Tabung Masa Depan

Thursday, July 7, 2011

Konvensyen Guru-guru Muda Kebangsaan (KOGUM) 2011


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Pada 8 Julai 2011 sehingga 10 Julai 2011, akan diadakan Konvensyen Guru-guru Muda Kebangsaan atau juga dikenali sebagai KOGUM kali pertama di Malaysia. Berdasarkan sumber yang telah dibaca, lebih kurang 1400 orang peserta yang merupakan pemimpin daripada guru-guru pelatih IPG dan pensyarah-pensyarah daripada 27 IPG , pegawai-pegawai KPM dan IPG, ahli-ahli GPMS, dan pemerhati, dan urus setia yang akan terlibat sepanjang program konvensyen ini dijalankan. (sumber : link )




Aku merupakan salah seorang guru pelatih yang terpilih bagi mengikuti konvensyen yang akan diadakan di UITM Shah Alam ini. Bagi aku, ini merupakan satu peluang untuk aku melihat sejauh mana perangkaan dan perancangan yang telah disusun untuk bakal-bakal guru dalam usaha meningkatkan lagi kredibiliti profesion keguruan pada masa akan datang. Selain itu, disinilah peluang semua wakil-wakil guru pelatih dari IPG seluruh Malaysia bertemu dan bertukar idea, pandangan serta berbincang dengan lebih mendalam lagi mengenai perkara-perkara berkaitan profesion keguruan dan seumpamanya.


Namun, apa yang aku ketahui, ada juga desas-desus yang menyatakan ketidak senangan beberapa pihak tertentu akan program dirancangkan. Entahlah ya, nak percaya pun tidak, tak nak percaya pun tidak juga. Kalau tiada angin, masakan pohon bergoyang! Pada pendapat aku, apa-apapun lebih baik kita ikut dahulu program yang dirancang, dan dari situ, kita menilai yang baik dan buruknya. Normallah dalam sesuatu yang dibuat, pasti ada kekuatan dan kelemahannya. Apa yang penting adalah sejauh mana pemikiran kita bersikap rasional dalam melihat perjalanan program ini dengan lebih teliti dan kehadapan terhadap visi dan misi di sebalik pelancaran KOGUM ini. 


Walau bagaimanapun, diharapkan agar program ini akan memberi kebaikan, ketelusan serta membantu ke arah kecemerlangan guru-guru,pada masa kini dan akan datang. Hal ini kerana setiap apa jua yang dirancang pada hari ini, akan memberi kesan kepada generasi seterusnya. Oleh itu, bagi aku, setiap perkara yang bakal diperoleh dalam konvensyen ini perlulah memadang kepada semua aspek serta memberi kebaikan kepada semua pihak, bukan sekadar mengukur kesan daripada luaran, mahupun masa kini semata-mata.


Semoga perjalanan aku dan rakan-rakan guru pelatih lain ke sana bermula esok, 7 Julai 2011 ke UITM Shah Alam tiada apa jua masalah, serta selamat pergi dan selamat pulang, sekaligus membawa hikmah di sebalik program ini, InsyaAllah.




katakan like jika best ya!

4 comments:

Unknown said...

jaga diri leklok ye...:)

MerLe said...

take care.. =)

Cg. Izzul said...

ipg mane?
:)

Gen Fujita said...

So, apa pendapat anda tentang KOGUM tersebut? :)