Tabung Masa Depan

Tuesday, June 5, 2012

Andai dia bukan untukku..

Assalamualaikum..


Hujung minggu lepas sangat sibuk dengan majlis perkahwinan Abang saudaraku, Abang Da di Rantau, Negeri Sembilan. Tahniahla akhirnya bertemu jua jodohnya.. Alhamdulillah.. Semoga aku pun dapat mengikut jejaknya membina masjidku jua, Amiinn



Ingin aku kongsikan sebuah kisah, mudah-mudahan menjadi iktibar bagi sesiapa yang membacanya...


"Jika bukan jodoh, sejauh mana kau menghampirinya, sekuat mana kau memegangnya.. namun dia tetap berpaling daripadamu, dan segala yang berlaku telah ditentukan Yang Maha Esa"


Dia senior, aku junior.. Semua orang mengenalinya sebagai seorang lelaki yang baik.. Pernah membina cinta, namun kecundang di pertengahan apabila si dia berpaling hati kepada yang lebih diinginkannya..


Akhirnya ditakdirkan dia dan aku bertemu dan berkenalan, biarpun hanya berhubung dengan sms.. Tetapi hakikatnya, jika bersua di tengah jalan, seolah-olah tidak pernah kenal.. Hanya berlalu pergi..


Mungkin tiada jodoh, dan hatiku kosong bila dengannya, maka aku dan dia semakin sibuk dengan dunia masing-masing. Dia juga sudaj bertemu yang lain..


Entah macam mana, setelah sekian lama bertahun-tahun tidak berhubung apatah lagi setelah dia telah berposting, tiba-tiba dia berhubung kembali denganku. Pelik! Sebagai kawan, aku rasa tiada masalah untuk bertukar kata. Tapi peliknya, dia ni macam desperate, beria-ria untuk meluahkan hati ber'kahwin' denganku.


Aku tergelak sendiri. Gila ke? Tak hujan tak ada ribut, alih-alih datang balik dalam hidup aku then minta macam itu. Apa lagi, aku uji dia dengan soalan-soalan killer..  Akhirnya, aku tergerak jugak hati nak tanya pendapat emak, dan dua orang sahabatku. Memandangkan dia itu dikenali, dan dia juga dipandang baik, mereka mencadangkan padaku agar cuba berkawan dahulu. Aku cuba belajar untuk mengenali dan menerima dia seadanya, jika memang benar dia ditakdirkan untuk aku.





Tapi dalam masa yang sama, hati aku seolah-olah tak tenang, tak redha, tak terima untuk menerima dia. Hati aku kosong untuknya.. Aku mengadu dan bermohon kepada Allah, aku buat solat istikharah.. Aku meminta pada Maha Esa..


Jika memang benar dialah jodoh yang terbaik yang telah KAU tetapkan untukku Ya Allah, maka teguhkanlah hatiku baginya, dan lembutkan diriku untuk belajar menerima dia seadanya.. dan begitu jua dirinya, jika memang benar aku adalah untuk dirinya, maka teguhkan hatinya, kuatkan imannya dan berikan dia keyakinan untuk bersamaku. Namun, jika sebaliknya, Ya Allah, kau jauhkan hatiku dengan hatinya, dan palingkan dirinya daripadaku akan pandangannya mahupun rasa hatinya jauh daripadaku. Dan dengan rahmat dan kasih sayang-Mu Ya Allah, peliharalah hatiku ini agar ianya dilindungi, agar hati ini hanya untuk seseorang yang berhak memilikinya. Semoga kau hampirkan jodoh yang sebaik-baiknya untukku dan gerakkanlah hatinya untuk mencari diriku.. Hanya padaMu ke bermohon.. Aminn...


Aku cuba istiqamah dan alhamdulillah, Allah membantu meringankan hatiku. Hanya kerana satu permintaan, untuk dia berkawan dengan emakku, semenjak itu dia seolah-olah tidak yakin untuk bersamaku. Alasan yang paling kelakar, dia kata tak ada duit.. Setahu aku, aku tak pernah minta dia kahwin dengan aku.. Aku cuma nak emakku tahu dengan siapa aku berkawan, sekurang-kurangnya aku dapat tahu sama ada dia tulus atau sebaliknya. Semenjak hari itu, aku dan dia semakin jauh, semakin tidak berhubung lagi.


Dan hari ini, bila aku lihat di wall facebook dia, dia dah 'in relationship with...'. Baguslah dia sudah bertemu dengan seorang yang terbaik untuknya. Biarpun aku masih sendiri lagi, namun aku bersyukur Allah memberiku petunjuk agar aku tidak membuat kesilapan untuk seluruh hidupku ini.. Alhamdulillah..



katakan like jika best ya!

4 comments:

Aisumi Chan Kawa'i said...

sebaiknya berdoa kan yang? :)

Yuni Aisyah said...

rindunyer kat ieqa....ingt lg x kt yuni.??hehe...

best bace cter ieqa nie....bkenaan jodoh jgn la kte risau yg dear...insyaALLAH andai tiba masanya ALLAH akn permudahkan dengan pelbagai cara....yakinlah denganNYA....pape pon skrg nie...singel lebih baik dr bercinta. :^_^

Ieqa Swetluv said...

Aisumi Chan Kawa'i ~

yup dear.. insyaAllah mudah2an Allah permudahkanlah kita bertemu jodoh kita kan ! hee

Ieqa Swetluv said...

Yuni Aisyah~

yuni rindu gak kat yuni huhu!!! itulah.. sekadar perkongsian pengalaman je thanks yuni ^_^