Salam Perkongsian..
Apabila dibangkitkan dengan isu Valentine, sewajarnya sebagai umat Islam haruslah membuka mata, membuka hati dan iman untuk melihat isu ini dengan lebih jauh, bagaimana sejarah Valentine bermula. Namun, perihal Hari Kekasih ini biarpun sudah ditegaskan dalam penulisan, ceramah, majlis ilmu atau seumpamanya, amat menyedihkan apabila melihat masih ada lagi insan yang cetek pemikirannya menganggap Hari Valentine ini lah satu-satunya hari istimewa bagi membuktikan lambang cinta duniawi semata. Nauzubillah~
**************************************
Ok cukuplah tu ayat skema saya. Sebenarnya ada persoalan BESAR yang nak ditanya kepada semua cerdik pandai kat sini, sejauh manakah 'KE-DARA-AN' seorang anak gadis menjadi penentu dan penerimaannya dalam kehidupan insan yang bernama LELAKI.
Jika ditanya kepada mana-mana lelaki pun kat dunia ini, pasti mahukan wanita yang baik, cantik, lembut, dan bla bla.. TAPI persoalan yang paling PENTING, apakah lelaki mahukan seseorang yang baik, cantik, lembut dan bla bla itu, apabila didapati dia sudah hilang 'DARA' nya kepada lelaki lain??
Jikalau yang ganas-ganas, liar tu, mungkin fikir nak buat stok suka suki saja, cuba anda fikirkan, apakah masih ada lagi lelaki yang berhati mulia dan setia, menganggap kisah lama wanita tersebut sebagai perkara yang sudah berlalu, dan cuba belajar menerima wanita itu seadanya ?
Masih ada juga dalam kalangan mereka yang cuba memperbaiki diri apatah lagi berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik. Cuba membuka lembaran baru dengan niat agar berpeluang lagi untuk menjalani kehidupan biasa, mengimpikan lelaki yang baik biarpun kadang-kadang masih terselit rasa berdosa, dan bersalah atas kesilapan lama.Menebus dosa lama dengan bertaubat dan mendalami ilmu agama. Kerana sudah lumrahnya, setiap manusia pernah melakukan kesilapan. Waima dia mahu kembali pangkal jalan atau tidak, pilihan sudah tersedia di genggaman.
Jika kaum wanita, frasa 'Hilang Dara' pastinya menjadi isu besar dalam masyarakat kita. Bagaimana pula dengan kaum lelaki yang sudah 'Hilang Teruna' nya? ada ke yang menjadikan ia suatu isu yang besar juga?? Kaum Wanita masih sudi menerima lelaki sebegini sebagai pasangan hidup?
Pasti persoalan sebegini ada jawapan yang berbeza daripada golongan 'arjuna' mahupun 'kirana' kan. Jadi, tertanya-tanya juga macam mana pula respon korang, apabila berhadapan dengan situasi sebegini, apatah lagi mereka yang sudah anda cintai, tiba-tiba sanggup membuat 'PENGAKUAN BERANI MATI' terhadap kisah lamanya. Anda terima atau tidak???
Hujung Tinta~
Setiap apa yang dilakukan pada hari ini, pasti ada pulangannya di kemudian hari. Sebelum melakukan sesuatu, fikirlah kesannya supaya tak menyesal di hari muka.
katakan like jika best ya!

















