Tabung Masa Depan

Monday, December 6, 2010

" I Love You ", Ooops, awak dan dia rupanya.... !


Beberapa hari yang lepas, setelah sekian lama aku tidak menjeling formspring box aku, sekali tengok mak aihh dekat 50 soalan ada, tapi ada satu soalan yang agak menarik :



ape yang anda akan buat jika anda jatuh hati pada seseorang yang sudah mempunyai gf/bf..??


Actually, soalan ini buat aku teringat beberapa pengalaman lalu yang mengajar aku untuk menjadi lebih matang dan dewasa dalam berhadapan situasi seumpama ini terutama sekali dalam mengenali individu yang berlainan jantina. Kita luaskan sedikit prospek soalan, iaitu jatuh hati pada seseorang yang telah berpunya, tak kiralah gf/bf, tunang orang ataupun bini/laki orang..


Bagi aku, better just ignore perasaan tu, sudah menjadi fitrah seorang wanita pasti akan tertarik dengan lelaki dan begitu juga sebaliknya. Tetap sebagai manusia yang punya iman, akal, hati, dan perasaan, perlulah bersikap secara rasional. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Maka ikutlah iman dan akal, supaya dapat berfikir secara rasional. Ibarat memandu kereta, pemandu yang mengawal kereta, sama ada gear, kelajuan, etc.. akan tetapi sekiranya membiarkan kereta yang mengawal si pemandu, alamatnya, out of control, terbabas...


Oleh sebab itu, buat apa perlu terkejar-kejar pada seekor kumbang yang sudah ada empunya sedangkan masih banyak lagi kumbang yang berterbangan mencari si bunga. Begitu juga dengan si kumbang, kalau si bunga dah ada si dia usahla terkejar-kejar pada si dia. Dan aku percaya pada satu perkara, bila kita mengambil hak orang, maka tak mustahil hak kita juga akan dirampas orang. Tak pelik, sebab inilah realitinya, 'What goes around comes around'.. Tapi mereka sebenarnya kesah ke??


Teringat aku pada sebuah kisah, kisah si gadis dan jejaka, sudah bertunang. Satu hari, si jejaka telah menumbuk muka rakan sekerja si gadis yang dipercayai cuba mengayatnya. Salah si gadis juga kerana membuka ruang kepada si rakan sedangkan sudah tahu statusnya sebagai tunang orang. Namun apabila diingat balik cerita lama, rupa-rupanya dahulu ketika si gadis sudah bersedia untuk ditunangkan dengan bekas kekasihnya, datang si jejaka telah merampas hati si gadis sedangkan tinggal beberapa minggu lagi hendak diikat. Maka tak peliklah macam tu kan. Jadi awas ya jangan suka-suka hati je nak ambil hak orang.


katakan like jika best ya!

18 comments:

Wahida Nasution Thakhrim said...

jenuh juga nak menjawab soalan macam tu.. saya pun tak pasti macamana nak bertindak..

hanis aleeya aka gadis sepi said...

macam ada pengalaman je. hahaha...

Ayako A. said...

ieqa aku datang nak serang ko nih, tergamak ko rampas pakwe aku....









haha... drama lebih plak. kan?
aku pernah gak tersuka bf orang lain. tapi lepas tau dia dh ada yg punya, terus ilang perasaan tu.

aku dah ada tempat lepak baru :D
terjahlah kalau sudi.

http://arghhhhh.blogspot.com

Along Tapa said...

tak faham betul aku jenis perangai terkejor-kejor hak orang ni...

Gorengbaek - Koleksi gambor kat Muor

Hangit habis dah - Luahan perasaan...luahan perasaan

A.I said...

aku setuju!
kalo kita pegang what goes around comes around inshallah selamat....

neway belom ada experience lagik, tenx for it!

A.I said...

aku setuju!
kalo kita pegang what goes around comes around inshallah selamat....

neway belom ada experience lagik, tenx for it!

Ullyanazaidy said...

hope dijauh kan bnde2 cmni..huhu..
xmo amek hak org len..cian nnt

Nas said...

aku da lama xmen formsring...da bosan kot...
hahhahaha....nice entri...so jgn ambek hak orang..lagi2 yg da bertunang~


apa motif status SPONGEBOB dan PATRICK dalam facebook??

ILA HonEyBuNNy said...

ila pn mitak simpang la semua neh....amin..

ღKekunangpelangiღ said...

Kadang ada dua hati,
payah juga.
Syukur Allah kurnia satu hati saja. kan? ^^

Admin said...

adui mntak tlong la cari kmbang @ bunga lain.. cian nnti ad yg jd mngsa keadaan.. huhu

Bro Framestone said...

ada gak kes... kumbang cari kumbang.. sian kat bunga..

FarhanaRazaki said...

yes!setuju sangat!

Unknown said...

sebab tu lah, kite kena amek tau status seseorang sebelum kita berkawan lebeh.

tp masalahnya bile org yg nak merampas jugak :P

fara said...

mcm hukum karma jugak kan.
kalau kite buat kat org, kite akan kene balek juga satu ari nnti :)

Unknown said...

huh! mcm2 dorg tnye plak? hehe

akubiomed said...

Kalau boleh elakkan bercinta kekasih orang. Memang menyusahkan

ordinary89art said...

betol222