Tabung Masa Depan

Thursday, May 30, 2013

Nota BMM3106- Langkah-langkah Khusus dalam Pengelolaan Sesi Pemulihan Kelas Biasa.



Guru yang baik haruslah mengenali dan mengetahui tahap pencapaian dan kemahiran murid mereka dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran(P&P) di dalam kelas. Sekiranya terdapat murid yang lemah ataupun kurang memahami sesebuah pengajaran, di sinilah fungsi guru untuk mengambil tindakan seterusnya iaitu memberi pemulihan yang sesuai bagi mereka. Murid sebegini hanya memerlukan pemulihan di dalam bilik darjah dalam topik pembelajaran yang mereka tidak fahami sahaja.





Terdapat beberapa langkah khusus dalam pengelolaan sesi pemulihan dalam kelas biasa.


1. Pengenalpastian murid

Dalam langkah ini, guru hendaklah mengesan murid-murid yang lemah dalam P&P serta memerlukan pengajaran pemulihan. Cara mengesan masalah-masalah pembelajaran boleh dilihat melalui :

a. Memerhati murid-murid belajar.
b. Temuramah-interaksi dengan murid.
c. Menganalisa hasil kerja bertulis murid
d. Menggunakan ujian saringan untuk mengasingkan kumpulan murid lambat , sederhana dan cerdas.


2. Penganalisisan Murid

Langkah kedua ini bertujuan agar guru dapat menganalisa dan meneliti masalah-masalah yang sedang dihadapi oleh pelajar dalam proses P&P di dalam kelas. Lazimnya, guru akan menggunakan ujian diagnostik bagi menentukan punca kelemahan murid selepas sesebuah P&P dijalankan. Ujian diagnostik bertulis boleh dijalankan dalam bentuk objektif atau subjektif.


3. Perancangan

Setelah berjaya mengenal pasti murid dan masalah yang mereka hadapi, guru hendaklah merancang program pemulihan berdasarkan punca-punca kelemahan pembelajaran mereka. Bagi merancang sesebuah program pemulihan secara efektif, guru haruslah mematuhi beberapa prinsip asas pengajaran pemulihan iaitu;

- Aktiviti P&P harus ditumpukan kepada bidang kelemahan yang telah terkesan.
- Langkah penyampaian haruslah dikembangkan daripada konkrit kepada abstrak, mudah kepada sukar berdasarkan pengalaman dan kebolehan murid.
- Pelbagai jenis alat bantu mengajar(ABM) boleh digunakan bagi merangsang pemahaman murid dalam proses pembelajaran.
- Semua simbol dan istilah harus dikaitkan dengan pengalaman murid atau ABM agar murid dapat mengesan kesilapan yang telah dilakukan dahulu.
- Latihan bertulis diberikan kepada murid selepas pengajaran guru bagi proses pengukuhan serta menambah keyakinan murid .
- Aktiviti penilaian perlu diberikan kepada murid selepas aktiviti pengukuhan bagi mengukur tahap pencapaian dan kemajuan murid serta melihat objektif pengajaran tercapai atau tidak. Antara aktiviti penilaian yang boleh dilakukan ialah soalan jenis bertulis. 


4. Pengajaran

Langkah seterusnya ialah melaksanakan pengajaran pemulihan yang telah dirancang. Lazimnya pengajaran pemulihan dijalankan di kelas biasa ketika murid-murid lain membuat latihan atau menjalankan latihan pengayaan serta menfokuskan pada pengajaran atau kemahiran tertentu. Masa yang diperuntukkan biasanya ialah 10 hingga 15 minit. 


5. Penilaian

Selepas menjalankan sesebuah proses pengajaran pemulihan, guru boleh membuat penilaian semasa murid-murid yang bermasalah menjalankan aktiviti dalam kelas biasa atau semasa memeriksa kerja latihan pemulihan murid-murid.

Segala keputusan penilaian akan direkodkan dalam rekod profil murid. Kemudian, guru akan menganalisa pencapaian aktiviti pengajaran pemulihannya. Sekiranya murid yang menyertai program ini berjaya, maka murid tersebut boleh ditempatkan semula dalam kumpulan yang sesuai. Akan tetapi, jika didapati masih ada lagi murid yang masih belum menguasai kemahiran yang diharapkan, murid tersebut boleh diajar sekali lagi (bagi kes ringan) atau dirujuk kepada guru penilaian( bagi kes berat).


6. Tindakan Susulan

Setelah seseorang murid telah menguasai kemahiran yang ditetapkan dalam kelas pemulihan, murid tersebut hendaklah diberi aktiviti sokongan, aktiviti pengayaan atau aktiviti pengukuhan berdasarkan maklum balas daripada hasil penilaian. Tujuannya ialah untuk memastikan agar murid tersebut tidak mengalami masalah yang sama berulang kali. Aktiviti susulan ini juga dapat memupuk keyakinan diri murid serta semangat ingin mencuba dalam aktiviti pembelajaran mereka.
Berdasarkan hasil pengenal pastian dan rekod dalam boring yang digunakan ketika proses penilaian, guru dapat membuat analisis untuk menentukan sama ada murid tersebut menghadapi ‘kes berat’ atau ‘kes ringan’. Berdasarkan kepada rekod dalam boring tersebut, guru dapat membantu murid secara total dalam mengatasi masalah pembelajaran mereka serta mudah membimbing mereka dalam proses P&P.



katakan like jika best ya!

No comments: