Aliran tradisional dalam kajian bahasa telah bermula
sejak zaman silam yunani,iaitu kira-kira pada abad ke-5 sebelum masihi.Pada
zaman itu,kajian bahasa merupakan cabang falsafah yang dapat membantu ahli-ahli
falsafah yunani menyelidiki tabii alam.Dari yunani deskripsi bahasa tradisional
berkembang ke Eropah pada zaman pertengahan
dan akhirnya meresap ke dalam beberapa bahasa penduduk asal di situ. Deskripsi
bahasa yang dibuat oleh ahli-ahli falsafah yunani berasaskan logika.Plato
umpamanya,telah membahagikan golongan kata kepada dua,iaitu nama dan
perbuatan.Nama ditakrifkan sebagai kata yang dapat berfungsi sebagai subjek
dalam ayat,manakala perbuatan pula membayangkan tindakan.
Secara ringkasnya, teori ini menekankan 4 perkara utama:
•Kajian- bentuk tulisan, bersifat deduktif
•bahasa boleh berkembang- setiap bahasa ada
bahasa induk
•bersifat sejagat(Yunani+Latin)
•mementingkan hukum bahasa- menetapkan golongan
kata
->kata nama, kata sifat dan kata kerja
katakan like jika best ya!
No comments:
Post a Comment