Tabung Masa Depan

Tuesday, June 21, 2011

Rezeki daripada Allah Taala.. Alhamdulillah


Assalamualaikum...


Lihatlah, betapa banyaknya dugaan dan cabaran yang ada dalam kehidupan sekeliling ini, seringkali menguji setiap perjalanan hidup seorang insan yang bergelar hamba Illahi. Begitu juga perjalanan hidupku yang penuh onak dan duri, yang sentiasa dihadapkan dengan terjahan ombak yang memukul hati dan sanubari. Apalah ertinya hidup ini jika tidak diuji dengan pancaroba. Bagaimana keindahan hidup ini dapat dinikmati dan dihargai kiranya tiada pengorbanan yang menjadi bayarannya. Itulah yang dinamakan kehidupan, sentiasa ada suka dan duka, sentiasa ada susah dan senang, sentiasa ada untung dan ruginya.


Alhamdulillah, hari ini aku dah dapat melalui hari-hari di tempat aku belajar ini dengan sebaiknya. Kini aku sudah mula menghadapi semester 4 pula. Sekejap je masa ini berlalu pergi. Semester ini, bermulalah kehidupan baru aku di rumah sewa. Maklumlah, bila 'intake' baru mula masuk, pastinya kakak-kakak dan abang-abang yang senior terpaksalah mengalah dengan adik-adik kan!


Mula-mula, memang banyak masalah juga yang perlu aku dan 7 orang rakan lagi hadapi gara-gara perihal rumah sewa ini. Dari satu rumah ke satu rumah lain kami selidiki, sehinggalah rumah keempat yang kami diami sekarang ini, barulah dapat melepaskan nafas lega yang teramat. Itulah yang dikatakan, kalau ada rezeki, takkan ke mana. Namun setiap rezeki itu pasti banyak cobaannya. Begitu juga dengan apa yang telah aku hadapi sepanjang menghadapi masalah rumah sewa ini.


Aku hampir-hampir terpaksa tinggal bertiga gara-gara sebahagian kami mengambil keputusan untuk memohon masuk semula ke asrama. Memang waktu itu, rasa dah hilang akal hendak mencari solusinya. Bukan mudah nak cari rumah sewa yang mencapai harga sewa RM200-350. Lagi-lagi awal semester ini, biasalah dengan masalah kewangannya lagi. Tapi itulah, rezeki itu semestinya milik Illahi. Akhirnya rakan-rakanku yang selebihnya ini mengambil keputusan untuk bersama-sama dengan kami semula. Syukur sangat segala masalah dapat diatasi dengan sebaiknya, tambahan pula kini kami dapat rumah sewa yang lebih baik, biarpun serba sederhana. Alhamdulillah..


Hari ini juga, kami telah dimaklumkan mengenai keputusan peperiksaan semester lepas. Aku bersyukur sangat kerana masih lagi dapat mengekalkan keputusan peperiksaan aku semester ini, dan mencapai 'aim' ku untuk mendapat 3.8 ke atas. Alhamdulillah..




Apabila mengimbas setiap liku-liku hidup ini,kalau diikutkan rasa hati ini, aku sebenarnya banyak yang terkilan, terguris hari apabila mengenangkan saat2 perit sepanjang aku tinggal di Bumi Terengganu ini. Sehinggakan nak meninggalkan rumah pun perlu menangis teresak-esak, bagai mahu berlayar bertahun-tahun di tanah seberang. Bukan aku sengaja mahu menangisi detik-detik perjuangan hidup di sini. Tetapi, biarpun zahir aku kelihatan teguh dan utuh, namun hati seorang hamba ini tetap lemah tiap kali menghadapi ranjau dunia. Namun apabila terkenangkan akan bait-bait nasihat yang keluar dari bibir ibuku, 'Jika kita rasa dugaan yang kita hadapi suda besar, sebenarnya ada orang lain yang sedang menghadapi dugaan yang lebih besar lagi daripada kita, begitu juga sebaliknya'. Aku bertambah bersyukur kerana masih mampu menjalani hidup ini dengan kudrat yang dikurniakan-Nya. Sesungguhnya, Allah masih sayangkan aku..


Setiap dugaan yang Allah berikan kepada manusia, sekiranya mereka menghadapi dengan tenang dan sabar, insyaAllah, hikmah yang terhijab akan terbentang luas di kemudian harinya. Betapa indahnya rezeki yang Allah kurniakan apabila kita menerima imbalan yang diimpikan, setelah begitu banyak kehilangan dan kesedihan yang kita hadapi. Aku bersyukur Allah atas dugaan demi dugaan yang diuji kepadaku, kerana aku yakin, Allah tidak mahu aku jauh menyimpang daripada mengingati-Nya, Allah tidak mahu aku jarang-jarang  berdoa sehingga menangis memohon pertolongan dan keampunan daripada-Nya, Allah tidak mahu aku lalai dalam menyebut dan memuji kebesaran-Nya. Sesungguhnya, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya .. Wassalam..




katakan like jika best ya!

5 comments:

Unknown said...

perghh..gile hebad..congratt :D

A Fans of Lee Family said...

congratz ika for ur result...
and be strong okies :D
lap u...

A.I said...

peh result........
congrates weh.


neway aku teringin nak rasa cari rumah sewa, tapi sini memang takkan dapat. pasal semua mesti dok dalam nih. arghh!

Elie Lily said...

congratulation sista! :)

Ema Razali said...

akak hope success di semester baru ye :)