Tabung Masa Depan

Wednesday, April 20, 2011

Rebah di depan Surau, Jatuh di depan Pagar.. Malunya..


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Sekian lama aku menyepi dalam penulisan blog, baru sekarang ada kesempatan dan mood untuk di sini semula.. Banyak sangat perkara yang hendak dikongsikan, mungkin akan menyusul kemudian..


Aku selalu rasa diri aku kuat. Aku selalu yakin dengan diri aku yang aku insyaAllah mampu menghadapi apa jua cabaran, rintangan, dugaan selagi aku tahu tahap kemampuan aku sendiri. Entah macam mana, semalam terjadi satu tragedi yang tak disangka-sangka dalam hidup aku. Tak sangka pula benda-benda yang dulunya berlaku zaman sekolah terjadi semula dalam hidup aku kat maktab ni.


Segalanya bermula bila sepanjang minggu ini dan minggu lepas, schedule da semakin busy, dengan amali TMK BMM3105 lagi, kena buat Tapak Pembelajaran Bahasa Melayu, then dengan assignment PJ- kena buat anatomi dan fisiologi.. pastu bersambung pulak minggu ini, semalam ada Ujian untuk Hubungan Etnik, dan pagi ini pula Ujian Amali Kibod untuk subjek Muzik. Kiranya memang agak busy la sebelum ini.


Memang start dari minggu lepas, aku asyik mengaduh sakit kepala yang teramat sangat, berdenyut-denyut.. Tak larat rasanya. Sampailah pagi semalam, bangun tidur lepas Subuh, aku terus muntah-muntah.. kepala pening dan badan tak larat. Sedangkan petang nya pula aku ada test untuk Ujian Akhir Kursus (UAK) bagi paper HE tu. Nak tak nak terpaksalah tak datang kelas sepanjang hari itu.


Tapi sangatlah menyedihkan bila aku dengar suara-suara dari manusia yang mengata aku guna alasan itu untuk ponteng kelas, nak curi-curi study. Astaghfirullah.. sakitnya hati ini, Hanya Tuhan Saja Yang Tahu. Mana nak taknya, kau tengah betul-betul tak larat, tapi pada masa yang sama ada juga manusia yang berhati dengki cuba nak saiko kau macam itu. Kalo korang, sakit hati tak? Ok, aku cuba cool.. cuba lagi tahan, and tahan, tapi kesannya siyesly tak leh nak fokus study. Aku ingat aku kuat, tapi last-last air mata aku menitis juga.. Satu, sebab mulut orang. Dua, sebab aku tak leyh study. Tiga, sebab aku tak larat langsung nak pergi exam petang tu.


Tapi Alhamdulillah, sepanjang aku jawab exam, tak ada apa-apa masalah yang berlaku. Even aku dizzy gila-gila, aku still mampu nak jawab exam. Balik exam, aku gi makan ngan classmates aku, kiranya keadaan aku ok je. Tapi on the way nak balik.. aku dah tak nampak apa-apa dah. Semuanya gelap. Just boleh dengar suara orang, tapi aku sendiri tak boleh nak control badan aku. Kesian kawan aku yang teman aku, nak tak nak kena juga angkat aku even diorang kecik-kecik je. Dah ler aku ni BERAT GILA.. Pengsan lak kat tengah jalan, depan surau maktab aku. Aduhh...


Aku dah tak ingat apa-apa time tu.. Cuma aku ada tersedar kejap time diorang tengah angkat aku masuk kereta nak gi klinik sebab tangan aku terkena tiang besi.. Adeii.. sakit kowtt.. Nasib jela aku tengah lembik gitu.. Budak-budak nih sempat pulak buat lawak bodoh.. Ntah apa apa jer ingat aku tak dengar ke.. Nak tergelak pun ada, nasibla tengah sakit haha..




Sampai di klinik.. aku tersedar.. Ya Allah, rambut aku!! Aurat aku!! Waktu itu, dalam fikiran aku, MALU MALU MALU... even kawan-kawan aku dah tutup kepala aku dengan tuala sebab diorang tak nak aku panas sangat, tapi bagi aku, malunya hanya Tuhan saja yang tahu. Memang sepanjang aku kat klinik, langsung aku tak pandang muka doktor tu, sebab aku terlalu malu. Apatah lagi doktor yang check aku tu lelaki. Ya, memang dia menjalankan kewajiban dia sebagai doktor, dan aku pula dalam keadaan DARURAT.. tapi, aku malu sangat, tak pernah rasa malu yang teramat macam ini. Yang penting aku harap aku cuba tak nak gi klinik ni lagi, and takkan jumpa doktor tu lagi. Harap dia lupalah muka aku ni macam mana amin amin amin~


Alhamdulillah, sekarang ini semuanya dalam keadaan ok je.. cuma aku perlukan rehat dan makan ubat mengikut waktu. Tak suka jadi orang sakit, asyik rasa nak muntah, cepat sensitif, macam-macam lagi lah. Tapi sekurang-kurang kali ini aku kena tak adalah seteruk masa aku kena zaman sekolah dulu, sampai kena tahan wad dan masuk air dalam badan coz tekanan darah rendah. Pelik kan, aku aktif, tapi still ada tekanan darah rendah macam ni.. Tak apalah.. ini namanya dugaan.. Sakit itu kan menghapus dosa-dosa kecil, sabar itu pula penguat iman... InsyaAllah semuanya akan ok seperti sediakala.



katakan like jika best ya!

15 comments:

Abang Long said...

Alahai...kesiannya dia. Pitam sampai. Penat sangat tu. Harap blood presure ok coz pitam leh gak berpunca dr low blood presure.

Apa2pun rajin2 mkn ubat, bnykkan rehat dan semoga cepat sembuh.

black_mel said...

kena banyakkan berehat....cian..kwn2 gurau jer kot pasal ponteng klas nk curi2 study...apa2pun..study2 jgk..kesihatan kena jaga..yang penting kita pandai uruskan masa...

Along Tapa said...

ieqa2...jangan overdo...kan dah TERsakit...terkena darurat lak tu...

cepat2 sihat...nanti bolehla aku sambung mengorat ko..hahaha...

Gorengbaek - retailing: pompuan pun ada pantang...bukan jantan jek....

Hangit Habis dah - Malware dah settle...so aku nak buat entri yang perlu disertu....

Kerat Senget - Kaa Dabri

✿ emaxoxo ✿ said...

Salam.. kakak jaga diri elok2 okay. ema dah lama tak bukak blog, so tataw cite psl akk. akk reaht cukup2 okay ;)

MerLe said...

la..patut la lama xde entri baru.. tape3.. jg diri..jgn paksa diri sgt..kjp je kje byk2 tu..tup2 tak sedar dh nk hbis..mcm sy la..x sdar dh sem7 rupenye..hehe

4umyfans said...

teman harap kamu jaga diri ye. jaga kesihatan. kalau bosan-bosan dan nak bahan bacaan... mai beli zine Nokss! di pasaran sekarang... yeayy!

______________________________________
http://koriieleys.blogspot.com/2011/03/nokss-isu-1-kamus-kreatif.html

4umyfans said...

teman harap kamu jaga diri ye. jaga kesihatan. kalau bosan-bosan dan nak bahan bacaan... mai beli zine Nokss! di pasaran sekarang... yeayy!

______________________________________
http://koriieleys.blogspot.com/2011/03/nokss-isu-1-kamus-kreatif.html

cik @iEn said...

uishh.. sampai pitam??
jangan duk paksa diri sangat wat keje.. jaga kesihatan dear!

Anis anak wong said...

hahaha..malu nye laa..

EpoLღsiKunang2 said...

Dah lama tak jengah sini. Rindu pulak. ^^"

miss lolly a.k.a luvfareda said...

pasni, jangan lupe rehat2 :) abaikan mulut2 puaka tuh ^^

cik QT a.k.a QasehThya said...

yunk..
jage kesihatan tu...
jangan buat keje berat sgt..n jgn pressure2 ae,,
sayang kamo..

darul_makmur@yahoo.com said...

Salam...nak tumpang promosi boleh tak...klik la sini...terima kasih...peace

darul_makmur@yahoo.com said...

Salam...nak tumpang promosi boleh tak...klik la sini...terima kasih...peace

en. suhaimi said...

cian dia pitam.... tekanan darah rendah la ni..... ni mesti tak suke makan sayur ni kan...hehehehehe


http://jutawan-dinar-iraq.webs.com