Konsep Teori Interaksionalis
Teori Interaksionalis telah
dipelopori oleh Halliday. Perkembangan teori ini telah berlaku sekitar tahun
enam puluhan dan tujuh puluhan. Antara ahli-ahli bahasa yang turut menunjangi
teori ini adalah seperti Bloom (1979), Bowennan (1973-1976) dan juga Grommer
(1976). Mereka bersependapat bahawa kebolehan kognitif sahaja tidak boleh
menjelaskan penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak itu. Ini berikutan dengan
kemahiran kognitif kanak-kanak yang hanya membolehkan mereka mentafsir makna
tetapi tidak menjamin tafsiran tersebut boleh dinyatakan atau dilahirkan dalam
bentuk bahasa.
Menurut pandangan ahli-ahli
interaksionalis, kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik bagi
menggambarkan bentuk linguistik yang jelas dan tepat. Mereka juga menganggap
bahawa penyampaian semantik (makna) adalah penting, dan harus berjalan
seiringan dengan struktur bahasa agar para pelajar dapat menggunakan sistem
bahasa dengan betul.
Teori Interaksionalis memandang
pembelajaran bahasa sebagai alat interaksi dan proses ini melibatkan mental dan
liguistik. Teori ini turut menekankan pentingnya proses pembentukan hipotesis
mengenai undang-undang bahasa dalam sesuatu pembelajaran itu. Seseorang pelajar
harus boleh menggunakan struktur-struktur bahasa dengan betul terutamanya dari
segi tatabahasa dan makna. Ini adalah penting bagi membolehkan mereka
berkomunikasi dalam masyarakat dengan baik dan berkesan. Guru-guru disarankan supaya memberi banyak
latihan kepada murid-murid.
Prinsip-Prinsip Aliran Interaksionalis
Prinsip Pertama, makna adalah lebih
diutamakan dalam setiap komunikasi bahasa. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa, sama ada pembelajaran penting. Pembelajaran bahasa bukan
hanya secara strukturalnya sahaja,
tetapi apa yang lebih penting ialah belajar untuk
berinteraksi.
Dalam prinsip kedua, Pembelajaran
bahasa merupakan proses mental dan linguistik. Dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa, bahasa yang
dituturkan dan makna yang dimaksudkan mempunyai
hubungan yang rapat. Teori Interaksionalis ini mementingkan kedua-dua unsur
iaitu makna dan juga struktur bahasa.
Seterusnya, prinsip ketiga
menyatakan bahawa teori ini menekankan penumpuan terhadap aktiviti-aktiviti
yang bermakna. Jika guru dapat menyampaikan pengajaran dalam bentuk-bentuk
aktiviti yang bermakna, maka para pelajar akan dapat menggunakan bahasa itu
dengan lancar dan fasih.
katakan like jika best ya!
2 comments:
thanks byk membantu ;)
tq..byk mmbantu
Post a Comment