Tabung Masa Depan

Thursday, May 30, 2013

Nota BMM 3107- Pengantar Linguistik



Pengkajian tentang ilmu linguistik merupakan salah satu bidang dimana kajian ini bukan sahaja dijalankan di Malaysia, bahkan di serata dunia . Pakar-pakar linguistik menganggap bahawa kajian berkaitan linguistik adalah sangat penting kerana bidang ini berkaitan dengan bahasa komunikasi manusia. Bidang linguistik boleh dikaji menerusi tiga cabang iaitu linguistik deskriptif, linguistik sejarawi serta linguistik perbandingan.





Dalam Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, linguistik boleh didefinisikan sebagai kajian saintifik tentang bahasa. Linguistik juga diterjemahkan sebagai suatu sains yang mengkaji bahasa (Abdullah Hassan, 1984). Linguistik ialah pengkajian sains mengenai bahasa kerana linguistik memenuhi syarat yang diperlukan seperti pengkajian sains yang lain. Linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan empirikal berdasarkan sesuatu yang dilihat, dirasa, didengar.


Secara umumnya, keenam-enam struktur linguistik Bahasa Melayu mempunyai pendefinisian yang berbeza antara satu sama lain. Perbandingan definisi struktur bahasa boleh dilihat menerusi kajian fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, pragmatik dan analisis wacana dalam sesebuah bahasa. Struktur ini akan memberi peraturan dan kaedah penggunaan dalam sesebuah bahasa. Berikut adalah definisi ringkas struktur-struktur linguistik dan kajian yang berkaitan dengan bahasa.


Struktur Linguistik
Definisi Ringkas
Fonologi
Ciri-ciri bunyi bahasa, cara terjadi dan fungsinya dalam   sistem kebahasaan.
Morfologi
Struktur kata, bahagiannya dan cara pembentukannya.
Sintaksis
Hubungan antara satu kata dengan kata lain, dan cara  hingga menjadi satuan ujaran.
Semantik
Makna bahasa sama ada yang bersifat leksikal, gramatikal  ataupun konteks.
Pragmatik
Kajian yang berkaitan dengan penentuan hubungan antara simbol dan cara penggunaan simbol tersebut.
Analisis Wacana
Unit tertinggi dalam bahasa yang melebihi batas ayat.





katakan like jika best ya!

2 comments:

senoipraaq said...

Salam, saya ada masalah tentan kerja kursus BM 3107,Bm3108,Bm3109 dan Bm3110.Email or call saya, saya sedia membantu anda. call me 0139791552

senoipraaq said...

ok saya akan singgah lagi