Tabung Masa Depan

Friday, August 5, 2011

AWAS! Bahaya Tersalah Makan Ubat


Assalamualaikum.. Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia..


Bagaimana puasa anda hari ini? Masih mampu bertahan? Alhamdulillah, mudah-mudahan iman kita semua masih lagi kuat untuk menghadapi dugaan sempena Ramadhan tahun ini.


Ika nak berkongsi dengan rakan-rakan, mengenai perihal seorang rakan ika, yang hampir merana gara-gara hanya tersalah mengambil ubat. Mungkin bagi kita, selama ini memandang semua ubat yang kita makan itu sudah semestinya baik, kerana bagi perspektif kita, sudah semestinya ubat yang diberi doktor akan membantu kita untuk sembuh daripada penyakit. Namun, adakah anda terfikir, apakah jenis ubat yang telah kita makan, bagaimana kesannya terhadap tubuh, dan juga apakah kesan sampingan jangka masa pendek mahupun panjang ubat itu kepada tubuh kita??


Seorang rakan ika telah mendapat sejenis ubat daripada klinik swasta memandangkan tubuhnya selalu lemah, apatah lagi dia pula demam, dan dia juga sukar untuk tidur. Ubat itu perlu diambil dengan dos separuh daripada sebiji pil untuk sekali makan, sehari 3 kali. Hendak dijadikan cerita, sehari selepas dia kembali daripada cuti sakitnya, banyak perubahan telah berlaku pada diri dia. Dia lebih bersikap pendiam, pasif, ada beberapa perkara yang dia tidak ingat biarpun sudah menjadi rutin biasa sepanjang berada di kelas.




Petangnya, dengan tiba-tiba perubahan pada dirinya semakin kelihatan semakin ketara. Umpama dia tidak boleh mengawal pergerakan otot tubuhnya, kadang-kadang dia berada dalam keadaan halusinasi, matanya terpejam, bibirnya kering, sehinggakan beberapa rakan ika terkejut melihatnya. Mereka terpaksa memanggil ustaz kerana khuatir ada perkara-perkara ghaib yang telah mengganggunya. Namun apa yang diperoleh daripada respon ustaz, rakan ika ini tidak mengalami apa-apa gangguan dan ustaz suruh rakan ika ini ke hospital segera.


Setelah tiba di hospital, dia terus digegaskan ke wad kecemasan dan dimasukkan air ke dalam tubuh akibat terlalu lemah. Kebetulan seorang rakan ika yang lain tergerak hati untuk melihat ubat yang telah diambil oleh rakan ika ini langsung menelefon ibunya yang juga merupakan jururawat. Sangat mengejutkan apabila ibunya menyatakan ubat tersebut iaitu Haloperidol atau dipanggil haldol adalah sejenis ubat penenang bagi pesakit psikiatrik yang agresif untuk mengawal tingkah laku pesakit(sumber).




Sekiranya ubat ini diberi dalam dos atau pesakit yang salah, ia akan  memberi kesan sampingan yang agak extreme seperti kabur penglihatan, kekeringan mulut, loya dan muntah-muntah, Dyskinesia Tardive iaitu gangguan pergerakan otot seperti pergerakan tangan, kaki, tubuh mulut dan sebagainya seakan-akan cacing lidah, kejang otot, demam dan sebagainya (sumber). Tetapi yang peliknya, bagaimana doktor di klinik tersebut boleh beri ubat kepada rakan ika yang hanya demam dan lemah je dengan ubat sebegini rupa, sedangkan pengeluaran ubat ini adalah terkawal.


Nasib baik rakan ika ini cepat dihantar ke hospital. Jika tidak, Nauzubillahi min zalik. Alhamdulillah sekarang dia semakin sembuh. Berkat bulan Ramadhan ini, ika harap rakan-rakan semua doakanlah dia supaya cepat sembuh dan dapat meneruskan aktiviti harian seperti biasa. InsyaAllah. Dan rakan-rakan lain, ambillah iktibar daripada kisah ini, berhati-hatilah sebelum mengambil ubat terutama yang diperoleh daripada klinik swasta mahupun farmasi.



katakan like jika best ya!

12 comments:

HaFizaH aYu said...

ubt penenang tuh!!bhya lau overdose ubt,lau terslh ubat ag la

SuRayA^i. said...

doc tu sure careless. nseb baek xd pape jdik kt ur fren =.=

cik QT said...

nk salahkn doc ke.nak salahkn org y sediakan ubt..hurmm..
kne pastikn btol2 kn ubt tu sesuai ke x kan..

Popoi said...

aiyoo,, bahaya woo,,, ++

Ieqa Swetluv said...

hafizah ayu~

itulah..kesian kawan ika tu.. hurmm

Ieqa Swetluv said...

suraya~

itulah.. papepun skang ni my fren kena take rest for a week.. harap dia ok la pastu

Ieqa Swetluv said...

cik QT~

hurmm betul gak tu.. walau mcm mana pun.. harap kesalahan camni x berulang lg la

Ieqa Swetluv said...

popoi~

itulah.. sangat merbahaya

Ema Razali said...

Hope kwn sisi cepat sembuh

tp tak sangka mcmane la doc tu boleh bg ubat mcm ni kat kwn sis kan :/ bahaya betul!

yusenze said...

Kalau x salah bukan org le namanye.. hahha..

Doktor bukan org yang perfect.. doktor juga kdg2 adalah orang2..
Renungkan..

Ieqa Swetluv said...

Ema~

itulah dear.. skang ni sis cuma berdoa je untuk dia

Ieqa Swetluv said...

yus~

doc pun manusia biasa, tetapi kesannya pesakit pula menjadi mangsabila doktor tidak berhati2 dengan tanggungjawabnya.. =)