Tabung Masa Depan

Sunday, October 17, 2010

Misteri 'benda' di pagi buta : Jangan tegur!



Cerita hantu?? Kisah seram?? Pengalaman hidup?? hurmm...


Kalau dah nama duduk di asrama(hostel), semenjak dari sekolah menengah sampailah peringkat tinggi ini, cerita-cerita tentang histeria, dirasuk, nampak benda-benda ghaib, semua tu bukan sesuatu yang pelik lagi.


Aku, hurmm.. nak kata pernah jumpa, alhamdulillah belum lagi setakat ini, harap-harap jangan la jumpa, TAK BERANI KOWT!! Tapi.. tak tahulah, adakah ini gangguan atau sekadar permainan perasaan, aku pun tak pasti.


Kata orang, apabila datang 'si dia' yang tidak diundang, kita boleh rasa. Dan aku percaya, apa yang aku rasa selama ini, memang 'si dia' ada sebenarnya, cuma tidak dibuka hijab, mungkin Tuhan tahu aku takkan mampu nak menghadapi 'si dia' secara face to face. Itu pun kalau ada muka, kalau tak ada, erkk.. Nauzubillah mintakla dijauhkan.


Apa rasanya ya?? Hurmm.. selalunya benda-benda ghaib ini akan datang di saat manusia ini dalam keadaan separa sedar, antara mimpi atau realiti, antara tidur atau bangun, antara berani atau takut, antara ingat atau lupa, di situlah 'si dia' ada. Memang sikap syaitan dan iblis, mereka suka pada waktu atau tempat yang bertembung dua perkara berbeza. Seperti mana ketika ada wanita dan lelaki, pasti syaitan adalah orang ketiga. Antara siang dan malam, waktu senja adalah waktu golongan mereka berkeliaran. Maka benarlah pesan orang tua, tak elok berkeliaran di waktu senja, takut ditangkap hantu. Biarpun dilihat sebagai peringatan untuk si anak-anak sahaj, tapi realitinya ada terselit kebenaran.




Macam yang berlaku di suatu pagi yang hening..

Aku seorang sahaja yang masih berjaga. Jam menunjukkan sekitar 3.30 pagi. Keadaan memang sunyi sepi. Di waktu semua manusia sedang syok melayan mimpi, aku pula sedang berjaga menyiapkan tugasan yang belum dibereskan. Ikutkan mata memang dan mengantuk yang teramat, tapi disebabkan esok kerja perlu dihantar, nak tak nak tahankan jela mata. Itulah namanya buat kerja last minit, erkk... actually aku terlupa. Tak apalah sila abaikan kenyataan itu.


Entah tiba-tiba aku rasa tak sedap hati, berderau semacam. Sedangkan sebelum itu tak ada apa-apapun. Suasana jadi sepi sangat. Sebelum itu ada jugak la bunyi cengkerik yang menyanyi-nyanyi. Dalam keadaan camtu memang sah tegak dah segala bulu yang tumbuh ini, tapi aku wat derk. Kalau dilayan perasaan itu, menjadi-jadi lagi takutnya. Tapi jangkaanku meleset sama sekali, malah semakin aku diam semakin tak tenang dibuatnya.




Tiba-tiba terkejut aku waktu senyap-senyap tu dengar pula lembu entah dari mana datangnya melolong-lolong macam serigala. Bunyi lembu itu sayu je, macam sedang menangis. Bukan seekor, berekor-ekor. Setahu aku, kalau ada benda itu, binatang tak kira la apa yang ada cicak ke burung ke atau apa-apa akan bising tiba-tiba, sebab diorang nampak tuttt lagi-lagi waktu pagi buta camni....


Aku dari duduk ngadap laptop terus bangun sebab terkejut. Memang dah seram gila kot waktu itu. Datang dari mana pulak bunyi lembu ini?? Even kat sini area kampung, tak ada pulak aku jumpa lembu bersepah-sepah selama ini. Dengar orang ketuk tingkap.. tuk tuk tuk.. erkkk sape tu????!! grrrrr siapa pulak ini, dah ler aku duduk tingkat bawah sekali.




Dari berani aku terus kecut perut, save kerja, shut down, tutup laptop, tutup lampu dan terus tidur. Erkk tutup lampu?? eh tak boleh tak boleh kang lagi aku takut gelap-gelap ini kang ada pulak yang trang tang tang, bukak balik lampu terus baring buat-buat tidur, paksa diri pejam mata even tak boleh nak lelap. Niat nak gi toilet pun da tertutup. Dah ler tinggal sorang je ni coz rumate belum balik lagi dari kampung. Doa jela tak jadi apa-apa. Entah bila tertidur, aku pun tak sedar.


Sampai sekarang aku tertanya-tanya, mana datangnya bunyi-bunyi lembu tu?? siapa yang ketuk tingkap aku?? Adakah itu amaran supaya suruh aku tidur?? Betul ke memang ada benda itu atau sekadar mainan perasaan?? Entahla malas nak fikir. Bukan apa, orang kata kalau sekali benda itu dah pernah masuk dalam badan kita, dia dah tahu jalan masuk untuk kali seterusnya, sebab itu kena berwaspada. Harap-harap tak jadi apa-apa la lepas ni, lagi-lagi dalam musim peperiksaan, huh~



katakan like jika best ya!

14 comments:

Syafrizal said...

buat tak tau je
saya pun pernah kena..
pastu saya marah balik
aku tak kacau ko
ko jangan kacau aku
awak baca la apa2 yg patut

Along Tapa said...

ni yg nak kongsi cerita miamans ni...panjang sikit ek...miamans ada cerita bulan lepas..kat IPTI..cam ko gak..tinggal sorang buat assignment...dalam pukul 3lbih...dia ternampak benda tu jenguk kepala dari belakang laptop dia...masa tu dalam kepala dia teringat ayat kursi jek...dia baca, lepas tu dia tampor menatang tu...tercarap kat sebelah..lepas tu benda tu nak masuk bawah katil dia..dia sempat tangkap rambut menatang tu...aku tanya dia..apa dia rasa masa tangkap rambut tu...dia kata rasa kepala benda tu sejuk...lepas tu rambut benda tu jarang2..dia dapat tangkap rambut benda tu, dia baca lagi ayat kursi...menatang tu tak gerak2...nak masuk bawah katil takleh...nak mengundur takleh...dalam 10minit gitu baru miamans lepas...lepas tu dia pegi bukak lampu...n benda tu pun hilang...gila hati kering betul minah tu...kalo ko, ko berani tak buat cenggitu??huhu

Gorengbaek - Taktik-taktik mengorat yang hampeh

Asni Amni said...

ieqa..betul ke..? kisah bila ni..? huhu...takpe2 jangan takut...Allah ada...Allah Maha Berkuasa..Allah Pencipta segala makhluk..=)

Along Tapa > hehe..itu tandanya..dia percayakan Kekuasaan Allah..Tiada apa yg dapat memudaratkan dirinya melainkan izin Allah..Gitu la kite..apa2 yg berlaku pd kita..ingatlah pada Allah..moga2 kita kembali ke dunia nyata...InsyaAllah..

ciK LyndaWawa igUana said...

tido jgn lupa basuh kaki...=)

nas said...

isk..
takot gak bila ader pengalaman berjumpe ngan hantu2 nie..
sik3..seram gak...
ader plak lembu kat tempat ko....
atau ingatan ko terganggu time tue? Wallahualam...

Anonymous said...

Overview of state health insurance laws and activities. http://insuranceinstates.com/oklahoma/Tulsa/Courtesy%20Insurance/74136/

Mr. Amni said...

Amalkan baca ayatulqursi.. insha allah, terlindung dari segala makhluk ghaib yang cuba menyesatkan...

ieQa sWetLuv said...

Syafrizal~

x berani nak marah dia wat derk lebey baik huk3

ieQa sWetLuv said...

Along Tapa ~

perghh berani giler dia

ieQa sWetLuv said...

Asni Amni~

betul kak x tipu huk3

ieQa sWetLuv said...

ciK LyndaWawa igUana~

saya siap amik wuduk sekali hehe

ieQa sWetLuv said...

nas ~

itulah aku pon konfius hehe

ieQa sWetLuv said...

Mr. Amni ~

insyaAllah..thanks =)

shino said...

ieqa..bunyi lembu tu memang ade kdg2 bile malam kt asrama...law dak aras atas akan nampak sekumpulan lembu berjalan/berlari kat jalan sebelah tu.......