Tabung Masa Depan

Friday, March 8, 2013

Aliran Transformasi Generatif




            Selepas aliran struktural, timbul pula satu aliran baru dalam tahun 1950-an iaitu aliran Transformasi Generatif. Pelopor aliran ini ialah Noam Chomsky dengan bukunya ‘Syntactic Structures’ (1957) dan ‘Aspects of the Theory of Syntax’ (1965).

Noam Chomsky


            Kajian Transformasi Generatif dibuat berasaskan kenyataan bahawa seseorang penutur natif (jati) sesuatu bahasa berkebolehan membentuk dan memahami pertuturan yang belum pernah didengar kerana mereka dilahirkan dengan kemampuan semula jadi untuk berbahasa. Kemampuan ini merupakan pengetahuan mengenai rumus-rumus tatabahasa bagi bahasa tersebut. Jadi analisis transformasi generatif bertujuan membentuk rumus-rumus sesuatu bahasa dengan lengkap berdasarkan pengetahuan penutur natif sesuatu bahasa. Rumus-rumus yang disediakan itu akan membolehkan orang lain yang tidak tahu bahasa itu membentuk ayat-ayat dalam bahasa berkenaan. Rumus-rumus yang dimaksudkan itu ialah rumus-rumus struktur frasa dan rumus-rumus transformasi.Seseorang penutur natif sesuatu bahasa berkebolehan untuk membentuk dan memahami pertuturan yang belum pernah didengar oleh mereka kerana mereka dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa.Kecekapan tersebut termasuklah pengetahuan tentang rumus tatabahasa bahasa tersebut.
        Teori ini dikaitkan dengan penguasaan bahasa pertama. Implikasinya, seorang guru bahasa sepatutnya membentuk kecekapan (competence) bahasa seseorang murid daripada mementingkan perlakuan bahasanya sahaja.Latih tubi amat penting dalam pengajaran tatabahasa untuk membentuk perlakuan bahasa yang diingini.Guru perlu menyelaraskan perlakuan bahasa dengan kecekapan murid untuk menjadikan pengajaran lebih berkesan.
            Latih tubi penting untuk menghasilkan struktur bahasa yang baik dan kecekapan hanya akan tercapai apabila pelajar dapat menggunakan struktur bahasa yang betul dalam hubungan sosial mereka. Oleh itu dalam aktiviti pengajaran bahasa guru perlu menggalakkkan pelajar menghasilkan pertuturan yang baru dan tidak hanya mengulang apa yang telah dihafaz. Teori ini menganggap semua kanak-kanak telah dianugerahkan dengan kebolehan semula jadi untuk berbahasa dan mereka boleh membentuk ayat-ayat yang belum pernah digunakan oleh mereka dan pelajar perlu diberi peluang untuk membentuk ayat-ayat-mereka sendiri. 
            Kebolehan pelajar mencipta satu kebolehan yang baru bergantung kepada jumlah pengetahuan tentang undang-undang bahasa yang ada pada mereka untuk menghuraikan pertuturan itu.  Setiap perkembangan bahasa pertama kanak-kanak merupakan hipotesis terhadap pertuturannya dengan ahli masyarakat yang lain dan hipotesis itu dicuba dalam situasi yang lain.Kesalahan-kesalahan yang dibuat dan dibetulkan oleh ahli masyarakat akan menolongnya memperkuh undang-undang bahasa dalam otak mereka. Pengajaran tatabahasa guru perlu mengajarkan ayat-ayat dasar terlebih dahulu selepas itu diikuti dengan ayat tranformasi yang disusun mengikut susunan susah senangnya.

Secara ringkasnya, teori ini menekankan:

Penutur jati- guna bahasa pelbagai keadaan, bersifat sejagat dan kreatif.
Ayat- struktur dalaman dan permukaan, boleh dihuraikan dan difahami.
Pengetahuan bahasa- satu fenomena mental-kecekapan semula jadi.
Bahasa- sistem tentang rumus-rumus bahasa
Binaan ayat- hubungan erat elemen menggunakan simbol atau rumus -> analisis nahu





katakan like jika best ya!

No comments: