Tabung Masa Depan

Wednesday, June 2, 2010

Realiti Masyarakat : Kepada siapa perlu kupercaya?

Setelah dua bulan lebih aku tak menjenguk kampung halaman, akhirnya tibalah masa yang kunanti-nanti. Kesibukan menuntut ilmu, dengan aktiviti, program dan assignment yang bertali arus,  cuti Hari Buruh ini lah satu-satunya ruang untuk aku membalas dendam tidur puas-puas, makan banyak-banyak, tengok tv dengan bahagia kat rumah. Dah lah rindu dalam hati ini, pada emak dan ayah buat aku semakin  teruja untuk pulang.. Yela bukan senang nak balik Selangor itu, Perjalanan dari Terengganu ke Selangor, mengambil masa yang agak lama sehinggakan acapkali pinggang ini lenguh dan sengal-sengal kerana terlalu lama duduk.


Aku duduk di sebuah kerusi yang agak tidak jauh daripada tempatku bas ku berhenti. Sambil melihat jam tangan ku, setengah jam lagi nak pukul 9 malam, alamak lamanya apa nak buat ni, getus hatiku. Agak takut juga tunggu bersendirian di terminal ini, kawan-kawan yang lain selamat dah naik bas masing-masing. Tengok macam-macam ragam manusia yang ada di sekeliling, hish menyeramkan je. Tak apalah yang penting set dalam mind, THINK POSITIVE! Nasib baik handset kesayangan ada di sisi, biarpun murah bolelah juga nak layan mp3 buat hilang boring waktu ini.

Sedang syok-syok melayan.. tiba-tiba datang seorang mak cik datang dan terus duduk kat sebelah aku. Tengok daripada penampilannya, aku kira orangnya biasa-biasa, macam orang susah pun ada, rasanya usia pun dah cecah  lewat 30an , menggalas beg rotan dan di sampingnya ada dua budak lelaki yang masih kecil, darjah satu atau darjah dua agaknya. Dia senyum kepadaku. Sebagai orang yang belajar adab, aku pun membalas senyumannya seikhlas yang mungkin biarpun hatiku ini berasa agak tak keruan sejak tadi. Ramah sekali dia menegurku, menanyakan hala tuju ku, itu ini mengalahkan detektif. Tapi boleh la layan, yela aku pun boring. Lagipun aku semakin selesa berbual dengan dia, jadi tak berapa kisahlah, tambahan lagi aku ini kategori banyak mulut dan senang nak berbual.

Dari satu kisah hingga ke satu kisah, dia berkongsi denganku. Biarpun tidak berapa mengenalinya, sekadar memanggilnya Kak Imah, namun aku berasa senang sekali, apatah lagi dengan tutur bicara yang lembut dan keramahan yang terpancar jelas..Kadang-kadang terselit juga beberapa perkataan dialek Terengganu yang aku tak berapa faham, tapi buat-buat faham jela... Hinggalah dia membuka kisah keluarganya yang susah, masalah kewangan yang tiada penghujungnya. Katanya suaminya telah meninggalkan dia anak beranak. Kasihan, itu sahaja yang mampu kuluahkan di benak hati.

Dia meminta aku menjaga anaknya sementara dia ke tandas. Aku mengangguk tanda setuju. 10 minit sahaja lagi, mana pergi bas ini! bebel hatiku. Akhirnya aku apa yang kunantikan  tiba, bas TRANSNASIONAL ke Kuala Lumpur. Kebetulan Kak Imah pula selesai melepaskan hajatnya, lalu aku meminta dia mejagakan barangku sementara aku ke tandas pula. Dia setuju. Biarpun baru mengenalinya namun aku senang untuk mempercayainya berdasarkan sikapnya yang ramah padaku.

Terkocoh-kocoh aku keluar dari tandas, takut tertinggal bas, tiba-tiba aku terkedu. Licin. Tidak ada satu barang pun yang tinggal. Kak Imah dan anak-anaknya juga sudah ghaib entah ke mana, aku pun tak tahu. Aku tak kisah tentang dia, tapi, mana pergi beg aku, laptop, luggage, purse aku!!! Semua barang-barang yang penting ada dalam beg hilang sekelip mata. Apa yang paling menyedihkan tiket bas aku pun ada dalam tu. Yang tinggal hanya handphone yang kuletakkan dalam kocek jeans. Masa itu aku dah bercelaru, haru biru, macam-macam benda berkecamuk dalam otak. Ya Allah dugaan apakah ini~ Rasa terlalu lemah lutut nak berdiri. Aku menangis dan terus menangis sambil mencari Kak Imah di sekitar terminal bas malangnya tetap tak ku jumpa. Bas aku pula dah selamat pergi. Apa yang perlu aku buat sekarang ini??!!!




..................................



Salam sayang dariku buat anda semua,

Kisah di atas merupakan sebuah kisah benar yang telah diadaptasi daripada kisah malang junior aku ( ada sedikit tokok tambah bagi me'real'kan lagi jalan cerita ) .. Peristiwa ini baru sahaja berlaku sekitar cuti Hari Buruh yang lepas. Bayangkanlah kalau perkara yang sama  terjadi  kepada kita, apakah persepsi kita ketika itu? Aku tahu ramai daripada kita mudah ramah dan percaya pada orang yang baru dikenali, kalau tidak masakan junior aku tadi boleh pula sesuka hati meninggalkan barangnya untuk dijaga kakak tersebut. Tapi tengoklah, hakikatnya tak kiralah tua atau muda, biarpun personalitinya baik di mata, tetapi busuk dalam hati, siapa yang tahu. Bagi aku.. sesiapa sahaja waima sahabat yang paling kita rapat sekalipun tidak tentu lagi boleh dipercaya seratus peratus apatah lagi jika perkara yang berkaitan dengan wang ringgit dan harta benda.

Jadi, pesanan dari penaja, khususnya kepada sesiapa yang nak balik kampung tu, yang belajar jauh-jauh daripada family, nak tunggu bas ke apa ke, hati-hati ok. Kalau boleh, rasa orang tu orang asing ke tak kira lelaki atau perempuan, jangan mudah percaya apatah lagi diperdaya mereka. Manusia zaman sekarang ini susah nak cari yang hati suci, bukan apa takut kalau nasi dah jadi bubur, melalak la seorang-seorang pun dah tak guna. Pesanan terakhir, lain kali kalau nak balik kampung, janganlah bersendirian takut apa yang dah jadi ini kena kat korang pula. =)


katakan like jika best ya!

20 comments:

syahira ariff said...

ya tuhan,besarnya dugaan sis ni
laptop dan purse benda yang berharga
manusia mudah jadi kelabu mata kalau diminta jaga bnda nie
sabar yer sis
saya memang terkejut dengan perangai kak imah tu

pengajaran yg berharga :jgn mudah percaya kat orang
=]

Syafrizal said...

jangan cakap ngan orang sebarangan
saya pernah disapa di Kl Sentral
orang tu nak ajak saya jadi Gigolo..
macam2 perangai tengok

YuSeNzE - KniGhT said...

hai... buleh saya tolong angkatkan???
hahha... *tersirat*

˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said...

huh...
mmg skit kne mcm tu..
alhamdulillah ak ni jenis y xcaye kt owg lgsung..
takziah la wt junior km0 tu..

fndrocka said...

pulak dah...aku ingatkan kisah kau tadi..tiba-tiba ada twist lak di hujungnya.sian kat kawan kau tu..meh number telefon dia..nak berkenalan.eekekeke.pastu..selanjutnya..apa dia buat?dgn takde tiketnya.

masa aku duduk kat kampus duluu.ada gak kawan aku masa hujung sem nak balik kampung,,kumpul2 beg-beg dan kotak2 kat aras bawah..pastu pi naik bilik dia kat atas..bila dia turun dia nampak ada sorg makcik tgh angkut brg2 dia masuk dlm kereta...gilalah.nasib baik kwn aku sempat halang.

makcik tu kata..."makcik ingatkan barang dah tak pakai"...gila kan? padahal beg semua cantik2 dia ingt barang tak pakai.tak pakai otak tol lah.

AISHA SAAD said...

PAYAH KAN NAK CAYE ORANGGG.
HESHHH!

INNGAT CITER HANG TADIK BR NAK TACINGG LEBIH2. HEHEHE.

jane said...

ZAMAN SKRG MMG BERBAHAYA DAN TAK SLAMAT LAGI


FEEL INSECURE



jgn lupa amalkan qunut nazilah D SAAT RAKYAT KITE SDG DITAWAN ISRAEL ;((

>__<

a walk to remember

nabil_potter said...

seyes kesian..makcik tu memang la...
stesen bas mane?

ieQa sWetLuv said...

syahira ariff~

betul3 jgn sekali pun percaya k mahlumlah malang tak ada bau

ieQa sWetLuv said...

Syafrizal ~

uishh ajak jadi gigolo??!! dasyat tuh!

ieQa sWetLuv said...

˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ~

tp kdg2 benda tu automatik tanpa kita sedar pun boleh terpercaya kat org.. tq

ieQa sWetLuv said...

fndrocka~

bukan setakat giler je crazy pown ada dah tuh.. hei macam2 pesen org la aku tengok.. org tua pun nak percaya pun paya haishh

ieQa sWetLuv said...

AISHA SAAD~

ko memang pandai berlakon ea sha haha

ieQa sWetLuv said...

YuSeNzE - KniGhT ~

haa nak angkat?? jangan berangkat2 kang terangkat sekali bahaya tau hoho

ieQa sWetLuv said...

jane~

okeyh jane.. lagipun dunia kini dah semakin x selamat sbnarnya... huh~

ieQa sWetLuv said...

nabil_potter ~

ganu.. kuala ganu.. awatnya?

NICK IRFAN said...

la...ingatkan ni cte akak? rupanya cte junior akak ke? suspen btol.. hehe tu la ape2pun jgn percya sesiapa yg bru knal sedangkan yg knal lama pun kdg2 xbleh percya ...

ieQa sWetLuv said...

NICK IRFAN~

betul cakap awk tu tp bukan x leyh percaya langsung cuma jgn terlalu percaya je k!

SuRayA^i. said...

ku sangke kan engkau yg terkena -.-"
xpe pengajaran utk sume org..dont talk to strangers =D

ieQa sWetLuv said...

SuRayA^i.~

that's right dear!