluv said...

miss lolly a.k.a luvfareda ~

bagus3 ngee

Ieqa Swetluv said...

Aidi-Safuan ~

nak kawen gak huwaa

Ieqa Swetluv said...

aman_arab ~

x semua org leyh cmtu hurmm