Tabung Masa Depan

Showing posts with label Tentang Blog. Show all posts
Showing posts with label Tentang Blog. Show all posts

Sunday, January 23, 2011

Tips Blogging untuk NEWBIE Blogger, Blogger VETERAN jangan baca ya



Rasa macam dah lama je aku tak buat tips blogging kat sini. Jadi hari ini tangan aku gatal-gatal sikit ya nak sharing kat korang semua especially kat new blogger tentang tips blogging. Kalo korang nak tau, aku ini pun bukannya hebat sangat dalam berblogging ini, sebab sikit-sikit tenggelam timbul kat sini sebab itu memang lah tak glamor langsung berbanding kawan-kawan yang dulu seangkatan dengan aku naik kapal sama-sama dulu.


Ini hasil apa yang telah aku belajar masa mula-mula berblogging dulu daripada mereka yang berpengalaman:




1) Kalau korang nak tahu, dulu blog aku ini gelap jerk. Maklumla mood gadis emo waktu itu. Aku pulak lagi suka warna gelap-gelap macam hitam berbanding putih. Tapi atas nasihat seseorang yang istimewa cewahh.. So aku pun upgrade la blog jadilah putih purple macam ni.


2) Better tak payah letak widget banyak-banyak, menambahkan kolestrol je kat blog korang tu. Pilih mana yang perlu dan penting untuk memudahkan korang. Sebab, kalo blog kita berat sangat, nanti orang yang elok-elok nak datang blog kita tiba-tiba terus klik tanda pangkah kat atas tu sebab malas nak tunggu loading lama sangat. Haa, apa kata korang gi timbang luk blog korang tu bape kilo la ye hehe. 


3) Then, cuba susun atur blog korang ini elok-elok kasi teratur sikit. Yela, kadang-kadang ada blog yang aku  masuk tu mak aihh penuh aksesori dengan blink-blink nya lagi sampai juling dibuatnya. Kalau akulah, aku lagi suka blog yang simple dan kemas sebab nak baca pun senang. Rasanya kebanyakan blogger glamor pun buat simple-simple je macam Hanis Zalikha, Ben Ashaari, Zack Zukhairi, Cik Epal, Cik Lolly dan lain-lain. Lagi satu, tulisan tu janganla comel bebenow kecik je cam saiz tahi mata mak aihh berkedip-kedip orang nak baca dibuatnya.


4) Ada sesetengah blogger suka pasang readmore pada entry bagi menjimatkan space dan memudahkan blog di-loading, tapi bagi aku lak, aku tak berapa berkenan dengan penggunaan readmore jenis ini, apatah lagi kena klik then loading lagi sekali untuk buka full entry tu. Leceh la gak, lagi-lagi bagi orang yang mengalami masalah tenet tenuk lagi tenat macam aku ini, daripada bersemangat nak baca terus tak jadi . Tapi kalo guna readmore macam sifu blogger aku ini dulu Along Arman aku tak kisah, sebab dia automatik je keluar tak payah nak tunggu lama-lama.



Cukuplah itu yang boleh aku kongsikan berdasarkan pengalaman aku berblogging selama setahun lebih ini. Dulu blog aku ini pun banyak kali kena tegur, tapi kita sebagai newbie kenalah terima dengan hati terbuka coz apa yang diorang cakap tu banyak betulnya. Tak percaya boleh tengok blog review oleh Touya Karuma masa aku mula-mula blogging dulu. Teruk jugak kena kutuk ngan blogger lain dulu wawawa~~


Ada banyak cara nak hangatkan ruangan blog korang macam yang pernah aku tulis dulu. So gi la jeling-jeling k. Alamak ada ke blogger veteren baca?? Adeyh tak dela reti nak tulis tips-tips ni tapi nak juga menggatal. Kalau ada nak komen blog aku silakanlah ya, sebab aku ngakula gak aku ini sekadar blogger picisan tak ada istimewanya cewahh~


Hujung Tinta:

~ Thanks kepada Abang Ben yang sudi tulis entry tentang blog ni. Sangat terharu cam nak nangis guling-guling je wawawa.

~ Kadang-kadang nak tergelak je baca entry dolu-dolu, tak matang sungguh haha.




katakan like jika best ya!

Saturday, January 22, 2011

Terbaik buat Cikgu-cikgu Blogger : Blog Kami Cikgu Blogger untuk anda semua


Salam sejahtera buat rakan-rakan semua..


Semalam, rakan aku Syafiq Shino ada 'paste' kan satu link kat wall FB aku, 'Kami Cikgu Blogger'. Wah agak teruja juga sebab blog ini bakal mengumpulkan semua guru-guru yang juga blogger dari seluruh institusi pendidikan sama ada IPG, IPTA/IPTS  juga yang sudah mengajar di sekolah-sekolah.




Apa yang menariknya, blog ini akan memuatkan pelbagai input yang boleh dikongsi khususnya dalam dunia pendidikan, sekaligus dapat menghubungkan serta mengeratkan sesama cikgu blogger. Selain itu, cikgu-cikgu blogger boleh berkongsi pendapat masing-masing serta mengetahui info-info semasa melalui blog ini.


Sebenarnya, dalam diam-diam aku juga telah mengikuti perkembangan semasa group 'Gathering Cikgu Blogger' di facebook. Bagus sungguh mereka ini, sebab selalu plan untuk buat gathering cikgu-cikgu blogger. Tahniah kepada Cik Mas dan rakan-rakan lain yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi mengumpulkan dan menyatukan semua bakal-bakal cikgu ini. Sebenarnya memang sangat jeles lah sebab tak dapat nak join first gathering diorang hari itu. InsyaAllah ada peluang, next gathering mesti mahu join. Harap adalah space untuk aku selit-selit lak nanti ya kih kih!!


Oklah, jadi bagi cikgu-cikgu blogger semua, bolehlah datang melawat blog Kami Cikgu Blogger nanti. Sila letakkan link dan nama tempat korang belajar di entry ini. Boleh juga lepak-lepak santai di group Gathering Cikgu Blogger di facebook. Bolehlah nanti korang berkongsi idea, pendapat atau nak tanya apa-apa dengan diorang nanti. Tengok cikgu-cikgu blogger ini semuanya friendly. So apa lagi cikgu-cikgu semua, jom ramai-ramai kita meriahkan blog Kami Cikgu Blogger ya!



Hujung Tinta~

Ternampak dalam komen kat blog kawan tanya IPGM untuk apa. Kalau nak tau, IPGM stands for Institut Pendidikan Guru Malaysia yang sebelumnya dikenali sebagai maktab perguruan. 



katakan like jika best ya!

Thursday, January 20, 2011

Fuiyoo excited weyhh orang Metrowealth call aku


Time aku tengah sibuk-sibuk wat aiskrim (nak berbisnes ni) coz ada hari terbuka kat IPG aku ni, tiba-tiba dapat call daripada orang tak dikenali. Eh, sape lak yang call aku ni, dah ler aku takkan sesukahati bagi nofon kat orang yang tak dikenali huh. Nampaknya dari KL je coz pangkal 03-**********..



Tak Tahu: Salam, ini Cik Ieqa ya?

Aku : Ye saya Cik Ieqa. Ini siapa ya?

Tak Tahu: Saya dari Metrowealth, nak invite cik Ieqa untuk dinner malam 26 haribulan nanti. Cik Ieqa boleh join x?

Aku : (Terkesima sat) Erkk.. ini yang pasal David Teo punya filem ke??

Tak Tahu: Hah ye betul tu. Jadi Cik Ieqa boleh tak confirmkan untuk malam tu. Ini email Cik Ieqa kan? ( dia sebutla email aku)

Aku : ( Mata blink blink muka teruja wahhhh rasa cam glamor sat kui2) Haa ya itu saya lah. Ermmm... tapi saya ada masalah sikitla malam tu coz sekarang saya berada di Terengganu. Mungkin saya tak dapat nak join. Maaf.

Tak Tahu : Ermm kalau macam tu tak pela. Nanti Cik Ieqa konfemkan kat email ya. Terima kasih.



Huwaaaa aku baru je excited gila nak gi. Weyhh first time kot dapat invitation macam ini **pergghhh tetibe rasa glamor giler lak hahaha. Ada can gak kot-kot jadi actress ke ** nak jugak aku ni dush dush dush. Lagipun sekarang aku agak busy nak bina kelab untuk teater, boleh tambah contact nanti kan kan! Tapi bila dok pikir-pikir balik.....


1) Jauh kowt. Aku kat Terengganu, event tu lak may be area KL.

2) Waktu tu mana ada cuti. Takkanla semata-mata nak gi sana kena ponteng kuliah kan! Maklumlah aku ni pelajar contoh nakal-nakal banyak mana boleh wawawa

3) Kalo aku turun KL, orang yang paling aku teruja sekali nak jumpa, Aisumi n Nabiel. Tapi kalo kejap-kejap je tak bestla. Coz 30hb lak aku kena jadi kerani SPR untuk pilihanraya Dun Tenang. Mesti sibuk memang tak boleh.

4) Nanti kalo sampai sana, sapa nak jaga aku. Dah le tak de kaum kerabat kat sana. Kalo jadi apa-apa kat aku nanti camna.. Dah le aku lom kawen lagi ishh~


Papepun thanks kat ery farieha coz bagi nama aku untuk join ni. Ingatkan suka-suka tak sangka lak betul-betul dapat. TAPI Serius sedey giler tahap cimpazi menjerit dah ni coz banyak sangat halangan tau. Dah banyak kali aku terpaksa lepaskan peluang nak join gathering gengblogger, cikgu blogger and etc. Apekan daya jodoh nak gi tak ada kan..


Kalo ada rezeki lagi, adelah lain kali. Isk isk isk....



katakan like jika best ya!

Saturday, December 11, 2010

BlogLarian : Cara Mudah untuk blogwalking!


Semalam ketika meronda-ronda di blog rakan-rakan, beberapa kali aku terbaca entry mengenai cara mudah blogwalking dengan menggunakan BlogLarian  sebagai salah satu medium untuk mempromosikan blog dan menarik trafik.

Agak menarik juga join segmen ni. Tapi sebelum itu, ada beberapa syarat yang perlu dilakukan, sila ke page Padelblog untuk roger-roger apa yang patut dan ada beberapa syarat yang perlu diikut.:


*************************




1)  Letak banner ni dan link kan ke http://bloglarian.blogspot.com/

2)  Lengkapkan Slogan "Saya suka berblogwalking kerana...." (tidak lebih 30 patah perkataan)

3)  Follow  Bloglarian

4)  Tag 3 orang atau lebih rakan

5)  sila beritahu rakan yang anda Tag memalui comment

6)  Tinggalkan link post anda di comment entry ini...

7)  peserta akan di listkan ke dalam BlogLarian mengikut turutan..

8)  tiada tarikh tutup buat masa ini




*********************

Saya suka berblogwalking kerana dengannya dapat berkenalan dan berkongsi info, pendapat dan pengalaman dengan rakan-rakan lain, membantu mempromosikan blog serta menaikkan trafik, secara tidak langsung dapat berblogging dengan lebih bersemangat cewahh!


Beberapa rakan yang ditag ...



katakan like jika best ya!

Sunday, November 21, 2010

My 1st Blog Annivesary : Asam Garam Setahun berblogging


Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kerana akhirnya genaplah juga usia setahun Blog Chenta Maneesku ini.. Terlalu cepat masa berlalu sehingga tanpa disedari banyak perkara telah berlaku. Walau bagaimanapun segala cobaan dan dugaan dapat juga dihadapi dengan jayanya.


Sebenarnya bagi pendapat cik penulis, bukan mudah untuk menjadi seorang blogger, kerana kita terpaksa menghadapi pelbagai cabaran daripada dua dunia yang berbeza iaitu dunia realiti dan dunia maya.Yang paling tertekan apabila 'mereka' tidak memberi sokongan malahan sebaliknya.


asam

Pada awal kewujudan blog ini, pelbagai tohmahan, ejekan, sindiran dan kata-kata yang mencengkam jiwa dan raga daripada manusia-manusia sekeliling terutamanya daripada golongan dunia realiti. Teringat lagi kata-kata seorang manusia, " Setakat buat blog macam ini,buang masa je! Lebih baik main game lagi bagus, ada ke orang nak baca?? Baik delete jela ". Kata-kata kejam ini sentiasa terngiang-ngiang di telinga sehingga membuatkan cik penulis rasa nak rejam je manusia durjana itu. Last-last, tak sangka dia juga merupakan salah seorang silent reader blog ini. Biasalah manusia macam ini, cakap tak serupa bikin.


Teringat lagi cik penulis pada manusia-manusia daripada dunia realiti yang selalu sahaja 'menganjing'  blog ini dan sikap cik penulis yang gemar akan dunia cyber. Sebagai manusia biasa yang merupakan golongan minoriti (di tempatnya) yang menggilai dunia blogging ini, sakit sangat, berdarah hati apabila sesuka hati dikritik pedas, tapi tak apa, cik penulis tetap buat derk dan bersabar. Macam yang dikatakan, dunia ini ibarat roda, akhirnya sebahagian daripada mereka juga mula berjinak-jinak dengan dunia blogging dan selalu bertanya itu dan ini kepada cik penulis. Ikutkan hati macam-macam mahu balas, tapi biarlah.. Tuhan kan Maha Adil..


garam

Apa-apapun, cik penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pengunjung dan rakan-rakan blogger juga reader yang sudi meluangkan masa berkongsi suka duka dalam menyokong perjalanan blog ini. Biarpun sentiasa ada pasang surutnya, tapi cik penulis berasa sangat berpuas hati kerana apa yang diinginkan dalam blog ini adalah perkongsian dan luahan rasa dan pendapat. Biarpun setakat ini matlamat cik penulis masih belum tercapai, insyaAllah akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.


Dan yang terutama, cik penulis ucapkan jutaan terima kasih kepada Gengblogger yang sebenarnya banyak membantu dan mempengaruhi pertumbuhan blog ini dari awal lagi, kerana dari Gengblogger lah cik penulis dapat berkenalan dan peroleh pengetahuan dengan ramai blogger lain. Makluman, Gengblogger dah sihat, so jangan malu-malu nak ping, chat, share dan sebagainya di sana.


Akhir kalam, jangan biarkan manusia menjatuhkan anda, kerana anda yang menentukan pilihan dan kejayaan anda, bukanlah mereka! For my My 1st Blog Annivesary : Happy Birthday Chentamaneesku.. Semoga  terus bertahan chaiyok chaiyok !! ^_^


katakan like jika best ya!

Wednesday, June 30, 2010

Perancangan Berblogging- Perluke online 24H untuk traffic dan followers?!


Permulaan Semester Baru- Bilik baru


Fuhh.. terasa lama pula tidak meng'online'kan diri. Terlalu sibuk apatah lagi sekarang ini sudah masuk semester 2 pula. Tanggungjawab semakin bertambah, pelajaran pun semakin mencabar. Tak bolehlah nak buat perangai kanak-kanak ribena macam dulu. Nak kena berlagak matured, adoii susah lah jugak. Tapi semua itu ok je, pucuk pangkal pada diri sendiri kan!


Mula-mula balik maktab je dah macam-macam hal kena. Ok, actually memang salah aku lah sebab semester lepas aku balik kampung awal SEMINGGU, dah tak pasal pasal aku terpaksalah merempat kat bilik orang coz kunci bilik ditahan penyelia. Sekarang ini dah black list nama aku coz buat satu kesalahan, kalau buat lagi, alamatnya aku dihalau keluar asrama la huwaa~ Maklumlah aku ini bukannya baik sangat, cuma tak adalah sampai jahat, tapi sekali sekala naughty-naughty tak apa kan kan.. (Padan muka ko ika huahua!!)


Result semester lepas dah keluar, hurmm cuma 3.66 je, agak terkilan sebab tak lepas target aku untuk over 3.7, tapi tak pelah alhmadulillah aku dah buat yang terbaik, jadi aku harap semester ini kena lah buat yang lebih baik. Yela salah aku jugak kot sebab belajar last minute, esok nak exam malam ini baru tergedek-gedek nak baca satu semester punya nota kan padan muka aku huahua.. Tapi apa boleh buat, aku punya penyakit M itu terlalu tinggi tahapnya, rasa-rasa ada ubat tak nak kasi baik sakit M ni?? ekekeke..


Disebabkan semester ini aku dapat bilik terbawah dan terdekat sekali, bilik 01, harap-harap ada peningkatan. Cuma seram jugak, maklumlah bilik terbawah dan first, kalau ada orang jahat nak serang blok aku, confirm bilik aku lah yang menjadi sasaran nya dahulu, kadang-kadang takut jugak kot kot ada orang sekodeng aku tengah tidur ke kat tingkap tu, tak pun pencuri ke apa ke, hish simpang malaikat 44. Bila terbangun tengah-tengah malam, meremang je bulu roma, hish seram betullah asrama budak lelaki ini, apasal la warden aku ini sengaja suruh kitorang tukar blok haishh. Ini pun kira baiklah berbanding member aku yang kena duduk blok hujung, buka-buka tingkap je nampak kubur.. marabahaya betul hoho~



Perancangan Berblogging- Online 24 jam?!


Ok perancangan berblogging semester ini, mungkin aku tak mampu lah nak galak sangat online cam dolu-dolu disebabkan bilik aku itu susah nak connect internet. Itulah bahana guna berukBand ini. Jadi mungkin aku akan update blog seminggu sekali atau dua kali kot itupun kalau tak sibuk . Hari-hari lain kalau ada kesempatan aku akan banyakkan blogwalking and baca blog kawan-kawan. Jadi sesiapa yang singgah ini korang tinggalkan jejak ke, terutama komen, konprom aku parking blog korang okies! Lagipun kadang-kadang aku terfikir jugak, perluke meng-online-kan diri almost 24 hours semata-mata nak kejar traffic dan followers sehingga melupakan kehidupan sebenar??


Sememangnya jika terlalu obses  menghadap laptop, lagi-lagi online layan facebook, games, blog memang tersangat-sangatlah boleh melekakan. Bila tengok jam haishh macam kejap je masa berlalu. Aku cakap macam ini pun sebab dulu aku ini boleh dikatakan addict dengan dunia maya ini. Sehinggakan kadang-kadang sampai lupa makan, lupa kehidupan sosial aku, mood nak study pun merundum dan pernah itu nyaris-nyaris nak terlepas solat, astaghfirullah! Itulah manusia pantang nampak sesuatu yang menarik, mulalah over-excited sampai tak sedar diri tak ingat dunia. Macam itu gak la gayanya dengan musim bola now ni. Sampaikan ada kawan aku kata, B.O.L.A = Buat Orang Lupa Allah, betul ke?? haha korang jawab lah sendiri ye.. Cuma sedikit pesanan penaja,  kenalah pandai-pandai control diri sebelum terbabas hoho...


Hujung Tinta..


~Walaupun kat hostel ini agak payah aku nak tengok tv macam kat rumah dulu, aku harap Brazil dapat terus mengekalkan kejuaraannya lah ya!! Brazil brazil brazil!! Haha..


~Apasal la payah bebenow now ini aku nak load pic lepas guna add images pesen baru ni??  Tak boleh ke tukar version lama punya? Anybody know??



katakan like jika best ya!

Thursday, May 13, 2010

tension ngan setting kat blog ni

rupa-rupanya..
baru aku tahu..
blog aku ini tak ada feedburner..
how come??!!~~

itulah..
aku ini.. feedburner pun tak tahu apa mende..
sampailah hari itu uncle tanya aku punya blog feedburner..
aku garu kepala.. untuk apakah itu??
adoii.. benda basic kat blog pun aku boleh tak tahu..
kesiannya kat aku...

prob nya.. 
aku tak boleh nak wat feedburner 
coz.. aku guna email yahoo kat acc google..
aiyoyo.. rupa-rupanya makin banyak benda aku belajar tentang blog..
makin melambak la benda yang aku tak tahu..
hanya mampu.. *garu kepala

jadi aku rasa cam hilang mood sikit..
selagi tak settle mende alah ini..
so buat masa ini.. no entry kot..
sebab jiwa ku kacau.. sob3
betul-betul tak reti nak settle mende alah ini...
harap dapat diselamatkan blog aku 
dengan jayanya...


kalo tak.. kesian la kat baby bloggy ku ini.. huwaaaa~~~





katakan like jika best ya!

Saturday, May 1, 2010

oh blogger...sudikah anda jadi temanku

Menjadi seorang blogger merupakan salah satu impian saya sejak dulu lagi.. Dulu saya menyangka barangkali jika saya menulis, entah siapalah nak baca entry hampess saya ini.. Sebab saya bukanlah seorang penulis yang profesional, pandai membuat orang ketawa, ataupun pandai menarik minat pembaca.. Segala penulisan yang saya karangkan di sini, macam penulisan budak darjah 6 pun ada, tetapi kebanyakan kisah di sebalik blog ini adalah berkisar dengan diri saya sendiri, yang saya sudi kongsikan bersama pembaca dan rakan-rakan..


Saya sangat gembira apabila ada rakan-rakan yang sudi follow saya.. terima kasih semua.. tanpa anda semua tak mungkin saya rasa semangat nak menulis di sini...




Follower sedikit atau ramai itu bukanlah fokus utama saya untuk menulis blog ini.. apa-apa pun thanks bangat kepada u all saya sangat-sangat hargainya.. bagi saya, kesudian rakan-rakan membaca, memberi pendapat dan berkongsi pengalaman melalui penulisan..Jika ada yang terkurang, harap adalah yang sudi tambahkan, jika ada tersalah kata, harap ada yang sudi betulkan.. jadi  seronok sebab saya dapat rasakan hubungan dua hala antara saya dan rakan-rakan semua.. Terima kasih kepada adik ema, nawal, aisha inani, suraya, rizputra dan rakan-rakan lain yang sudi menjadi pengkomen setia di blog saya.. saya terharu sangat-sangat =)


Kepada pengunjung-pengunjung yang sudi bertandang ke page saya, janganlah segan-segan tinggalkan link anda sekali, sebab selalunya jika saya berkesempatan, saya akan singgah kembali ke page anda untuk mengkomplen entry, menaikkan traffic, up nuffy anda, bergantung pada keadaan.. JADI JANGAN SEGAN-SEGAN BERAMAH MESRA DENGAN SAYA.. kita rileks-rileks je k huhu..




Jika anda dapat lihat di sidebar, saya telah menambah dua lagi widget untuk memudahkan saya berhubung dengan rakan-rakan di sini.. twitter ini saya dah lama buat tapi tak pandai nak guna,, nasib baik ada yang sudi nak terangkan pada saya.. terima kasih kepada arc yang tak jemu-jemu berkongsi pengetahuan tentang dunia blog ini lagi-lagi tentang twitter dan snagit.. Jadi kepada semua, harap sudi-sudilah kita merapatkan hubungan di twitter juga.. Jika anda nak tanya apa-apa ke.. nak komplen ke.. nak cakap tak puas hati dengan saya ke, boleh je anda tanyakan di formspring.. saya pun baru berjinak-jinak nak guna.. anda juga boleh je kalau nak lebih mengenali saya di facebook.. Aiman tak kisah.. wee~ =)






Jadi saya harap rakan-rakan semua janganlah serik untuk bertandang ke page ini.. Dan saya amat mengalu-alukan jika ada sesiapa yang ingin memberi pendapat ataupun menegur salah silap saya sepanjang berblogging.. antara orang-orang yang saya hormati dan salute dalam mempelajari dunia blog ini adalah kak jie ; menegur entry saya, dan uncle ; memberi info mengenai feedburner.. Sebenarnya adalah sangat bagus sebagai seorang newbie atau blogger baru untuk terus mempelajari dan memahami dunia blog, bukan sahaja sekadar tahu tentang penulisan entry, tetapi perkara-perkara asas mengenai bagaimana cara untuk berjaya dalam blog secara internally dan externally.. dan saya juga masih lagi belajar..


Saya ingin mengingatkan kepada rakan-rakan blogger supaya jangan sombong, cubalah bina hubungan dengan rakan-rakan blogger yang lain.. Kerana jika kita mampu untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik, percayalah, di mana-mana jua anda dicampakkan, anda tetap akan mampu untuk survive... terutamanya dalam dunia blog. Jadi..



Sudikah anda menjadi teman penchenta PURPLE ini?? hehe.. =)


Nota kaki : sorry la kepada sesiapa yang pernah tanya saya macam mana nak wat feed yang bergerak kat bawah ni, sampai sekarang saya still tak reti macam mana nak paste kod dalam entry supaya tak hilang.. ada tak sesiapa sudi nak ajarkan?? =)



katakan like jika best ya!

Thursday, April 15, 2010

bLog aku sudah banyak lalat

syuhh syuhh~ pemalas punya orang tak reti-reti ke nak jaga blog ko ni.. penuh lalat haissshh..!!!!

tensen aku.. punyela malas aku nak update entry... idea melambak.. ada je benda nak dibebelkan.. malangnya.. aku quiet busy right now.. oooppss.. alasan itu direject... abes tu nape pulak?? hehe..hanya friend kat fb aku je tau apa yang aku dah buat.. ketagih game..muahahahhaa...

okey.. makluman kepada kumbang-kumbang dan bunga-bunga yang tengah berkeliaran di sini... perhatian perhatian!!! aku now ni dalam mode gadis emo... haaa... korang nampak tak kat atas tu.. nun jauh kat atas tu..adoyaii jangan lak tengok bumbung.. tengok header aku ni haa.. ciwitt ciwitt ciwittt..  sudah bertukar la!! haha.. macam-macam pesen aku try buat... iyola aku mana la ada jiwa seni ni.. jiwa emo je memanjang.. memang tak bagus betul untuk kesihatan ish ish ish...

zaman newbie in blog..macam kanak-kanak je muahahhaha


alaaaa buhsan tol pakai header ini..


yang terbaru punya.. ok tak?? komen jangan tak komen hehe


help me guys.. tolongla KOMPLEN sikit aku punye new look ni.. ala tang atas tu.. setakat ini dah tiga header aku guna.. tak tahula wokey ke tak.. apa pendapat korang ek?? negatif ke positif ke tak kisah aku accept je janji niat nak ngutuk aku tu.. biarla IKHLAS.. huhu..

serius aku sangat hargai kepada siapa yang sudi sekodeng AKU.. erkkkkkk... actually bukan AKU tapi aku punya BLOG la.. hehe.. i really appreciate you guys.. sebagai tanda sayang aku untuk korang.. nah aku bagi special KISSES kat u all sorang satu wokey..  muahahaha~
 best kan kan KISSES ini yeay!!

conteng-conteng..
~ jangan tanya kenapa aku guna background hitam+purple+pink..sebab sesungguhnya aku adalah pencinta sejati mereka ..huhuhu~

1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
v

AWAS!! manusia ini tengah EMO MODE.. 

dush dush poiyo la ko ika!!!



katakan like jika best ya!

Friday, February 5, 2010

NuFFNang NuFFNanG.. time tidurla dia nak celik

Wahh boleh pula aku berjaga sepanjang pagi buta ini.. terbangun sekitar jam 2 pagi.. sekarang dah 5.45 pagi alang-alang dah berjaga ini tunggu subuh teruslah..

Tapi korang tahu tak apa yang aku agak ketensenan pagi ini?? sepanjang aku online pagi-pagi buta ini.. sepanjang waktu ini la nuffy aku dok celik ja tak lelap-lelap.. dah tu.. malangnya aku sekor-sekor je dok menatap page aku.. tunggu punya tunggu tak de siapa nak jadi tukang cocok.. kasihan aku isk isk isk.. yes aku mengaku blog aku tiada tarikan rupenye hoho..

time tengah tidur macam gini lah rupa dia.

Sebab itulah aku nak cakap..nuffnang ni pun bijak gak tau.. time kita berjaga waktu siang itu.. waktu itulah di mem'pasif'kan dirinya dengan berhibernasi aka tidur atau singkatan yang korang selalu tinggal kat chat box tu.. nuff zZzz.. bila dah waktu manusia-manusia melayan mimpi.. waktu ini lah dia dok joget-joget tayang-tayang mR potato la.. digi la.. flymas la.. wahh aku pun hanya mampu melihat tak terkata apa-apa la..

sebab tak ada siapa pun yang sudi tolong cocokkan aku punya.., aku pun sudi mencocokkan nuff korang semua.. kebanyakan page yang aku datang berkunjung waktu ini semua memaparkan aksi-aksi yang membuatkan mata dan jejari menjadi kreatif dan aktif mengklik nuffy....

banyak gila keluar iklan ni time aku blogwalking huhu

nak tanya korang la.. pernah tak check waktu bila nuffy korang seronok bertandang kat page? hehe.. apa kata kalau rajin korang sudi-sudi lah check ya.. tapi dengan apa yang aku dah tengok.. dah kaji.. dah siasat.. kat page aku sendiri la(macam detektif lak hehe).. bila waktu siang la.. nuffnang kat page aku kadang-kadang je muncul.. lepas itu kejap je.. memang siapa yang betul-betul bertuah je la nampak dia.. macam chipsmore kan kejap ada kejap tak ada..

antara iklan yang muncul kat page aku ni 

tapi bila start pagi-pagi buta..memang dia maintain cool je la menenggek kat page aku.. dah banyak kali dah aku tengok.. selalu je la macam gitu.... kalau lah 10 orang dok melayang-layang kat sini sejam pun.. amboi bertuahla badan.. hehe

kalaulah keluar iklan kat sini sudi-sudi kan ya mencocok.. pastu jangan lupa tinggal jejak ok hehe

Kesimpulannya aku dah dapat kenal pasti la ragam nuffy aku ini.. Disebabkan aku tak pernah lagi merasa duitt nuffnang selama hidup berblogging ini.. aku tiba-tiba rasa nak berniatlah..kalau ada rezeki nanti.. dapat je cek nuffy.. nak belanje la salah seorang follower setia dan mesra dengan aku..siapa dia?? jeng jeng jeng kena tunggu dan lihatlah.. bukan apa itu sebagai tanda penghargaan kerana sudi keep in touch dengan aku.. ngee~

p/s~ ooppss..jangan klik iklan kat entry ini lak ya sekadar gambar semata-mata hoho






katakan like jika best ya!

Sunday, January 10, 2010

MaLangLah naSib si BLogGer

(sebelum menaip.. tarik nafas dalam.dalam.. fuhhh~)

Salam sayang buatku untuk anda semua.. Sesungguhnya aku rindu sangat zaman aku syok melayan blog macam korang semua(zaman aku kat rumah tengah bercuti).. memandangkan sekarang ni masa dan broadband ku selalu sangat jeles tengok aku bahagia.. makanya aku terpaksa bersabar  melayan karenah benda alah ni.. but.. never mind.. malas nak cakap panjang-panjang.. Cuma aku nak sambung bebel pulak.. haha.. jangan lari ya.. sila pastikan mata anda terbeliak dan otak anda dalam kondisi yang memuaskan ok!!

Tentang blog kali ini... aku ingin berkongsi dengan semua rakan-rakan yang rajin membaca  entry yang bakal aku merepek kerepek kan sekejap lagi ini.. Mungkin disebabkan masalah ini hanya dihadapi oleh aku.. jadi rasanya anda sekarang ini pasti tersenyum bangga kerana dijauhkan daripada semua ini.. Tapi aku yakin ada juga antara anda nasib seperti aku?? sila mengaku huhu..



Apa kena mengena dengan perkara yang aku nak cakap lepas ini dengan tajuk di atas??

Kalau anda kurang follower atau blog anda sepi.. anda tak perlu risau.. hanya rajinkan diri berjalan-jalan.. ramahkan mulut bertegur sapa.. luangkan masa membaca entry dan komen mengomen.. Asahkan minda dan tingkatkan idea untuk menulis dan berkongsi... Saya yakin blog anda pasti akan meriah juga nanti.. Namun malang sungguh jika anda seorang blogger tegar.. tetapi menghadapi krisis yang sangat leceh lagi melecehkan.. tension lagi mentensionkan.. jika INTERNET anda buat hal..

Kenapa aku cakap memang malang kalau ada masalah dengan internet jika anda seorang blogger?? Mari sini sambil2 aku berkongsi boleh juga aku meluahkan perasaan ku yang kacau bilau sekarang ni huhu..

@ Serius aku cakap, selama aku kurang aktif berblogging sekarang ini.. bukan disebabkan aku sibuk atau seumpamanya (sebab tu aku leyh handle lagi), tapi masalah internet aku yang macam apa ntah aku da capek nak elobrate.. Maka aku sangat sukar nak post entry.. yela.. nak taip pun payah.. memang sakit hati sungguh.. tapi itu boleh lagi under control..

@ Disebabkan masalah internet la.. sekarang ini aku susah nak blog walking ke.. nuff walking ke.. nak jalan2 komen2 ke.. semua dah payah.. Aku boleh juga la jenguk2 page blogger yang sudi melawat aku kat sini(tetapi dengan penuh kepayahan) sambil klik2 nuff tu.. cuma bila da berjaya singgah.. aku x boleh nak tinggal jejak dah.. itula.. dah sekarang ini aku mampu jadi silent reader.. tapi kepada sesiapa yang datang jenguk, thanks amat memang aku berusaha singgah korang balik.. coz aku sangat2 menghargai korang =)

@ Kesannya bila aku da kurang aktif(walaupun selalu je aku on blog.. tapi blog aku jela hehe), view page aku semakin berkurangan.. kalau dulu boleh over 100 view sehari (kira satu pencapaian yang ok la untuk aku hehe).. tapi sekarang aku pun segan nak cakap..

@ Lepas itu.. blog aku ni dah makin sunyi je.. sedih sungguh wawawa.. kalau dulu chat box aku boleh berbalas-balas joget.. sekarang ni da tak berapa sangat lah.. memang kuchiwa da ni huahua..

@ aku da tak dapat nak tambah kenalan dah dalam blog ni.. actually aku lagi suka sambil berblogging sambil merapatkan ukhwah n jalinkan persahabatan.. baru aku rasa enjoy huhu..



Tetapi aku bertahan je lagi.. prinsip aku.. rileks-rileks je sudah.. Tidak mengapa rasanya kepada orang yang bernasib malang seperti aku ini, tak perlulah nak fed up, atau mengalah gara-gara payah nak on blog coz tenet prob.. selagi mampu menyumbang idea untuk menulis dan berkongsi.. maka masalah blog sunyi rasanya boleh ditangani.. yang penting niat nak berblogging itu.. adalah ikhlas.. huhu =)

Kepada semua yang menjenguk aku kat sini.. aku ucapkan jutaan terima kasih.. dan jangan risau aku sentiasa mengaktifkan diri aku biarpun banyak halangan ke ape ke.. aku tak kisah.. aku akan ingat korang.. tengoklah sekali aku berjaya online.. aku melawat korang puas2.. sebab aku sayang korang.. dan aku harap korang pun sudi sayang aku juga ya huhu~




katakan like jika best ya!

Saturday, January 2, 2010

HanGatkan RuanGaN bLog anDa..

" Selalu je blogwalking.. da join GB.. tapi blog ku masih sunyi je.. kenapa ya?? camne nak selesaikan masalah ni ek?? hurmm~ "




Ada sebahagian daripada blogger yang selalu menghadapi masalah ni.. ada juga yang marah jika dikatakan sombong.. dan sebagainya.. Selalunya masalah seperti ini dihadapi oleh new blogger.. x kisahla siapa-siapa pun yang kena camni.. jadi hari ni aku nak beri serba sedikit pendapat dan cadangan berdasarkan pemerhatian aku selama 1 bulan lebih turut serta dalam dunia blogger ni..

@ Jika anda mahu penulisan anda mendapat respon dari sahabat-sahabat blogger lain.. Rajin-rajinkan lah diri anda untuk singgah menyinggah ke blog-blog lain.. baca entry mereka.. tinggalkan komen.. Cara ini mudah saja.. dengan menyokong mereka.. pasti mereka akan menyokong anda juga.

@ Jalinkan persahabatan antara satu sama lain.. Hubungan mesra akan memudahkan lagi komunikasi antara anda dan rakan-rakan blogger lain.. Saling bertanya khabar.. berkongsi pendapat.. biarpun hanya dalam blog.. itu bukan masalahnya.. walaupun x saling mengenali, tapi jika kita menghargai hubungan yang dibina.. pasti dunia blog anda lebih berseri..

@ Antara yang penting adalah tinggalkan jejak anda.. dah seronok jalan-jalan dari satu blog ke blog lain.. x salah jika anda tuliskan sedikit kata-kata di chatbox blogger yang anda kunjungi.. macam pengalaman aku, alhamdulillah jika aku tinggalkan jejak, tuan empunya blog akan datang menyinggah semula ke page.. sambil mengunjung.. bantulah klik nuff mereka.. kan bagus tu.. kau tolong aku..aku tolong kau juga.. Tapi yang menjadi masalah jika blogger tersebut x letakkan chatbox di muka blog mereka.. Jadi saranan aku letakla.. dari taruk benda yang serabut2 tu.. baik letak 1 chatbox yang simple.. senang sikit nak kenal2 ke..

@ follow?? bagi aku ikutlah masing-masing.. ada yang tinggalkan jejak dengan menyatakan.. "saya da follow kamu, follow saya juga ya..".. Sebahagian blogger tidak gemar jejak yang sebegini.. jadinya diorang pun wat derk jela.. Bagi aku, senang je.. kalo aku rasa dia senang dan mudah mesra ngan aku..aku akan follow.. kalo x aku pun diam jela.. bukan ape.. jangan ingat ramai follower anda rasa sudah bangga.. kalo sekadar follow jer tapi x pernah nak tegur, komen post.. atau ape2 pun susah gak.. so.. fikir2lah sendiri k..

@ post entry.. ini adalah perkara yang paling penting.. lain orang, lain cara penulisannya.. x kisahla camne pun entry yang korang letak.. tapi apa yang aku lihat.. selalunya entry yang berunsur humor, kritik-mengkritik, blog tutorial, 'ala-ala lucah'.. hurmm selalunya entry2 camni selalu la hot org nak bace.. macam aku kata, x kisahla terpulang pada daya imaginasi masing2.. selera orang kan masing-masing berbeza.. tp kalo penulisan yang lebih kepada pangalaman sendiri macam.. kuar jalan2 ngan kawan-kawan.. bergambar cam gtu cam gini.. susah sikit la orang nak mengkomen.. better jika menulis tu.. wat la entry yang menyeluruh.. jadi adalah sambutan entry kamu.. tapi x kisahlah terpulang pada anda dan tema blog anda ya =)

@ Rakan klik nuff.... yang ni aku pon x de lagi.. jadi aku hanya bantu kawan-kawan yang cloz ngan aku.. n jika aku berkesempatan menyinggah, jadi sambil2 tu cocok la nuff diorang.. Tapi kalo korang ade geng.. buatla sendiri-sendiri rakan klik nuff anda.. n aku pun harap kalo one day aku pun ade gak Rakan Klik Nuff ni.. tengok orang len sekali income dapat wahh banyaknya.. apa salahnya jika da kawan-kawan.. tolong-tolong la kawan tu gak kan kan hhehe.. so sambil berblogging ni..ade gak faedah lain yang diperoleh.. hidup ni kena pandai2 la.. sape la yang x suke duit kan hehe..(lepas wet broadband aku pon orait da ngee~)
( mungkin yang ni jangan ikut ea..kak ujie kate x bole.. nak tau kenapa tgk kat komen k.. thanks kak sudi tegur =) )

@ Dah ramai kenalan.. seronok gak kalo anda merajinkan diri buat contest tanda penghargaan kepada visitor n kawan-kawan blogger.. tapi aku masih di awal arena blogging ni.. so tengok2la contest yang kawan2 buat.. niat di hati memang nak join tapi disebabkan now ni aku da sibuk sikit jadi x berkesempatan la.. jadi sape yang ade peluang join la contest yang dibuat..support la katekan hehe.. so di sini ade dua contest yang kawan2 aku buat.. kalo nak join, join la.. kot dapat hadiah ke nanty korang pon untung gak tau..



okla.. no idea da.. kalo sape2 yang ade idea lain nak kasi hangatkan blog.. leyh la rajin2 taruk kat komen.. sharing is caring right!.. huhu..






katakan like jika best ya!