Tabung Masa Depan

Saturday, October 8, 2011

Komen para ustaz mengenai rancangan USTAZAH PILIHAN ASTRO OASIS, 12 Perkara yang Seharusnya Dipelihara seorang Muslimah


Assalamualaikum warahmatullah..


Tadi masa aku berfesbuking, aku nampak satu gambar yang menarik, dimana gambar berupa kartunis ini menunjukkan beberapa komentar daripada tiga orang ustaz berkenaan rancangan USTAZAH PILIHAN yang sedang ditayangkan di Astro Oasis kini.


Klik untuk tumbesaran. Sumber (link)

Sebenarnya, apa yang menarik daripada kenyataan dan pandangan para ustaz di atas adalah 12 benda yang perlu dipelihara seorang wanita Muslimah. Jadi aku pun try google untuk mencari 12 perkara seperti di bawah:


****************************************************************************


1- Bulu Kening 



Menurut Bukhari, rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening- Petikan dari Hadis riwayat Abu daud di dalam Fathul Bari


2- Kaki (Tumit Kaki) : 



"Dan janganlah mereka(perempuan) membantakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan" - (An-Nur : 31). Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng.


3- Wangian 



Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina da tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya yang ber'hidung belang' .


4- Dada 



"Hendaklah mereka(perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada mereka" (An-Nur:31)


5- Gigi 



Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya juga yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.


6- Muka dan leher :



Dan tinggallah kamu(perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliah yang dahulu. Iaitu bersolek dan sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliyyah.


7- Muka dan tangan
 :



 Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma!Sesungguhnya seorang gadis yang telah haid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja. (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari)


8- Tangan : 



Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)


9- Mata 



"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya". ( An-Nur:31)


10- Mulut(suara) : 



"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik" . (Al-Ahzab:32)


11- Kemaluan :



 "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " (An-Nur:31). apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. ( Hadis Riwayat Al Bazzar ).


12- Pakaian :


 Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. ( Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah ).




Sumber:( link )


************************************************************************




Demikianlah 12 perkara yang seharusnya dipelihara oleh seorang wanita yang bergelar Muslimah. Lepas baca ini, aku rasa macam diri aku belum betul-betul mengikut sepertimana yang dinyatakan, astaghfirullahal 'azim.. Semoga kita sama-sama berusaha menjadi yang lebih baik.. InsyaAllah..


Seindah hiasan adalah Wanita Solehah...




katakan like jika best ya!

5 comments:

Naluri Ini said...

Ramai orang yang tahu tapi tak faham tentang Syariat menutup aurat. Sepatutnya golongan ternama sebagai idola dan panduan, tapi sebaliknya yang berlaku. Sama juga dengan syariat pelaksanaan hukum Hudud yang hangat menjadi perbahasan. Hukum ini termaktub dengan jelas dalam Al-Quran sebagai suatu "perintah", tapi ada sesetengah golongan yang tetap tidak mahu menuruti perintah ini kerana tidak memahami kaedah hukum hudud itu sendiri.

MerLe said...

terima ksih.. info yang baik utk diri sendiri...

shameel said...

Terima kasih atas info yg menarik.
Sebetulnya saya baru saya nonton klip video ustaz fahtul bari ttg hal ini. Pandnagan yg amat bernas dari beliau selaku seorg ulama muda.

cuma saya tertarik dgn 12 perkara yg perlu dijaga oleh wanita, paling tertarik yg no -10(Mulutor suara) :

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik" . (Al-Ahzab:32)

ramai juga yg salah faham terhadap ayat2 ni hingga menganggap suara wanita sebagai aurat. hakikat sebnar suara wanita bukanlah aurat sbb Aisyah, isteri Nabi SAW sendiri merupakan pakar rujuk para sahabat termasuk golongan lelaki pada zaman awal islam. andainya suara wanita itu aurat sudah tentu Aisyah akan menggunakan bahsa isyarat.

Perkara itu juga menunujukkan wanita juga boleh menjadi mufti sbb Asiyah menjadi pakar rujuk dlm permasalahan agama.

cuma yg dimaksudkan dlm ayat Al-Quran itu ialah larangan menggunakan suara yg dgn manja. dan ia tidak skedar suara malah tingkah laku juga boleh menyebabkan kes tergoda.

aien said...

LIKE!! ^__^

Zura Tahir said...

wanita nie terlalu indah ciptaannye..