Tabung Masa Depan

Thursday, October 21, 2010

Bila pelajar membenci gurunya, berkatkah ilmunya?



Pernahkah anda menghadapi situasi sebegini???


***********************


Guru   : Saya tak halalkan ilmu yang saya ajar pada kamu! Terpulang pada awak la nak berjaya atau tidak, lantak awaklah!!

Pelajar : .............

 *************************


Dalam mengejar keberkatan ilmu, maka semua pelajar akan melakukan yang terbaik dan cuba untuk membuktikan yang dia mampu melakukan sesuatu yang mampu memberi pandangan positif daripada gurunya. 


Mungkin kepercayaan si guru sukar diraih selepas sedikit sikap ketidak matangan masa lalu yang pernah dilakukan. Maka si pelajar mengharapkan sedikit peluang daripada si guru, supaya dapat melakukan yang terbaik bagi membuktikan kepada guru anda, agar dia mampu membanggakan beliau.


Walau bagaimanapun, tekanan demi tekanan diberikan oleh si guru, sehingga kadang-kadang si pelajar keliru, adakah si guru sekadar hanya ingin menguji, ataupun menggunakan pelbagai helah melalui caranya, tutur katanya, pandangan matanya, umpama cuba untuk menjatuhkan semangat si pelajar??


Komen demi komen, kritikan demi kritikan dimuntahkan oleh si guru bertubi-tubi sehingga si pelajar merasakan mahu sahaja memberontak dan protes, malas hendak melayan perangai si guru yang banyak songeh. Walhal yang sepatutnya diberikan oleh guru adalah sokongan dan bimbingan, bukan tujahan kata-kata yang memanaskan telinga si pelajar sehingga meruntun perasaan dan kekecewaan.


Ibaratnya segala kebaikan yang cuba ditonjolkan oleh si pelajar hanya dipandang enteng oleh si guru.


Kerana terlalu tertekan, makanya si pelajar memendam rasa yang teramat dalam biarpun terpaksa bertopengkan senyuman dan gurau tawa. Muka ceria, namun dalam hati siapa yang tahu. .


Sampai suatu tahap kesabaran yang dipupuk umpama dicarik dek helang, semakin menghilang sedikit demi sedikit. Dan kebencian mula berakar umbi di dalam hati si pelajar akan si guru dan sehingga terluahlah kata...

"Cikgu itu memang KEJAM!!  Aku BENCI dia! "



Persoalannya..

~ Salahkah si pelajar jika dia membenci gurunya ??

~ Wajarkah si guru bersikap sedemikian??

~ Apakah yang harus dilakukan oleh si pelajar, jika tidak diberi peluang?

~ Bagaimana dengan ilmu yang diperoleh daripada si guru, berkat atau tidak ??



katakan like jika best ya!

16 comments:

Reezo said...

Dalam situasi ni, dua2 salah.

Sbagai pelajar, tidak boleh dia tidak menghormati gurunya, selama dia tidak bersalahan.

Manakala guru pula, tidak berhak pula 'tidak menghalal'kan perkara yg tidak diharamkan oleh Allah dan syarak, tambahan lg ilmu itu adalah milik Allah.

Wallahu'alam..

Along Tapa said...

aku taknak salahkan sape2...sebagai pelajor, ko kena sukakan jugak cikgu tu walaupun ko tak suka kat stail dia...kalo dah takleh nak suka cikgu, sukakan le ilmu tu...

dari sebelah cikgu pulak, awak tu ngajor..jangan dipaksa bebudak tu terima on the spot..ada budak mmg cpt tangkap...ada lak yg mmg lembap..kalo tak cukup sabor, jgn jadik cikgu..setuju tak cik ieQa?

Gorengbaek - Benda-bernda yang Along pantang masa makan

AISHA SAAD said...

aku rasa dua-dua pon salah. tp cikgu tuh puncaa. haha!

dulu aku penah kena sumpah macam nih.
klas Bahasa arab tinggi. seryes cuakk.

nak exam peluh2 aku mintak maap.
seb bekk lulus gakk.
kreedit je laa tak A.
haha!

Sylarius said...

Ilmu itu bukan milik siapa-siapa. Ia milik kepada empunya hati yang ikhlas mencarinya.

Ilmu seluas lautan. Tiada insan dapat mampu menguasainya semua.

aman_arab said...

walaupun aku pun cikgu jugak..tapi dalam kes ni aku salahkan cikgu tu..aku pun ada pengalaman yang agak serupa macam ni jugak time sekolah dulu..nak cerita pjg sgt..nantilah kalau ada kesempatan aku wat entry mcm ni jugak..

fara said...

xnk slhkan sesape dlm hal ni.

tp kan lebih elok kalau cikgu tu bg semangat dr tekanan dekat student die....

eiela said...

dua-dua salah, anak murid nak tak nak kena hormat jugak cikgu dia walaupun dia tak suka, sebab dia yang memberi kita ilmu.

cikgu plak takbleh tak menghalalkan ilmu yang diajar, sebab tuh dah profession yang dipilih, kan dah tugas kena la ikhlas baru berkat rezeki yang diterima. tapi apa-apa pun nih pandangan saya je.

fndrocka said...

Cikgu pun kna ingat..ilmu dia tu lun dtgnya dari tuhan.kalau dia berkira sgt..tuhan tak berkat

ieQa sWetLuv said...

Reezo~

setuju dengan awak =)

ieQa sWetLuv said...

Along Tapa~

of coz la setuju hohoho

ieQa sWetLuv said...

AISHA SAAD ~

naseb bek semapt mintak maaf huhu

ieQa sWetLuv said...

Sylarius~

ya betul2

ieQa sWetLuv said...

aman_arab ~

de wat citer nty kabo ya huhu

ieQa sWetLuv said...

fara ~

betul tu fara

ieQa sWetLuv said...

eiela ~

life so complicated right! huhu

ieQa sWetLuv said...

fndrocka ~

betul tu