Tabung Masa Depan

Saturday, October 16, 2010

kasih seorang kakak.. khas buat adikku yang bakal SPM 2010


Petang semalam adikku call dari hostel, rasa macam lama sangat tak jumpa dia coz nak wat camne, dia jauh ke selatan, aku pulak sedang berjuang di pantai timur. Nasib baik kemudahan teknologi ada, kalau tak terpaksa guna telegram ala-ala orang dulu-dulu. Adikku bakal menghadapi SPM this year, so sebagai seorang kakak yang berjiwa kekakakkan yang ketara (ada dalam kamus BM tak) memang pada aku la dia merujuk segala..


" Along, trial kali ini achik tak dapat yang terbaik, sedih sangat "

" Kenapa?? hurmm, achik stress ke study kat sana? "

" Entahlah along, kat sini semua orang fokus lebih pada  sains dan maths. Cikgu pula dah tak tekankan sangat subjek-subjek teras, dia suruh belajar sendiri, tapi bagi banyak sangat homework, kadang-kadang nak wat revision sendiri pun tak sempat. Sedihla kita long tak ada A pun trial ini. Achik takut la long.. "


Risau juga bila aku lihat adik aku kusut macam ini. Aku faham perasaan dia, study di MRSM, apetah lagi sekadar seorang freshie yang baru masuk ketika dari form 4 dari sekolah yang biasa-biasa je, memang banyak dugaan, friendship, study, lifestyle dan segalanya berbeza. Yup, rasanya dia macam aku kowt, sains bukan dunia dia. Sebab aku pun dahulunya berasal dari aliran pure sains yang akhirnya berpindah ke sastera. Tapi sekarang bukan masanya nak menyesal sebab sekali melangkah, tiada peluang kedua untuk berpatah balik semula. Life must go on dear.


" Achik, sekarang ini kau kena ada aim, sebab kalo nak baca semuanya dalam masa sebulan dah tak sempat dah. Kena kontrol diri, bijak atur study schedule, tak payah dengar cakap-cakap orang yang cuba nak jatuhkan achik. Janji sekarang ini, achik kena belajar sungguh-sungguh. "


Bila aku da mula plan strategy, memang banyakla ayat berupa inspirasi supaya dia kuat.


"  First, plan setiap hari, nak belajar sains atau maths tu terpulang. Tapi mesti peruntukkan sekurang-kurang satu jam lebih untuk fokus subjek teras macam matematik, pendidikan agama Islam, Bahasa Melayu, Sejarah dan Bahasa Inggeris. Cuba atur schedule decide nak study subjek apa dan apa. Jangan sibuk nak study subjek killer, sampai tinggalkan subjek teras yang achik boleh strive A. Ingat itu "


Adik aku mengiyakan. Aku terus menyambung.


" Kedua, dah tak sempat dah nak baca semua buku itu. Apetah lagi kalau subjek  yang banyak fakta macam sejarah dan pendidikan agama Islam. Belajar cara nak jawab soalan, tengok contoh-contoh soalan lepas itu cuba tackle bentuk soalan itu macam mana. Especially dalam maths selalunya bentuk dia sama je setiap tahun. Kerap buat latihan dan hafal apa-apa yang penting macam sejarah tajuk Malayan Union, kabinet semua itu. Kena pandai susun strategi study. Study smart bukan study hard!"


Adik aku diam. Serius aku sangat marah bila dia cakap dia tak boleh itu dia tak boleh ini. Siapa kata tak boleh semua boleh tak ada apa yang mustahil, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Seribu dalih hanya buat kau makin jatuh achik. Yang penting usaha doa dan tawakal. Kena yakin pada Allah baru hati jadi makin kuat, tenang nak study. Bila part ini memang nampak aku sangat serius grrr~ Garang jugak kan !


" Teruskan study schedule yang lain-lain itu macam biasa, tapi sekarang ini jangan selalu nak bersuka ria, bertangguh, (macam zaman aku belajar dulu suka sangat tangguh tangguh huk huk) setiap waktu, detik, minit, jam yang berdetik ini semua bermakna. Jaga makan jangan sampai tak makan. Jaga tidur jangan sampai tak rehat. Yang penting amalan pada Allah yang along dah cakap dulu jangan lupa, Tinggal sikit je masa yang tinggal, Banyak-banyak doa,Kepadanya segala ikhtiar kita berserah, tawakal mudah-mudahan dipermudahkan "


Ya, itulah tips yang paling berguna, hubungan dengan Allah, hubungan dengan masyarakat. Nak buat apa-apa pun yang paling penting niat itu mesti nak dapatkan keberkatan Illahi, ibu bapa, guru-guru dan insan-insan sekeliling. Aku cakap macam ini pada dia sebab aku sendiri dah pernah rasa hikmahnya. Hati jadi lebih tenang, segala hubungan jadi lebih mudah, rasa semakin kuat.

Kalaulah aku dekat, dah lama aku terbang balik gi sekolah dia bagi kata-kata semangat and segala tips yang boleh dia buat dalam saat-saat akhir ini. Tapi aku jauh, jauh sangat. Dengan program yang agak compact, exam pula dah semakin dekat. Aku tak dapat nak bantu dia. Hanya titipan doa sahaja mampu kuberikan. Semoga kau mampu hadapi cabaran SPM ini dik.. InsyaAllah along yakin kau mampu dapat yang terbaik.



Hujung tinta :

Bila dalam keadaan camni, aku selalu terfikir, beruntungnya punya kakak, bertuahnya punya abang. Sebab aku anak sulung, aku lah kakak, akulah abang pada diri sendiri. Waktu aku susah, aku sedih, aku perlukan bimbingan dan tips dari orang yang matang dan bijak pandai, aku tak ada semua itu. Yang hanya aku ada motivasi, inspirasi dan semangat persahabatan yang kukuh dari semua rakan-rakan kat sekolah dulu, kawan-kawan aku di SMAKJ. Hanya Iltizam dan semangat dalam diri sahaja yang buat aku berdiri, di samping peroleh kekuatan dari emak dan ayah. Cuma bagi aku paling penting sekali,  pada Allah aku berserah dan memohon dipermudahkan segala urusan. Harap adikku mampu mengatasi dugaan ini.


katakan like jika best ya!

23 comments:

cik QasehThya said...

hurmm..
nnti kim salam achik yea..
moga2 dia dpt buat yng terbaik utk SPM nnti..

atie even abg ad pon tak semestinye dia tau prob atie..abg angkt plk y terlalu amik berat ttg atie..
n thank to u cz being my trusted fren ever :)

ZihNuN FaTiN said...

hmm ok la 2 ika..akak wlpn de kakak tp xde ghope kakak pn..mn de nk motivate2 akk ni time blj..sume akk lalui sendiri tanpa kata2 semangat dari family even parents sendiri pn...klu akk dpt kptsn yg bgs baru lah diorg celik mata,kalau jatuh sikit,mula nk kutuk2 x puas ati...

pe pn,smgt blj utk hbskn degree dtgnya dr shbt2 dan lecturer2 akak...not even once from my family..my scroll is for myself,not for them!

itulah kenyataan ttg takdir hdup akk..akk cuma perlu bljr redha dan terima dgn sikap diorg...

but i'm still grateful having friends and teachers around me..=)

ttbe je emo kan...hehehe

slm syg slm rindu buat ika...=)

relevan said...

Salam..bagus..selalu titipkan semangat buat adik..

Rowena Chasez said...

syg..
adik i pon SPM thun nie..
kesian tgk dia sentiasa stress dgn exam dia..
dah laa selalu gagal..
aishhh...
i pon dh byk bgi nasihat kt dia..
ohhh ye..
adik u MRSM ek??
relax laa..
trial MRSM mmg susah...
jaoh lebih susah dari SPM sbnar..
i dulu MRSM gak..
trial siap ade fail lagi..
tpi Alhamdulillah..
SPM leh score..
so, dun worry too much..
:)

ciK LyndaWawa igUana said...

good luck unutk ur sis..=)

Along Tapa said...

aku paham perasaan ko....sebab aku pun anak sulung gak...semua kena tanggung sendirik..sebab tu dalam rumah aku paling mentel...otak shot sbb terlebih amik pressure dulu...

nasib adik2 aku dah lepas SPM dah..tinggal yg paling kecik jek tak lagi~
miamans-5a...wpun dia paling slow..skang dah ada IPTI amik TESOL..
cecep-5a5b...dah selamat kat utm..

bagus bagus gak diorang wpun still tak dapat melampaui cabaran result yg aku dah buat~

Gorengbaek - Inalillah...

Yuni Aisyah said...

wah...seorang kakak yg sgt baik...
all da best for ur sis....

AISHA SAAD said...

beruntung gakk ade relationship yg kuat dgn adik2!
aku nih adik sumer lakii....
nak dgr dorang ckp cm nih, harapan lerr!!

newayy, such a very perfect advise!
wish ur adik sukses with flying kaler ehh!

nas said...

Salam ieqa..
harap2 adik kamu berjaya n sukses dalam spm..
jangan bagi dia on9 keyh..hehehhee...
spm nie penting utk menentukan kat mana arah tuju kita slpas ini...

d_tieah said...

Wow..
Baiknye kakak dia..
Gud luck ek utk adik ko tu..
Hehe..

black_mel said...

gudluck kepada dia...xpe..dia mesti boleh buat...rajin2 berdoa..

mekdonel said...

Entry ni worth reading:

http://fdausamad.blogspot.com/2010/10/maher-zain-ni-sunni-ke-syiah.html

http://fdausamad.blogspot.com/2010/10/metafora-sarcacsm-sound-derek-dan.html

Serious!

ieQa sWetLuv said...

cik QasehThya~

ika syang atie gak..luv n miss u so much

ieQa sWetLuv said...

ZihNuN FaTiN~

urmm sedih lak bila baca akak nye..papepun untuk hidup kita ni, kita yang kena usaha gigi utk capai yg terbaik, sbb hasilnya untuk kita jugak kan =)


semoga Allah permudahkan setiap urusan akak aminn~

ieQa sWetLuv said...

relevan~

maceyh

ieQa sWetLuv said...

Rowena Chasez~

i hope so..thanks dear

ieQa sWetLuv said...

ciK LyndaWawa igUana ~

thanks =)

ieQa sWetLuv said...

Along Tapa ~

ko lak berapa??ngee~

ieQa sWetLuv said...

Yuni Aisyah~

thanks dear

ieQa sWetLuv said...

AISHA SAAD ~

haha thanks

ieQa sWetLuv said...

nas~

betul tu nas..ika pun harap dia wat yg terbaik nty

ieQa sWetLuv said...

d_tieah~

maceyh ya =)

ieQa sWetLuv said...

black_mel ~

mudah2an..insyaAllah =)