Tabung Masa Depan

Saturday, August 6, 2011

Apabila Marah Menguasai Diri..



Aku MENYESAL!! Aku MENYESAL!!!


Kenapa terlalu mudah hati ku terbakar? Kenapa begitu mudah kubiarkan lidahku lancang mengeluarkan kata-kata kesat?? Kenapa Aku sanggup membiarkan tangan dan kaki ini memukul, menumbuk, menendang, menampar sehingga mencederakan seorang yang aku sayang?? Kenapa sanggup aku biarkan darah satu nyawa mengalir gara-gara sikap ketidak manusiaan aku?



Hanya kerana SATU..


Kerana apabila MARAH bermaharaja lela di setiap pelusuk hati,


Maka bergelak ketawalah sekalian syaitan dan Iblis melihat keletah anak Adam,


Dan mereka pun bergerak laju mengikut darah mengalir ke seluruh tubuh,


Menghasut dan memperdayakan manusia sehingga hilang pertimbangan.


Lalu tersilap langkah dan terlajak perbuatan,


Akhirnya merana, sesal tak berkesudahan.



Kawallah diri, kawallah hati, istighfar mohon keampunan, Semoga terpelihara dari pengaruh Syaitan yang direjam..



katakan like jika best ya!

5 comments:

Asni Amni said...

awat ieqa...ieqa marah kat siapa tu...?

fuh...marah ni bahaya...sebaik2nya...asingkan diri ketika marah...bimbang...kita akan melakukan sesuatu yg kita sendri tak mahu ia berlaku....

cik QT said...

huhu..jangan marah2..nnti cepat tua..tehee :D

ayisy said...

Selalunya bila kita marah, kita akan buat apa yang kita rasa boleh puaskan kemarahan kita. Kita akan membenci, hilang rasa belas kasihan dan sebagainya.

Tapi bila kemarahan itu reda, kita akan rasakan semua perasaan ketika marah hilang. huhu

SuRayA^i. said...

bulan2 puasa ni, kalau xdpt kawal marah mknenye mmg d sifat ade dlm diri. istighfar byk2 =)

Teena in Toronto said...

Happy blogoversary :)