Tabung Masa Depan

Tuesday, February 22, 2011

Sekadar Teguran, menerima atau protes


Bismillah.. Alhamdulillah..


Malam ini baru ada sedikit kesempatan untuk menulis sedikit coretan ilmu juga perkongsian pengalaman diri. Baru-baru ini memang jadual sangat padat sehingga dirasakan setiap detik yang lalu sangat mencemburui.


Teguran.. Pernahkah anda ditegur? Apa yang anda rasa apabila seseorang itu menegur anda? Apatah lagi apa yang ditegur itu adalah realiti diri anda, kesukaan dan minat anda, yang kiranya ada sebahagian  mata-mata lain kurang enak memandang, namun bagi diri ianya merupakan satu kemestian, keghairahan yang dianggap suatu yang biasa  sahaja.


Pada mula teguran itu, tentunya teramatlah sukar untuk menerima, bahkan siapa-siapa jua yang menerima teguran, pasti dalam hati akan memberontak menyatakan ketidak puasan hati. Apalah, sibuk je masuk campur tentang hidup aku! Ish, tak ada kerja lain ke daripada duk jaga tepi kain orang! Begitulah respon sebilangan besar daripada manusia. Kerana begitulah fitrahnya manusia, apabila ada yang menentang suatu yang disuka, pasti keegoan mencanak diri, kemarahan menguasai hati langsung kewarasan akal tidak dapat dibendung lagi.


Jadi, kali ini mari sama-sama renungkan, pada sesiapa jua yang pernah menerima teguran, apakah teguran yang diberi itu relevan atau sebaliknya? Atau apakah teguran itu menunjukkan tanda bahawa si penegur 'jeles' dengan kita? Atau apakah teguran itu sebenarnya benar, tetapi hati yang keras ini juga tetap berdegil dan sanggup menentang yang benar kerana  keegoan kita?


Hari ini aku telah menerima teguran dari seseorang yang aku kira, telah kuanggap dia seperti kakakku sendiri. Bicaranya berbunyi sebegini..


" Wahai adikku sayang..

Ya ukhti, gambarmu  itu tak sesuai tuk tatapan umum... :) menampakkan jelas perhiasanmu..:)

sbb ukhti antara yg rapat dgn akak , maka sudah jadi tanggungjawab akak untuk menegurmu.:)"


Sungguh, pada mulanya jika tidak dapat mengawal diri dan hati, pasti akan lahir perasaan kurang senang apabila ditegur sebegini. Namun apabila difikirkan secara waras berulang kali, hati mula berdetik,


" Sesungguhnya tegurannya adalah suatu yang baik, dan aku telah membuat suatu yang sebaliknya.. 

Apa dikata adalah benar, membawa ke arah kebaikan untuk diri aku sendiri. Dia sayangkan aku.

Maka aku harus menerimanya dengan sebaik -baiknya. "


Sebenarnya bila direnungkan semula, apabila kemarahan menguasai diri  dan hati , ketika itu perasaan yang lahir  berpunca kerana  MALU, BENGANG, TIDAK SANGKA, TIDAK PUAS HATI dan sebagainya. Namun jangan mudah tergadah apabila menerima perkara sebegini sebegini, Tarik nafas dan tenang. Baru boleh bersikap rasional dengan teguran yang diberi. Jika belum apa-apa sudah tinggi suara, bermasam muka, bukankan sudah merapuhkan hubungan persaudaraan seagama, dek keegoan tidak mahu menerima!


Adab menegur juga perlu kena pada masa, waktu dan ketika, bukan hentam sajalah bila-bila pun tak pe.  Bait bicara untuk menegur pun haruslah berhikmah, bukan berunsur menyakitkan hati apatah lagi berniat untuk menghina. Jika tidak difikirkan semua ini terlebih dahulu, juga akan membuat orang ditegur tidak dapat menerima. Oleh sebab itu, individu lebih mudah menerima teguran apabila bicaranya rendah serta perwatakannya mesra dan tutur katanya relevan.


Sebelum saya tawakufkan bicara, marilah kita berfikir kembali. Sebenarnya, orang yang benar-benar menyayangi kita, bukan orang yang hanya suka memuja muji semata-semata. Kerana setiap pujian yang diberi umpama renjisan minyak yang akan memarakkan lagi api riak dan takbur. Akan tetapi, orang yang yang telus mengasihi adalah orang yang sentiasa ingat-mengingati, berpesan-pesan ke arah kebaikan, dan menyeru ke arah kebenaran, kerana merekalah yang akan menjadi penyelamat daripada kelalaian dan kealpaan.



katakan like jika best ya!

12 comments:

gabanMorka said...

ego

ego itu kadang2 buatkan seseorang sukar menerima teguran

cik QT a.k.a QasehThya said...

hurmm
btol2..
mcm atie ni..
dulu ego tggi..
org tgur je mesti lawan balik..
tp skunk dah leh terima.. :)

Nabiel said...

hurmmm~
ego tggi yea..hehehe
kdg2 biel cmtuh gak..ssh nk trima tguran org laen..tp kne pkr positif npe dia tgur kte cmtuh..
rndhkn ego tuh sket~=)

Wafi said...

jika kita ditegur oleh sesiapa, dan rasa malu,marah atau sebagainya... simpan semua tu, selawat dan istigfar... anggaplah ia teguran dari Allah melalui manusia.. nescaya hati lebih tenang... :)

mye said...

kadang2 kte hnye prlu sdikit rsa dendm utk brubah..
huhu

Wan said...

saya stuju dengan entry ni.
kadang2 bile kena tegur,rasa nak marah,salah satu sebab adanya sifat ego,saya pon pernah rasa mcm tu kehkehkeh
tapi bilaa pkirkan balik teguran tu memang ptut dan baik utk diri.
susah nak cari member untuk tegur salah kita.yang memuji banyak.
mcm member bila kita dalam susah semua lari,bila senang ramai dekatkan diri.
entry yang bagus

✿ milly molly ✿ said...

btul, milly pn jenis ssh terima teguran :( smpi boleh jd gado! Huhu

btw, entry besh! LIKE :)

Zura said...

teguran penting dalam membentuk diri.. :)

echah mashuri said...

hee..klau tgurn tuh x mndtgkn mrh dn scra berhikmah.insyaALLAH.bole trima:)

Yaya said...

saya lebih suka orang tegur, atleast kita tau apa pandangan org, tapi berpada pada la kan.

zella y said...

btul tu..klu nk menegur,perlu ada adab dan caranya... ;)

princess laila said...

tguran n cara mnegur y baek akn mndtgkan kbaikan. i'Allah :)