Tabung Masa Depan

Monday, November 28, 2011

RAHSIA di sebalik Wanita dan Cermin



"Wanita dan cermin tidak boleh dipisahkan, kerana dari cermin itu lahirlah keyakinan dirinya sebagai seorang wanita."


Secara semula jadi, wanita merupakan insan yang amat menitik beratkan penampilan dirinya. Sebab itulah, jika sebut tentang wanita, maka tidak boleh lari dengan cermin. Dengan cerminlah, wanita melihat rupa paras, kecantikan, keyakinan di sebalik diri mereka. Maka tidak hairanlah pepatah Arab menyatakan "Al-Mar'atul Mir'ah" (Wanita itu adalah cermin).




Walau bagaimanapun, cermin juga akan mengundang perkara yang boleh membuatkan wanita menjadi murung, runsing, tidak gembira, stress dan akhirnya boleh memberi kesan yang tidak baik untuk mereka. Jadi, mari sama-sama kita lihat apakah  rahsia yang tersirat di sebalik cermin sebenarnya.



Cermin dan penampilan

Dengan cermin wanita dapat memilih, mengatur dan menilai sejauh mana tahap penampilannya. Sebab itulah, pergi ke mana-mana sahaja, pastinya wanita akan melihat cermin untuk memastikan penampilannya kemas dan sesempurna yang diinginkan. Dengan cermin juga, wanita akan bertambah yakin untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja. Namun, jika terlalu kemaruk dengan apa yang anda lihat di cermin, khuatir akan menyebabkan seseorang wanita jadi 'over' dengan penampilan yang dipilih biarpun sebenarnya kelihatan sangat pelik, tidak sesuai malah menjengkelkan. Sebagai saranan, mintalah pendapat orang sekeliling tentang penampilan anda juga, Jangan terlalu percayakan apa yang dilihat, kerana khuatir ada juga kelemahannya.


Cermin dan kegembiraan

Cermin memberi kepuasan kepada wanita. Kalau bersiap dan berdandan tanpa cermin, rasanya diri ini bagaikan serba tidak kena. Biarpun orang kata' ok', wanita tetap berasa ragu-ragu dengan dirinya. Apabila kepuasan diri wanita tercapai, secara tak langsung wanita akan lebih gembira dengan apa yang dilihatnya. Biarlah apa kata orang pun, janji sebelum ke mana-mana, cerminlah perkara terakhir yang perlu ditatap sebelum keluar rumah, semasa di pusat membeli belah mahupun di sepanjang jalan, cermin tetap menjadi tumpuan diri wanita. Tetapi, apabila cermin menjadi keperluan, sekali tiada cermin, mulalah wanita rasa gelisah. Kesannya, wanita jadi terlalu bergantung pada cermin, tak ada cermin, rasa tak yakin dengan diri, rasa mekap tak cantik, tudung tak kemas dan macam-macam lagi. Mulalah sikit-sikit tanya member sebelah 'ok' ke tak sampai member tu pun naik rimas. Itulah payahnya kalau asyik nak melekat dengan cermin je.


Cermin dan Kerunsingan

Kadangkala, wanita akan menjadi kecewa selepas melihat dirinya di hadapan cermin. Masalah rupa paras, bentuk tubuh badan, cara berpakaian, cara merias wajah, masalah kecantikan dan sebagainya memberi kesan negatif wanita terhadap dirinya. Bayangkanlah apa perasaan seorang wanita apabila melihat terdapat kesan comot di baju, ataupun tumbuhnya jerawat di muka atau tubuh yang semakin berisi tanpa diduga,sudah  pasti hati mereka tak senang duduk dibuatnya. Oleh itu, jika wanita terlalu obses dengan cermin, wanita juga akan merana kerana masalah mereka dengan diri sendiri. Sebagai saranan, apabila menyedari diri berhadapan masalah seperti tadi, kawal emosi dan kuatkan keyakinan untuk menerima diri seadanya. Lebih baik tengok cermin tu sekadar seadanya. Kalau tidak, semakin lama menatap depan cermin, semakin banyak kekurangan diri yang kita nampak. Akhirnya, cermin pula yang membuatkan diri semakin 'down'.


Cermin dan Penipuan

Awas, cermin juga penuh muslihatnya. Kalau tidak kuat semangat dan tidak sedar diri, boleh goyah iman, runtuh keberanian, hilang keyakinan, malah memberi tekanan. Mana tidaknya, kerana cermin, wanita menjadi terlalu yakin apa yang dilihat, sedangkan kadang-kadang tidak nampak mana satu kenyataan, mana satu kebenaran. Cermin boleh memberi kesan yang mendalam terhadap psikologi dan emosi manusia. Contoh, apabila wanita merasakan dirinya terlalu gemuk di hadapan cermin, sehingga berasa risau dan tentu hala, sedangkan hakikatnya tak adalah seteruk mana. Lagi satu, cermin ini pun ada macam-macam 'pattern'. Ada yang nampak cermin tu kurus, tinggi, lebar. Kalau tersalah anggap boleh terpedaya. Kadang-kadang, cermin itu boleh buat wanita berkhayal, sehingga nampak benda yang tak ada. Perkara ini nyata terjadi dalam sebilangan besar wanita. Oleh sebab itu, janganlah suka membelek diri di hadapan cermin lama-lama, takut lain yang dipakai, lain pula yang dinampaknya.



Sebab itulah sebaik-baiknya, bila memandang diri ke dalam cermin, bacalah Bismillah, ataupun sebaik-baiknya bacalah doa ketika memandang cermin. Semoga mata kita tidak terpedaya dengan apa yang kita pandang, dan apa yang kita lihat dan apa yang dipakai memperoleh keberkatan serta dijauhi daripada tipu daya syaitan, InsyaAllah.









katakan like jika best ya!

6 comments:

lina said...

nuruuuuuuuuul..

seksi gambar tu,hehe

post yang baik, keep it up

cik QT said...

huhuhu...selamat la atie ni bukan giler cermin...sbb kes sedor diri..hehe
:P
tetibe terigt org y jenis suke bwk cermin ke hulu ke hilir...ish2..

Nabiel said...

hehehe..pmpn dgn cermin mmg tk dpt dipisahkan kn ika?
pntg nmpk cermin,ade saje yg nk dibetulkn~even nmpk dkt spek itam bf dia pn,dia bleh btlkan tudung dia..hahaha

Zura said...

nasib xde cermin sakti..

Asningtiyas Nasdja Putri said...

wahhhhh.. :D

EpoLįƒ¦Kekunangpelangi said...

Asal kemas dan sedap mata memandang, pun sudah cukup. Kan cikgu Ieqa? :)