Tabung Masa Depan

Wednesday, June 30, 2010

Perancangan Berblogging- Perluke online 24H untuk traffic dan followers?!


Permulaan Semester Baru- Bilik baru


Fuhh.. terasa lama pula tidak meng'online'kan diri. Terlalu sibuk apatah lagi sekarang ini sudah masuk semester 2 pula. Tanggungjawab semakin bertambah, pelajaran pun semakin mencabar. Tak bolehlah nak buat perangai kanak-kanak ribena macam dulu. Nak kena berlagak matured, adoii susah lah jugak. Tapi semua itu ok je, pucuk pangkal pada diri sendiri kan!


Mula-mula balik maktab je dah macam-macam hal kena. Ok, actually memang salah aku lah sebab semester lepas aku balik kampung awal SEMINGGU, dah tak pasal pasal aku terpaksalah merempat kat bilik orang coz kunci bilik ditahan penyelia. Sekarang ini dah black list nama aku coz buat satu kesalahan, kalau buat lagi, alamatnya aku dihalau keluar asrama la huwaa~ Maklumlah aku ini bukannya baik sangat, cuma tak adalah sampai jahat, tapi sekali sekala naughty-naughty tak apa kan kan.. (Padan muka ko ika huahua!!)


Result semester lepas dah keluar, hurmm cuma 3.66 je, agak terkilan sebab tak lepas target aku untuk over 3.7, tapi tak pelah alhmadulillah aku dah buat yang terbaik, jadi aku harap semester ini kena lah buat yang lebih baik. Yela salah aku jugak kot sebab belajar last minute, esok nak exam malam ini baru tergedek-gedek nak baca satu semester punya nota kan padan muka aku huahua.. Tapi apa boleh buat, aku punya penyakit M itu terlalu tinggi tahapnya, rasa-rasa ada ubat tak nak kasi baik sakit M ni?? ekekeke..


Disebabkan semester ini aku dapat bilik terbawah dan terdekat sekali, bilik 01, harap-harap ada peningkatan. Cuma seram jugak, maklumlah bilik terbawah dan first, kalau ada orang jahat nak serang blok aku, confirm bilik aku lah yang menjadi sasaran nya dahulu, kadang-kadang takut jugak kot kot ada orang sekodeng aku tengah tidur ke kat tingkap tu, tak pun pencuri ke apa ke, hish simpang malaikat 44. Bila terbangun tengah-tengah malam, meremang je bulu roma, hish seram betullah asrama budak lelaki ini, apasal la warden aku ini sengaja suruh kitorang tukar blok haishh. Ini pun kira baiklah berbanding member aku yang kena duduk blok hujung, buka-buka tingkap je nampak kubur.. marabahaya betul hoho~



Perancangan Berblogging- Online 24 jam?!


Ok perancangan berblogging semester ini, mungkin aku tak mampu lah nak galak sangat online cam dolu-dolu disebabkan bilik aku itu susah nak connect internet. Itulah bahana guna berukBand ini. Jadi mungkin aku akan update blog seminggu sekali atau dua kali kot itupun kalau tak sibuk . Hari-hari lain kalau ada kesempatan aku akan banyakkan blogwalking and baca blog kawan-kawan. Jadi sesiapa yang singgah ini korang tinggalkan jejak ke, terutama komen, konprom aku parking blog korang okies! Lagipun kadang-kadang aku terfikir jugak, perluke meng-online-kan diri almost 24 hours semata-mata nak kejar traffic dan followers sehingga melupakan kehidupan sebenar??


Sememangnya jika terlalu obses  menghadap laptop, lagi-lagi online layan facebook, games, blog memang tersangat-sangatlah boleh melekakan. Bila tengok jam haishh macam kejap je masa berlalu. Aku cakap macam ini pun sebab dulu aku ini boleh dikatakan addict dengan dunia maya ini. Sehinggakan kadang-kadang sampai lupa makan, lupa kehidupan sosial aku, mood nak study pun merundum dan pernah itu nyaris-nyaris nak terlepas solat, astaghfirullah! Itulah manusia pantang nampak sesuatu yang menarik, mulalah over-excited sampai tak sedar diri tak ingat dunia. Macam itu gak la gayanya dengan musim bola now ni. Sampaikan ada kawan aku kata, B.O.L.A = Buat Orang Lupa Allah, betul ke?? haha korang jawab lah sendiri ye.. Cuma sedikit pesanan penaja,  kenalah pandai-pandai control diri sebelum terbabas hoho...


Hujung Tinta..


~Walaupun kat hostel ini agak payah aku nak tengok tv macam kat rumah dulu, aku harap Brazil dapat terus mengekalkan kejuaraannya lah ya!! Brazil brazil brazil!! Haha..


~Apasal la payah bebenow now ini aku nak load pic lepas guna add images pesen baru ni??  Tak boleh ke tukar version lama punya? Anybody know??



katakan like jika best ya!

52 comments:

donnyien said...

Salam kembali Cik molek,

Blogging tu cool kata Izad,Tak perlu 24jam online,time free leh update/balas komen pelawat/blogwalking...

Apapun all the best k.

Argentina!go..

˙·•♥ QaSeH ♥•·˙ said...

welkem back my cyunk...huhu

hati2 yea dok h0stel tu..

emm..btol2..klu ngadap 24hrs xpsl2 kne g0reng ngn mak..hahaha...

brazil!!!....mesti jd juara!!!.huhuhu

touya said...

Hahaha padan muka dier dapat bilik lambat kena denda ...

syahira ariff said...

oh patutla jarang online pun heee
tp kn pointer sis tu da tinggi da
chill eh
selalu pagar bilik dgn bacaan ayat quran sblm tido
insyaallah,malaikat jaga.
=]

@ien_R@z said...

ho3.. tak perlu kot online 24 hours..

kita fokus pada blajar dulu.. hehe.. tp kalo ada masa free, leh la update.. ngeee~

take care!

AISHA SAAD said...

fuyohhh!
3.66??
hebat ah tuhhh.
kalau aku stady malam xm nak cecah 2 ponn payahh!

neway wish u luckk okk! hee~

cik helena said...

takpe janji update hehe :P

✿ emazwan ✿ said...

yayy sis update !! ^^

¶A.K.I¶ said...

ooo..
chekgu da bkl bz ya...
blaja lek lok ok darling..
tyme stadi la ko xyah stress out.
nti da kje.. payah! macam ak ni... hurmm...

congrates psl pointer cecah higher 3.5 and keep studying until cecah 4!
hahaha...

ZihNuN FaTiN said...

ieqa,once ieqa dh kje,mesti dh krg ms utk ngadap laptop....hehehe

ms blj dl akk kira agk addicted jgk...ngee~~

tp sejak dh kje,kurang sgt dh ngadap kecuali hjung minggu je la...heheheh

kahak cair said...

nice

can ili be akmal? said...

huhu.fb dah deactivated.skrang jadi a prolific blogger.dulu,paling rajin fb.ada fb lagi "melekat" la kat internet.tak sembang dgn orang pegi main games lak.

hi i am your new follower

NICK IRFAN said...

ape2pun smoga berjya kak!! :)

ARC™ said...

GOOD ONE!!!
BOLA=buat org lupa Allah
sanggup berjaga pepagi nak tgk bola tp nak smayang haramjadahla nak dibuat :P

btw, xperlula nak online 24/7. Mcm aku ni dah mmg xde keje lain nak buat so on9 24jam hehehe

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

Sebab tulah kena plan dengan bijaksana. Online kejap2 sudah. Tak payah dok nak mengejar trafik dan followers sangat.

Ery Farieha said...

uihh
gila ape 24jam nak on9 je?\hohohoh :P

ZACK ENTRY said...

kalau trafik, ok la kot..


kalau follower tu tak perlu kot..

Zikr the Jalanan Sepi Perantau said...

brazil ek rupanya... sedey team feveret semu dah balik kampung...

joegrimjow said...

3.66 tu sangat hebat da tu








tahniah2
;)

ieQa sWetLuv said...

donnyien~

ya itu betul3.. tapi i still setia kat Brazil okies huahua

ieQa sWetLuv said...

˙·•♥ QaSeH ♥•·˙~

tau x pe x de koje dok ngadap lappy sgt x bagus untuk kesihatan wawa..


of cozla Brazil di hati ekeke

ieQa sWetLuv said...

touya ~

erkk..perlukah kata padan muka jugak??adess~

ieQa sWetLuv said...

syahira ariff~

dalam life mesti ada aim/target, bila ada tu baru kita bersemangat nak capai.. tapi target kali ni x dapat that's mean sis kena usaha keras lagi la nih hehe


thanks dear sokmo sis baca k ngee

ieQa sWetLuv said...

@ien_R@z~

yup betol3.. kena pandai2 lah nak adjust..

u too dear tak care ngee

ieQa sWetLuv said...

AISHA SAAD~

haha itupun nasib la main goreng2 je ekeke..thanks u too dear wee

ieQa sWetLuv said...

cik helena ~

haha betul3..ngee

ieQa sWetLuv said...

✿ emazwan ✿~

uit??! haha

ieQa sWetLuv said...

¶A.K.I¶ ~

aiyo nak cecah 4flat boleh botak kepala che' ni wakaka ey ey

ieQa sWetLuv said...

ZihNuN FaTiN~

itulah kak ika faham sibuk kan! tu lah sekarang ini pun dah rasa tempiasnye cuma itulah kena pandai2 la kalo nak hidup hehe

ieQa sWetLuv said...

kahak cair ~

nice tang apa lak tu ye??

ieQa sWetLuv said...

can ili be akmal?~

itulah dulu pun ika gila fb tp niw ni da makinnak pencen x larat den huahua.. tQ be my follower ye ngee

ieQa sWetLuv said...

NICK IRFAN~

makasih nick..terharu cam nak nages golek2 huwaa~

ieQa sWetLuv said...

ARC™~

on9 isi masa lapang kadang2 lappy je on orang tarak huahuhaua

ieQa sWetLuv said...

Hami Asraff هامي أشرف ™~

betul2 online dengan berhemah lagi baik ngee

ieQa sWetLuv said...

Ery Farieha ~

memang giler bunyiknye tapi ade je yang buat kot hehe

ieQa sWetLuv said...

Zikr the Jalanan Sepi Perantau ~

kalo gitu meh pakat skong Brazil pulak yerk egege

ieQa sWetLuv said...

joegrimjow ~

maceyh joe.. tapi kena usaha keras lagi nih hehe

ieQa sWetLuv said...

ZACK ENTRY~

itulah lain orang lain cara..yang penting jangan sampai memudaratkan diri hehe

Rowena Chasez said...

ohhh syg..
sama laa..
wena nnti pon ssah nk on9..
nk fokus stdy..
fokus fokus fokus!!

zella y said...

hi ieqa...
wah...result gempak tu...

selamat menempuh sem baru k...
chaiyok!!

Oh Malaysia said...

congratz.. result gempak. keep it up. selamat memulakan semester baru.

AiZ said...

pernyataan BOLA tu sangat tepat.. aiz tk layan bola.. =__="



Aiz latest awesome projects
Jom belajar cara design blog dari zero ke hero



.

miss lolly a.k.a luvfareda said...

l0lly jarang bebeloging.

lebih suke fb hehe :P

NICK IRFAN said...

singakatan bola mcm tu ke? alamaK! tp jgn risau sy xlupa pnye... hehe

fndrocka said...

pertama skali..taniah dapat result sebegitu baik,wlaupun kau kata tak cecah target...tapi itu dah cukup baik.

bilik bawha ni kena hati2..laptop/handphone kena simpan elok2...dulu aku kat hostel dpt bilik bawah...hilang hphone dan laptop ni memg sinonim lah dgn budak aras bawah,

last skali..dahulukan mana prioriti. blogging dgn fesbuking ni anggaplah macam leisure2...aku pun ketagihan gak dulu...tapi ketagihan jenis biasa2 je...tak hardcore.hoho

Perhitungan Si Kacak dan Wanita Gorjes

ieQa sWetLuv said...

Rowena Chasez~

betul tu dear..kenalah bijak bahagi masa..kan kan ngee

ieQa sWetLuv said...

zella y~

maceyh zella alhamdulillah itu je yang tercapai wat masa ni ngee =)

ieQa sWetLuv said...

Oh Malaysia~

maceyh ya =)

ieQa sWetLuv said...

AiZ~

ika nak kata x layan bola tu agak tipu lah jugak tapi kena lah bijak kawal diri hehe

ieQa sWetLuv said...

miss lolly a.k.a luvfareda ~

layan fb pon kena pandai2 kawal diri gak ye hehe

ieQa sWetLuv said...

NICK IRFAN~

bagus tu irfan thumbs up hehe

ieQa sWetLuv said...

fndrocka ~

nasihat yang sangat padat..makasih ya insyaAllah pasni ika berhati2 dok bilik n pandai2 control diri bila online k hehe