Tabung Masa Depan

Sunday, February 13, 2011

Sejarah Hari Valentine ; Mahukah Dia dengan Insan yang Tiada Dara?


Salam Perkongsian..


Apabila dibangkitkan dengan isu Valentine, sewajarnya sebagai umat Islam haruslah membuka mata, membuka hati dan iman untuk melihat isu ini dengan lebih jauh, bagaimana sejarah Valentine bermula. Namun, perihal Hari Kekasih ini biarpun sudah ditegaskan dalam penulisan, ceramah, majlis ilmu atau seumpamanya, amat menyedihkan apabila melihat masih ada lagi insan yang cetek pemikirannya menganggap Hari Valentine ini lah satu-satunya hari istimewa bagi membuktikan lambang cinta duniawi semata. Nauzubillah~


**************************************


Ok cukuplah tu ayat skema saya. Sebenarnya ada persoalan BESAR  yang nak ditanya kepada semua cerdik pandai kat sini, sejauh manakah  'KE-DARA-AN' seorang anak gadis menjadi penentu dan penerimaannya dalam kehidupan insan yang bernama LELAKI.


Jika ditanya kepada mana-mana lelaki pun kat dunia ini, pasti mahukan wanita yang baik, cantik, lembut, dan bla bla.. TAPI persoalan yang paling PENTING, apakah lelaki mahukan seseorang yang baik, cantik, lembut dan bla bla itu, apabila didapati dia sudah hilang 'DARA' nya kepada lelaki lain??


Jikalau yang ganas-ganas, liar tu, mungkin fikir nak buat stok suka suki saja, cuba anda fikirkan, apakah masih ada lagi lelaki yang berhati mulia dan setia, menganggap kisah lama wanita tersebut sebagai perkara yang sudah berlalu, dan cuba belajar menerima wanita itu seadanya ?




Masih ada juga dalam kalangan mereka yang cuba memperbaiki diri apatah lagi berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik. Cuba membuka lembaran baru dengan niat agar berpeluang lagi untuk menjalani kehidupan biasa, mengimpikan lelaki yang baik biarpun kadang-kadang masih terselit rasa berdosa, dan bersalah atas kesilapan lama.Menebus dosa lama dengan bertaubat dan mendalami ilmu agama. Kerana sudah lumrahnya, setiap manusia pernah melakukan kesilapan. Waima dia mahu kembali pangkal jalan atau tidak, pilihan sudah tersedia di genggaman.


Jika kaum wanita, frasa 'Hilang Dara' pastinya menjadi isu besar dalam masyarakat kita. Bagaimana pula dengan kaum lelaki yang sudah 'Hilang Teruna' nya? ada ke yang menjadikan ia suatu isu yang besar juga?? Kaum Wanita masih sudi menerima lelaki sebegini sebagai pasangan hidup?


Pasti persoalan sebegini ada jawapan yang berbeza daripada golongan 'arjuna' mahupun 'kirana' kan. Jadi, tertanya-tanya juga macam mana pula respon korang, apabila berhadapan dengan situasi sebegini, apatah lagi mereka yang sudah anda cintai, tiba-tiba sanggup membuat 'PENGAKUAN BERANI MATI' terhadap kisah lamanya. Anda terima atau  tidak???



Hujung Tinta~

Setiap apa yang dilakukan pada hari ini, pasti ada pulangannya di kemudian hari. Sebelum melakukan sesuatu, fikirlah kesannya supaya tak menyesal di hari muka. 



katakan like jika best ya!

15 comments:

misS FEeza macho ! said...

betul tuh ..

bila pempuan dok pot pe pot pet .
bila lelaki senyap pula ..

bukn boleh caye laki nih ee.. say NO to valentine !

echah mashuri said...

:)
err.dara tuh penting tak bagi laki kalau dia pun tak teruna?

AISHA INANI said...

valentine, hari yang di takuti oleh parent2 untuk anak2 yang tak berapa nak baik...

9 bulan dr tarikh nih bkl jd kes buang bayi yang melambakk!

kesain dorng nih, i dont know wht in their mind, but seems like terok gilaa! grr

Yaya said...

macamni setiap 14 feb kena kurung anak ler.. hee

Yaya said...

macamni setiap 14 feb kena kurung anak ler.. hee

d_tieah said...

Like!
Lelaki ni memang pelik kadang2..
Dorang yg hilangkan 'dara' awek dorang tapi nak beristerikan wanita yg still ade 'dara'..
Nasib baik Allah ni adil..
Sesungguhnya wanita yg baik itu untuk lelaki yg baik dan lelaki yg baik itu utk wanita yg baik..

Latest entry : Kempen : Kami TAK Sambut Valentine's Day

Kyuubi said...

kenapa semua org berfikir hari ni adalah hari untuk menghilangkan dara dan teruna???

Along Tapa said...

aku sanggup...asal dia dah tak buat kije bukak2 pintu ni...

Gorengbaek - Koleksi bahasa kias dulu-dulu....

Hangit Habis dah - Kenapa nak double standard??

Anati Soki said...

ada yang snggup menerima :) asalakan sang diri itusudah bertaubat. dah mmg lumrah org slalu buat silap. :)
adalah lumrah juga.. kita sbg manusia mmerlkukan peluang kali kedua :)

bunga said...

setiap wanita yang baik tuk laki yang baik..

pk pk kan dan selamat beramal..

miss lolly a.k.a luvfareda said...

kan kan kan laki mane yg nak sebenarnya..

KELI OH KELI said...

tu dia...ieqa dah tanya tu...baguih soalan2 dia....tepuk dada tanya iman... ")

MerLe said...

fikirkanlah......

cik @ien said...

jom tanye lelaki kenapa diam je klo dh tak teruna. hehehe


setiap orang mampu berubah.. nk yg baik.. kena la jd baik dulu.. ye dak? hehe

eddi said...

Valentine ni untuk orang putih sesuai lah, kita tak perlu ikut kot.