Tabung Masa Depan

Friday, March 8, 2013

Teori Kognitif dalam Teori Pemerolehan Bahasa



Konsep Teori Kognitif


            Teori Kognitif telah dikembangkan oleh seorang psikologis Swiss pada sekitar tahun 1896-1980, iaitu Jean Piaget. Menurut Abd Aziz Talib (2000), teori kognitif ini berkait rapat dengan perkembangan mental. Teori ini memandang pembelajaran bahasa sebagai satu kebolehan khas manusia secara semulajadi. Teori ini menekankan kefahaman struktur bahasa yang dipelajari kerana dipercayai bahawa pengetahuan tentang pemahaman struktur bahasa itu yang memudahkan pembelajaran dan penguasaan bahasa tersebut. Teori ini turut menekankan pentingnya proses pemikiran dalam pembelajaran dan memberi perhatian kepada pengaruh faktor dalaman dalam pembelajaran.
            Antara ahli psikologi kognitif yang terkenal termasuklah Jerome Brunner, David Ausubel dan Jean Piaget. Kerja mereka mempunyai hubungan langsung dengan pembelajaran di bilik darjah. Teori dan penyelidikan mereka bertumpu kepada kajian terhadap bagaimana maklumat di proses dalam otak semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.


Jean Piaget : Perkembangan Kognitif


            Teori Piaget telah mengemukakan bahawa terdapat empat peringkat perkembangan pemikiran;

1)Kesedaran deria motor
Tahap kesedaran deria motor ini melibatkan kanak-kanak yang berusia satu hari sehinggalah umurnya mencecah dua tahun. Dalam tahap ini, kanak-kanak mampu untuk membentuk skema bahasa dan struktur kognitif mereka sendiri. Mereka turut membentuk simbolik bahasa mereka yang tersendiri.

2)    Pemikiran praoperasional
Pemikiran praoperasional ini pula berlaku pada tahap umur mereka dua tahun sehinggalah menceceah tujuh tahun. Pada tahap ini, penguasaan bahasa mereka semakin berkembang dan berlakunya pertambahan kosa kata dalam pembelajaran bahasa seiring dengan perkembangan bahasa mereka.

3)    Pemikiran konkrit
Pada usia mereka mencecah tujuh tahun sehinggalah dua belas tahun, kanak-kanak ini sudah mampu untuk menguasai kemahiran hukum pengekalan, konsep perhubungan, pengkategorian dan juga persirian dalam pembelajaran mereka. Pada usia ini, pembelajaran mereka menjadi semakin berkembang.

4)    Pemikiran formal
Pemikiran formal ini terjadi pada usia dua belas tahun keatas. Mereka menjadi lebih matang dan mampu berfikir dengan lebih rasional. Ini seiring dengan kebolehan mereka untuk menyelesaikan masalah yang lebih abstrak berikutan dengan perkembangan mental dan kematangan akal fikiran.





katakan like jika best ya!

No comments: