Tabung Masa Depan

Sunday, November 21, 2010

My 1st Blog Annivesary : Asam Garam Setahun berblogging


Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kerana akhirnya genaplah juga usia setahun Blog Chenta Maneesku ini.. Terlalu cepat masa berlalu sehingga tanpa disedari banyak perkara telah berlaku. Walau bagaimanapun segala cobaan dan dugaan dapat juga dihadapi dengan jayanya.


Sebenarnya bagi pendapat cik penulis, bukan mudah untuk menjadi seorang blogger, kerana kita terpaksa menghadapi pelbagai cabaran daripada dua dunia yang berbeza iaitu dunia realiti dan dunia maya.Yang paling tertekan apabila 'mereka' tidak memberi sokongan malahan sebaliknya.


asam

Pada awal kewujudan blog ini, pelbagai tohmahan, ejekan, sindiran dan kata-kata yang mencengkam jiwa dan raga daripada manusia-manusia sekeliling terutamanya daripada golongan dunia realiti. Teringat lagi kata-kata seorang manusia, " Setakat buat blog macam ini,buang masa je! Lebih baik main game lagi bagus, ada ke orang nak baca?? Baik delete jela ". Kata-kata kejam ini sentiasa terngiang-ngiang di telinga sehingga membuatkan cik penulis rasa nak rejam je manusia durjana itu. Last-last, tak sangka dia juga merupakan salah seorang silent reader blog ini. Biasalah manusia macam ini, cakap tak serupa bikin.


Teringat lagi cik penulis pada manusia-manusia daripada dunia realiti yang selalu sahaja 'menganjing'  blog ini dan sikap cik penulis yang gemar akan dunia cyber. Sebagai manusia biasa yang merupakan golongan minoriti (di tempatnya) yang menggilai dunia blogging ini, sakit sangat, berdarah hati apabila sesuka hati dikritik pedas, tapi tak apa, cik penulis tetap buat derk dan bersabar. Macam yang dikatakan, dunia ini ibarat roda, akhirnya sebahagian daripada mereka juga mula berjinak-jinak dengan dunia blogging dan selalu bertanya itu dan ini kepada cik penulis. Ikutkan hati macam-macam mahu balas, tapi biarlah.. Tuhan kan Maha Adil..


garam

Apa-apapun, cik penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pengunjung dan rakan-rakan blogger juga reader yang sudi meluangkan masa berkongsi suka duka dalam menyokong perjalanan blog ini. Biarpun sentiasa ada pasang surutnya, tapi cik penulis berasa sangat berpuas hati kerana apa yang diinginkan dalam blog ini adalah perkongsian dan luahan rasa dan pendapat. Biarpun setakat ini matlamat cik penulis masih belum tercapai, insyaAllah akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.


Dan yang terutama, cik penulis ucapkan jutaan terima kasih kepada Gengblogger yang sebenarnya banyak membantu dan mempengaruhi pertumbuhan blog ini dari awal lagi, kerana dari Gengblogger lah cik penulis dapat berkenalan dan peroleh pengetahuan dengan ramai blogger lain. Makluman, Gengblogger dah sihat, so jangan malu-malu nak ping, chat, share dan sebagainya di sana.


Akhir kalam, jangan biarkan manusia menjatuhkan anda, kerana anda yang menentukan pilihan dan kejayaan anda, bukanlah mereka! For my My 1st Blog Annivesary : Happy Birthday Chentamaneesku.. Semoga  terus bertahan chaiyok chaiyok !! ^_^


katakan like jika best ya!

24 comments:

YuSeNzE - KniGhT said...

Hepi befday chentamanees!!!

Menulis bukan kerana nama! Menulis blog kerana kepuasan untuk berceloteh melalui medium serba canggih sebagai ilmiah dan sorotan kata bermanfaat yang ingin dikongsi. Luahan melalui coretan lebih mudah untuk diluahkan jika dibanding dengan luahan kata2 dari bibir.

paan said...

tahniah kerana telah berjaya mengharungi cabaran tahun pertama berblogging . :)

mario said...

happy birthday...

touya said...

Wuwuwu sedih ... Ieqa dah matang rupanya .

SweetyMui2 said...

happy birthday chentamanees!!! :D

Khaizarien said...
This comment has been removed by the author.
HonEyBuNNy said...

happy birthday blog..heheh

Nabiel said...

hepy anniversary to this blog!!
hehehehe~tk sngka ckgu nie pndi menaip~hehehe..
gdluck 4 u k!=)

Azrul Hisham said...

congratulation and happy anniversary to this blog...

keep blogging and good luck (^_^)


Jom guling-guling disini pula:

Azrul Hisham -My Real Life

fara said...

siapalah yg suke ckp mctu.
tak baek taw!

Apepun,
HAPPY ANIVERSERI! :)

maCy said...

congrate sayang! ;D

Zura said...

tahniah eiqa...see dh ramai yg follow eiqa...buktikan pd manusia tue ...

cik QasehThya said...

selamat hari lahir chentamaneesku... :)

cik @!en said...

tahniah!! moga terus cekal dalam berbloging!!


oh. selamat bercuti.. hehe

ordinary89art said...

aza2!!!

Nashrullah said...

waahhh... selamat ya, moga tetap langgeng dan bermanfaat blognya.

cobaan para blogger memang berbeda-beda... dari cobaan aku males untuk posting karena merasa nndak ada ide buat dipostingin....

sekali lagi, selamat buat blog dan orangny moga tetep SEMANGAAT........!!!!!!

Sylarius said...

Selamat ulang tahun berblog =)

tahniah!

semoga blog awak terus maju jaya

=)

AISHA SAAD said...

giler terer, br setahun dah follower ramai. jeleshh lah! huahh.

Pencacai Alim said...

aku sentiasa sokong penulisan ko

Heidi Shafiq said...

congratz beb! usah pedulikan tomahan org.. ur life ur choice.. :)

rizputra7 said...

happy birthday ieqa....

suri said...

indahnya dunia maya sb ada kawan..indahnya hati jika ada yang mendampimgi dairi hati blog setiap hari..


teruskan perjuangan..tekatkan hati semoga blog ini akan terus unggul lagi..

Ullyana zaidy said...

ieqa..kamoo hebat dlm berblog dan berbahasa tao :)

Ullyana zaidy said...

ieqa..kamoo hebat dlm berblog dan berbahasa tao :)