Tabung Masa Depan

Friday, March 8, 2013

Teori Fungsional (Pragmatik)




            Teori ini berkembang dalam tahun 1960-an dan 70-an. Ahli-ahli bahasa fungsional iaitu Halliday dan Wilkins, bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi struktur malahan mereka juga memberikan perhatian terhadap fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Tegasnya, kajian bahasa bukan semata-mata tertumpu kepada bentuk-bentuk bahasa bahkan juga terhadap perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi. Ahli-ahli bahasa fungsional mempunyai anggapan tertentu tentang bahasa, antara lainnya:

Sistem bahasa yang digunakan oleh masyarakat untuk berkomunikasi bukan merupakan satu sistem yang tertutup dan statik sebaliknya terbuka dan dinamis.

Asas elemen-elemen dalam struktur bahasa ialah semantik dan bukannya hubungan
sintaksis.

Oleh sebab bahasa tidak statik, maka terdapat variasi dalam penggunaan bahasa. Variasi
bahasa ini timbul disebabkan tuntutan sesuatu situasi sosial.

Sebagai alat perhubungan, fungsi bahasa bukan setakat untuk menggambarkan fikiran
tetapi juga dapat menggambarkan penuturnya.




katakan like jika best ya!

No comments: