Tabung Masa Depan

Thursday, June 2, 2011

Alkisah Belajar Masak Memasak..


 Assalamualaikum..


Rasanya kebanyakan student2 kat seluruh Malaysia ni skang on mode cuti sem kan! Tambahan pula tengah school break ni, memang seronok bila dapat balik rumah. Rasa kepala otak ni lapang je.. Tak perlu nak fikir pasal assignment, exam, lecture, lack of money and etc.. seronok betul!!


Tapi bila dah biasa busy, schedule pack dengan macam-macam program, tetiba rasa boring lak tak tahu nak wat apa kat rumah. Aku pun dah mati kutu tak nak wat apa.. Rasanya hari-hari wat perkara yang sama, tidur, makan, online, tengok tv, kemas rumah, pusing-pusing macam itu juga. Argghh tak suka bila ada perasaan macam ini.


Sebab itulah aku bertekad, cuti sem 3 minggu ini, aku tak nak la sia-siakan masa yang ada.. Maka dengan semangatnya, aku nak mengumumkan yang aku nak serius belajar MEMASAK!! wohhooo...  gaya cam bangga tol! Siyes harap tak delah hangat-hangat tahi ayam jela.. Nak wat camne kan, budak ni bukan tak pandai, cuma selama ini kan malas menunjuk-nunjuk yang reti memasak.. keh keh keh ayat nak cover~


Eksperimen siang tadi, goreng ikan. Uishh.. aku pelik betollah.. Even da banyak kali goreng, mesti jadi peristiwa sadis yang war aku bengkek gila.. Eh, tetibe teringat zaman aii muda-muda dolu.. Kalo korang nak tau, dulu aku cuak gak nak menggoreng ni, takut minyak terpercik.  Nak dijadikan cerita lah.. adik aku ni punya lah semangat nak menggoreng sosej ngan nugget. Disebabkan kitorang dua-dua takut terkena minyak, adik aku punya kepala, dia guna topi keledar atas sebab keselamatan. Masalahnya aku waktu tu pun boleh terima je idea dia even gelak terkekek-kekek tengok dia menggoreng.. pandai betul lah haha


Cerita pasal goreng ikan, dah banyak kali aku praktis goreng.. tapi malang sungguh ikan aku tetap tak cun. Sebelum masuk kuali, punyalah cantik, berbaju je dia.. Tapi lepas angkat, mashaAllah, dah bogel dibuatnya ikan tu. Hilang langsung kulit, yang tinggal daging. Teruk aku digelakkan dengan family aku. Hish stress stress. Adik aku kata, kalau macam ni terus, habisla aku direject mak mentua.. Tak pe tak pe kalau gitu nanti suruh cik abang jela yang tolong gorengkan, kita jadi tukang makan je. Tak jadik masalah kan! hohoho..



katakan like jika best ya!

10 comments:

Aisumi Chan Kawa'i said...

wahhh~ syiok ah cuti.. sumi skrg tgk blajar mekap :P masak tetap xblajar lagi.. tgk la esok2..

AISHA INANI said...

minyak tuh aksik panas sikit.
sulu aku cam tuh jugak.
kesian ikan aku telanjang. hikhik.

mye said...

haha..
betol tu xpon cri cik abg yg keje chef..

MerLe said...

mari la kite bersama-sama bljr memasak..hehe

cik QT said...

huhu..xpe2..
ika blaja masak..
nnti atie nak rse gak..hehe :D

EpoLღsiKunang2 said...

Lain kali kan, letak gam siap-siap dekat kulit dia takut tertanggal. haha. Lawak betul..


p/s : practice makes perfect. Cuba lagi oke. :)

fierapirot said...

hahaha..tak boleh tahan pakai topi keledar..kalo fiera buat cam tu mampuslah kena cepuk...kekekee

MerLe said...

ieqa~ sy tag awak utk giveaway

http://littlequeenstory.blogspot.com/2011/06/saya-buat-giveaway-jom-join-ramai2.html

sy promote awak dlm ni..hehe

http://subieymerle87.blogspot.com/2011/06/giveaway-cik-purple.html

Dr. Ben said...

belajar memasak sangat penting. Yang paling appreciate nanti ialah keluargamu nanti.

hasif said...

beri laluan


awas cicak tokek di sini