Tabung Masa Depan

Friday, October 7, 2011

Kenangan Selamanya bersama keluarga angkat di Kampung Mangkuk, Setiu, Terengganu


Hujung minggu lepas, dari 29/9/2011 sampailah 1/10/2011, aku dengan budak-budak bacth aku terlibat dengan program BIG(Bina Insan Guru) di Setiu Terengganu. Di sana, kitorang terlibat dengan program anak angkat.So, sebagai orang yang jauh merantau, program macam ini agak menarik jugakla. Dapat jugalah berkenalan dengan budaya dan cara hidup orang-orang kampung, secara tak langsung dapatlah family angkat.


My classmates yang cun-cun huhu

Mula-mula kitorang sampai kat situ, masing-masing excited meneka mana satulah bakal mak ayah angkat kitorang. Tapi bagi akulah kan, agak kesian la mak cik2 dan pakcik2 yang menunggu anak angkat mereka, even lama, tapi memang tabik spring la kat diorang, sabar sungguh menanti kitorang. Tapi masa sampai tu aku belum jumpa lagi family angkat aku coz time tu juz mak ayah angkat dari Kampung Rhu 10 dan Kampung Pandan Jaya je ada. Kampung Mangkuk agak jauh sikit dari situ, dalam 15-20 minit perjalanan dari base camp.


Jeng jeng jeng.. inilah family angkat aku kat Kampung Mangkuk. dan Inilah mak angkat aku, Puan Rahimah binti Salleh. Aku panggil dia mama. Budak-budak kecik ni sumer anak-anak dia, Nadiah, Najwa dan Nabil. Dapat pulak adik beradik angkat yang sempoii gila, Kak sha, Ilham dan Idayu, memang seronok layan kepala diorang...

                                                                               

Nadiah dan Najwa


Dayu and Am


Sampai-sampai saja, mama da get ready dah durian satu bakul dengan rambutan. Apa lagi, aku, am, kak sya and dayu terus melantak dengan penuh berselera. Mama cakap, musim durian kat sini berperingkat. Sebab itulah, memang rezeki kitoranglah dapat makan durian.. Adalah dalam 8/9 biji durian kitorang bedal.. Malam tuh, memang berpanaslah kitorang, kebetulan pulak hujan lebat, guruh berdentum dentam sampai hampir keseluruhan kawasan Penarek black-out.So, tak dapek la den nak lekat gambo durian wat tatapan korang kat sini, maklumlah makan dalam gelap kan! hehehe..



Sepanjang aku kat sini, menu yang paling marvellous yang mama masakkan untuk kitorang durian sambal. Haa.. korang jangan salah anggap lak. Durian sambal yang aku maksudkan bukan tempoyak tau! Ini durian yang ok lagi tu, dicampur dengan cili api yang telah ditumbuk. PERGGGGhhh.... korang dapat bayangkan betapa nikmatnya kesedapan durian sambal tu. Makan dengan ikan goreng pun berselera. Kalo tak caya, korang tanyalah kat kak sya dengan am, berapa pinggan diorang tambah. Tak silap aku adalah dalam 3-4 pinggan gakdiorang melantak! hahaha...  

Kak Sha and me



Aku rasakan, dalam banyak-banyak family angkat, mama aku lah yang paling spoting kot. Bukan maksudnya family angkat kawan-kawan lain tak spoting, tapi boleh dikatakan mama layan je kepala otak kitorang. Lepas je aktiviti gotong royong, lepas solat Jumaat tu mama ajak kitorang mandi manda kat Lata Belantan lak. Kalo korang nak tau, Lata Belatan ini merupakan kaki Gunung Tebu, yang dulu aku pernah daki, aku pernah cerita kat entry mana ntah aku pun tak ingatla. Wahh bukan main galak lagi kitorang berempat mandi manda. Kat Lata Belatan ini, bagi aku apa yang menarik kawasan air terjun ini ada gelongsor, banyak pulak tu. Tapi, takkanlah aku nak naik gelongsor tu kan, malulah dah besow.. cuma cuma cuma.. testing sekali je.. keh keh keh ;p

pas gotong royong kubur... posing sat kat wakaf.. heh


Lata Belatan.. besttt.....



Hari last tu,Sabtu,  pagi-pagi orang lain sibuk dengan aktiviti sukaneka, tapi kitorang berempat tak join pun. Mama ajak kitorang gi cuci-cuci mata kat Pasar Minggu Bandar Permaisuri, Setiu. Best gak shopping sini. Skirt yang aku idam-idamkan nak beli selama ini, selalunya harga dalam RM25-RM30, aku boleh beli dengan harga RM19 je. Sangat happy tapi lepas shopping rasa cam nak nangeh guling-guling sebab fulus melayang-layang, cair macam air.. arghhh T_T.. 


Masa nak balik tu, hujan selebat-lebatnya turun, umpama mengalirnya air mata keluarga angkat kitorang. Agak sedih jugak, sebab sedar tak sedar, cepatnya masa berlalu. Nasiblah kitorang sempat sediakan sedikit kenang-kenangan untuk mama.

Curik amik gambo Kak Sha mengharung hujan..huhu



Apa-apapun, kenangan sepanjang kat sini dengan mama dan adik-adik, takkan dilupakan. Aku bangga dengan mama, biarpun suaminya dah meninggal dunia, tapi mama seorang wanita yang tabah, seorang ibu tunggal yang membesarkan 7 orang anak . Semoga hubungan yang terjalin dan kenangan indah ini, akan kekal bersemi dalam hati selamanya. InsyaAllah..

Hadiah Ultraman Taro untuk korang sumer.. wee~



katakan like jika best ya!

6 comments:

hafiz hafizol said...

terengganu.. wah.. my hometown..

cik QT said...

waaa...bestnye~~... :)

shafiqabdshukor said...

best2..
saya pun ada keluarga angkat di sg siput perak..
http://duniamohdshafiq.blogspot.com/2011/08/program-khidmat-masyarakat-sg-siput.html

Ieqa Swetluv said...

hafiz~

yeker? kat mn tu?

Ieqa Swetluv said...

QT~

hehe best sgt atie =)

Ieqa Swetluv said...

syafiq~

hehe.. ika x de kenalan sgt kt perak