Tabung Masa Depan

Tuesday, October 19, 2010

Bertuahnya Menjadi seorang Wanita



sebuah pujangga berbunyi..

bukan dari tulang ubun ia dicipta,
sebab berbahaya membiarkannya dalam sanjung dan puja,
tak juga dari tulang kaki,
kerna nista menjadikannya diinjak diperbudak,
akan tetapi..
dari rusuk kiri,
dekat ke hati untuk dicintai,
dekat ke tangan untuk dilindungi.



*****************



Salam sayang buat semua sahabat. Kali ini aku ingin berkongsi sedikit pembacaan yang aku peroleh dari sebuah buku, 'Tips menjadi Wanita yang Paling Bahagia'. Banyak sangat info yang telah ku peroleh, dan sangat seronok bila dapat tambah ilmu untuk bekalan masa depan. Semoga kisah ini memberi manfaat dan ilmu yang berguna untuk kita terutamanya untuk menjadi muslimah sejati, isteri solehah dan ibu yang mithali, insyaAllah.







"Apabila seorang wanita telah melakukan solat wajib lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan mentaati suami, di akhirat nanti ia diseru masuk ke dalam syurga mengikut pintu mana (pilihan) yang disukai." (Riwayat at-Tabrani)


Suatu Riwayat mengisahkan , pada suatu hari Rasulullah SAW menziarahi anaknya Fatimah dan didapatinya Fatimah sedang menangis. Maka Rasulullah SAW bertanya apakah yang menyebabkan Fatimah bersedih. Jawab Fatimah,


" Wahai ayahku, aku menangis kerana terlalu  letih mengisar tepung untuk menyediakan makanan bagi keluarga dan menyiapkan kerja harian di rumah. Kalau boleh, tolonglah beritahu kepada Ali agar ia belikan seorang hamba bagi membantu kerja-kerja ini dan ia sebesar-besar kurnia kepadaku."


Maka Rasulullah membantu puterinya mengisar gandum dan dengan lafaz Bismillah, suatu keajaiban berlaku. Batu pengisar tersebut berterusan bertasbih memuji kebesaran Allah sambil mengisar gandum tersebut tanpa diputar oleh tangan kekasih Allah.

Usai sahaja Rasulullah membantu Fatimah, sambil Rasulullah SAW memandang puterinya maka berkatalah baginda,


" Wahai Fatimah, ALLAH boleh menghendaki batu pengisar itu bekerja dengan sendiri mengisar tepung bagi membantumu sepertimana yang engkau lihat tadi, tetapi ALLAH tidak mahu berbuat begitu, kerana ia hendak memberi ganjaran pahala yang besar meninggikan darjatmu dalam syurga daripada penat lelahmu memerah tenaga dan bekerja mengurus keluarga dan rumah tanggamu "


Sambung Rasulullah SAW,  


" Wahai Fatimah, kelebihan setiap wanita mengeluarkan peluh ketika mengisar tepung dan memasak roti (makanan) untuk dihidangkan kepada suami dan anak-anaknya, Allah akan bina parit (sebagai pendinding) di antara dirinya dengan api neraka (bagi menghalang dari panas api neraka). Jarak di antara satu parit dengan satu parit sejauh langit dengan bumi."


" Wahai Fatimah, setiap wanita yang berair matanya lantaran pedih kerana memotong bawang untuk dijadikan bahan masakan kepada ahli keluarganya, maka ALLAH akan membalas pahala sebanyak orang yang menangis kerana takutkan ALLAH."


" Wahai Fatimah, setiap wanita yang memintal benang, menenun dan menjahit pakaian untuk keluarganya, ALLAH akan mencatatkan kebajikan sebanyak jumlah benang yang ditenun (dijahit) dan dihapuskan(diampunkan) pula 10 kejahatan(dosa)."


" Wahai Fatimah, setiap wanita yang menenun(menjahit) pakaian ahli keluarganya, ALLAH menetapkannya di tempat khas di atas takhta (di dalam syurga) di akhirat."


Riwayat lain menyatakan akan diberi pahala sama seperti memberi pahala makan kepada 1000 orang yang sedang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.


" Wahai Fatimah, setiap wanita yang meminyakkan dan menyisir rambut, mencuci pakaian anak-anaknya, ALLAH akan membalas perbuatan kebajikannya itu dengan pahala sebanyak jumlah rambut anaknya yang telah disisir dan menghapuskan dosa-dosanya serta wajah beliau kelihatan berseri-seri di akhirat."


" Wahai Fatimah, tiada yang lebih utama bagi seseorang wanita itu ialah berada dalam keadaan redha suaminya. Sekiranya suami tidak redha ke atasmu maka aku tidak mendoakan untukmu. Ketahuilah bahawa redha ALLAH terhadap seorang wanita bergantung kepada redha suami ke atasnya."


******************


Bertuahnya kita menjadi seorang wanita, kerana kita punya peluang yang luas mempertingkatkan amal dan bekalan di akhirat kelak. Hanya memenuhi 3 perkara ini, maka insyaAllah pintu syurga akan terbuka : Taat kepada Allah, Cinta kepada Rasulullah dan Kasih kepada Suami. Semoga kita sama-sama menjadi seorang wanita yang tabah, sabar, dan kuat menghadapi segala godaan dan badai kehidupan, dan seterusnya menjadi  isteri yang solehah buat suami tercinta serta ibu yang terbaik buat anak-anaknya.




katakan like jika best ya!

10 comments:

cik QasehThya said...

amin...
insyaAllah 1 hari nnti :)

ayumi pinkahana said...

acecey akk..nk kate boley jd ibu mithali la tu letak pix pegang bby? hee~

Along Tapa said...

nak dapat pompuan yang sanggup buat tu sume...payah dah ni jam~~~

Gorengbaek - Teknik ngorat secara kreatif.....versi Meon

AISHA SAAD said...

wahhh, ko nih mcm dah dekat jekk.
aku nak kad jemputan, tak kiraa! hahaha.

newayy mmg byk cara pompuan nih nak masuk syurga, tp byk jugak cara nak ke neraka.

so, pndai2 lahh pilih. hee~

d_tieah said...

Tajuk mcm crmh ustaz Kazim..
Hehe..

ieQa sWetLuv said...

cik QasehThya~

insyaAllah aminn

ieQa sWetLuv said...

ayumi pinkahana ~

haha yela tu kowt ngee

ieQa sWetLuv said...

Along Tapa~

insyaAllah ada ko kena usaha keras lagi carik ngee

ieQa sWetLuv said...

AISHA SAAD~

jao lg la wei..aku praktis je luk huk3

ieQa sWetLuv said...

d_tieah ~

ni lak ustazah kazimah tau huahua