Tabung Masa Depan

Thursday, November 24, 2011

Pujian orang lelaki, boleh percaya ke?



Learn from the past experiences, make a person beware for the future..


Kenapa wanita kena menjadi seorang yang berhati-hati? Rasanya majoriti akan menjawab sebab zaman sekarang ini bahayanya macam-macam, kadang-kadang perkara yang tak disangka itulah yang terjadi.


Kelmarin ada seorang lelaki send mesej kat inbox fb aku, katanya nak lebih mengenali aku. Ala namapun nak berkawan kan, so tak kisahlah, apatah lagi facebook kan medium komunikasi bebas, siapa-siapa nak berkawan pun boleh je.




Tapi lepas befriend dengan dia, dengan senang je dia puji aku,"Awak ni lawalah.. Dah lama saya mencari seseorang seperti awak untuk hubungan yang lebih serius. Boleh tak awak bagi nombor fon awk, boleh kita lebih mengenali, lagipun saya jarang on fb ni."


OMG, gilo opo mamat ni! Dari ceruk mana aku pun tak tau, tiba-tiba je boleh cakap macam tu. Apa lagi aku pun check satu persatu satu info, pics, friend list mamat ni. Tengok muka memang boleh tahan, tapi apalah sangat ada pada rupa, dah tua kerepot juga, ye dok!


Most of his friends is girls.. Aku rasa kawan lelaki dia ada la dalam 4 atau 5 orang je.. Ceh, mulut manis je lebih. Start situ aku dah leh detect mamat ni tak boleh dipercayai. On the spot aku say bye bye and removed out dia dari friend list aku. DONE~


So, apa yang aku nak nyatakan di sini...


Berkawan itu boleh, tapi kena bijak dalam memilih kawan. APatah lagi di ruangan interaksi sosial macam facebook, tagged, myspace, chat, etc. Kena hati-hati. Nak upload gambo cun, pic hensem bukan susah skang ni. Google je di mana-mana boleh jumpa, upload then ngaku pic tu diri sendiri punyer, atas tujuan nak tackle orang len. Apa daaa~~


Lagi satu, tak payahlah mudah sangat termakan puji. Apatah lagu pujian yang senang je diucapkan dari seseorang yang berlainan jantina, "awak ni hansem la" "cantiknya awk ni!" "pertama kali dalam sejarah abad ini saya berjumpa dengan gadis sejelita awk". Pe tuihhh.... Apa tuh!! Nak puji orang pu biar la logik sikit, tak perlu hiperbola sangat,tak yah la sampai nampak beno nipunyer...


" Pujian yang mudah diujarkan kepada seorang wanita ada tipu daya yang nyata dari bibir seorang lelaki".


Aku yakin lelaki yang sukar menyatakan dengan kata-kata tapi menunjukkan kesungguhan dari perbuatannya adalah lebih diyakini dan boleh dipercayai...


Last but NOT least..


Better kita jauhkan diri dengan manusia macam itu. Kalau tidak boleh hanyut dibuatnya..hehu~



katakan like jika best ya!

4 comments:

Muna rahimah said...

Muna pun selalu kene camni tau . laki bagi mesej . erk !

Zakia said...

ye betul tu, kwn aku pun hmpir kene tipu dgn kwn fb. dgn org luar negara lak tu...konon nya dia nk bagi barang kat kwn aku, smpai brang kat imigresen org yg hntr tu call suh byr RM1000. nsib bek aku dh suruh kwn aku report polis dulu takut2 die hntr dadah..sekrang ni mcm2.sibuk pasal kes keldai dadah...apepun, wanita2 diluar sana tu kene hati2 k..maaf komen panjang sgt :P

Nabiel said...

hehehe..
biel xpnah puji pmpn cmtuh klu nk bkwn ngan dia..ika sndri pn tau kn?hehehe..
pujian2 cmtuh dh lapok la..hahaha
klu nk bkwn ikhlas,tk prlu sbnrnye puji2 tuh..ckp trus trg jek..hehehe

Kyuubi said...

x semua lelaki mcm tu. dan betulkan aku kalau aku kta perempuan pun ada yg mcm tu gak. apa yg penting, dalam laman seperti facebook ke twitter ke, mmg semua x boleh dipercayai.