Tabung Masa Depan

Wednesday, August 10, 2011

Cara Kawal Selera Berbuka di Bulan Ramadhan


Assalamualaikum..


Apa khabar adik-adik comei.. akak-akak jelita dan abang-abang handsome semua?? Hari ini ika nak tanya korang semua, cukup tak puasa? ke ada yang dah ponteng-ponteng ni? Kalau ABC (Allah Bagi Cuti), kira tak apalah sebab darurat, tapi kalau suka-suka hati.. no no no.. jangan wat camtu tak baik tau..


Ok, cerita pasal selera berbuka ini, of coursela macam-macam makanan yang sedang bermain-main kat kepala kan. Waktu ini lah tiba-tiba je keluar kat kepala otak 'kempunan' la.. 'mengidam' la.. teringin nak makan itulah, inilah dan macam-macam.. Rasanya kalau pergi bazaar tu, semuanya macam sedap. Lagi-lagi part ayam golek, ikan bakar,air yang berwarna-warni tu.. fuhhhh... kecur air liur dibuatnya.


Tapi.. masalahnya, besor sangat ke perut kita nak tampung semua makanan yang kita nak beli kat bazaar tu?? Hahh meh kita pikir da muhasabah (bukan muhasarawak tau) kejap. Sebenarnya bilih kita imbas balik time tengah puasa tu, lagi-lagi waktu kemuncak macm waktu tengahari dan petang, perut ni memang kalau diikut lapar gila.. tengok budak kecik makan ais krim malaysia tu pun nampak cam sedap sangat.


Tapi hakikatnya, perut ini kecik je.. Nak isi semua memang tak termampu. Apatah lagi kalau berbuka tu terus telan sejag air buah yang penuh ais tu, memangla makin kecut. Akibatnya, makanan yang melambak-lambak semua tu tak tertelan dibuatnya.. dan akhirnya, masuklah tong sampah. Nampak, kan itu dinamakan satu PEMBAZIRAN!! Membazir tu amalan syaitan tau.. TAPI.. ika pun selalu gak terkena camni.. huwaaa~~~


Jadi, macam mana kita nak kawal selera kita di bulan Ramadhan di samping dapat berjimat-cermat ni?? Ini berdasarkan survey dan pemerhatian di sekeliling ika..


PERTAMA!!

Ada sesetengah individu, nak berjimat punya pasal plus nak menambahkan dan memperkukuhkan amalan di Bulan Ramadhan ini, mereka berbuka puasa kat Masjid je. Memupuk sifat KESEDERHANAAN, kan!


KEDUA!!

Ada juga yang plan masak sendiri jela. Cukup-cukup alas perut, kira oklah.. Dapat berjimat, dapat upgrade skill memasak, dan membuat sikap malas dan asyik nak tidur jer tu. Selain itu, kalau masak sendiri, kuantitinya lebih banyak mengikut keiinginan masing-masing.


KETIGA!!

Tiap kali pi Bazaar je, bawak RM6 je cukup.. RM1-air buah, RM4-nasi goreng ayam, RM1-kuih.. haa.. better jangan bawak duit banyak2 ataupun senang-senang tak payah bawak dompet, kalau tak, of coz lari bajet.. hehe.


KEEMPAT!!

Bulan-bulan puasa ini, kita berbaik-baiklah dengan jiran sebelah, eratkan lagi hubungan dengan kawan-kawan. Tak salahnya kalau kita bertukar-tukar juadah berbuka puasa. Di samping dapat mengurangkan bajet , secara tak langsung dapat memperbanyakkan lagi hidangan berbuka hari itu. Bagus kan!


KELIMA!!

Menumpang berbuka kat rumah/bilik orang.. Haha.. memang jimat dan dapat mengawal selera.. Tapi kalau dah sampai tahap macam ini, memang melampaula. Tak pasal-pasal kena halau kalau hari-hari dok menyibuk kat tempat orang. Haha.. janganlah sampai tahap menyusahkan orang lain pulak ya!!



Oklah.. jadi korang dah tahu nak pilih cara berbuka yang mana yang lebih bagus untuk mengawal selera dan dapat berjimat cermat?? Nih ika nak tunjuk menu berbuka puasa dengan menggunakan cara KEDUA dan KEEMPAT tu. Bagus gak ada kawan-kawan yang expert memasak nih.. hehehe..


Hari pertama berbuka puasa
Hari ketiga berbuka puasa





katakan like jika best ya!

7 comments:

cik idora said...

ye ke akk ni??
bnyk nye mkn..

Ieqa Swetluv said...

@cik idora~


yela dik.. akak tak tipu tau.. banyak kan! huhu

cik QT said...

huhu..byknye....
mcm kat umah ni..
3 org je tukang mkn..
msknye mcm 4-5 org y mkn..huhu

Ieqa Swetluv said...

@cik QT


sebenarnya time ni 5 org makan.. alhamdulillah cukupla perut sorang satu tu hik3 ;p

Zura said...

susah nk kawal nafsu terutama sekali bln pose cm nie..mungkin tip eiqa tue boleh d guna pakai..

SuRayA^i. said...

byk nye lauk!

Asni Amni said...

setuju sangat2...terutamanya yg pertama dengan yg ketiga tu....sememangnya itulah cara yg paling molek tuk berjimat belanja...lagipun boleh pupuk sifatsederhana... n kalau takut perut tak mampu tampung makanan tu semua...jangan minum air byk sgt sebelum makan...cukup lah 1/6 sudah..kemudian abiskan air tu selepas makan... =D