Tabung Masa Depan

Friday, March 8, 2013

Cara-cara Menyusun Portfolio Praktikum IPG


Assalamualaikum wbt.


Kali ini Ieqa nak berkongsi dengan rakan-rakan yang pastinya agar keliru dengan cara penyusunan portfolio yang betul ketika berpraktikum di sekolah. Jangan risau, selagi kita mengikut kehendak unit praktikum seperti mana yang telah dilampirkan bersama buku panduan praktikum, insyaAllah penyusunan portfolio anda tidak menjadi masalah.

Mula-mula, belilah folder 2D Ring File yang warna putih tu.Untuk nampak lebih cantik dan kemas, sampullah dengan kertas pembalut hadiah, supaya bahagian luar portfolio kita memberikan 'good impression' pada orang yang melihatnya. Bagi Ieqa, untuk memudahkan penyusunan portfolio, Ieqa telah membahagikan kepada beberapa subtajuk supaya mudah dirujuk:

Letakkan helaian paling utama di hadapan sebelum subtajuk portfolio iaitu:
 - Borang Pemantauan Kekerapan Penyeliaan Praktikum
 - Borang Kehadiran Praktikum
 - Jadual P&P guru

Tujuannya ialah untuk memudahkan kita meminta tanda tangan pensyarah ketika menyelia kita. Maklumlah, pensyarah ini ramai pelajar yang hendak diselia, bukan kita seorang je. Takut dia terlepas pandang pula untuk tanda tangan borang rekod penyeliaan nanti.

Kemudian, letakkan helaian kandungan portfolio. Hal ini akan memudahkan guru pelatih untuk rujukan dan pemantauan pensyarah nanti. Segala bahan perlulah dimasukkan dan disusun mengikut subtajuk berikut:


1   . Biodata Guru Pelatih
2   . Pengetahuan Baru
3   . Maklumat Sekolah
4   . Penulisan Jurnal
5   . Rekod P&P dan Penambahbaikan
6   . Hasil Kerja Harian
7   . Inovasi Pedagogi
8   . Refleksi Kokurikulum
9   . Borang Penyeliaan
10 . Bukti Dokumen dan perlaksanaan
11 . Pengajaran Berpasangan
12 . Rekod Penilaian Murid
13 . Lampiran


Sekiranya ada apa-apa permasalahan, jangan malu jangan segan untuk bertanya. InsyaAllah selagi mampu Ieqa akan membantu. Sayonara!


katakan like jika best ya!

No comments: