Tabung Masa Depan

Thursday, May 30, 2013

Nota BMM 3111 : Langkah-langkah dalam Proses Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (Semantik)



Menurut Awang Sariyan ( 2002 ), pembinaan istilah Bahasa Melayu merupakan suatu usaha dalam menggubal istilah bagi mengisi peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, rasmi dan ilmu. Namun pembinaan istilah masa masa dahulu merupakan proses yang tidak kukuh di mana tidak terdapat sebarang pedoman yang boleh dijadikan rujukan sehingga diterbitkan buku Pedoman Umum pembentukan Istilah Bahasa Melayu. Dewan Bahasa Dan Pustaka, dalam buku Pedoman Umum pembentukan Istilah Bahasa Melayu (DBP, 1992), menggariskan tujuh langkah dalam proses pembentukan istilah.





Langkah-langkah tersebut ialah :

I. Penggunaan perkataan Bahasa Melayu yang lazim digunakan dan dikhususkan maknanya untuk mendukung makna istilahnya. Contohnya :


gaya
garis pusat
tapak
hasil keluaran
defisit
kuasa


II. Penggunaan perkataan dalam bahasa melayu yang kurang lazim digunakan. Contohnya :


peka
cerakin
mendap
hablur
jisim
ketuhar


III. Penggunaan perkataan bahasa serumpun ataupun dialek Melayu yang lazim digunakan. Contohnya :


gambut (Banjar)
nyeri (Sunda)
engkabang (Iban)
awet (Jawa)
dermaga (Jawa)
labur (N.Sembilan)



IV. Penggunaan perkataan bahasa serumpun atau dialek yang sudah tidak lazim digunakan. Contohnya :


dening (Kelantan)
riam (Johor)
engkabang (Iban)
nyeri (Sunda)



V. Perkataan atau istilah daripada Bahasa Inggeris. Contohnya :


atom - atom
electron-  elektron
professional - profesional
psychology - psikologi
structure - struktur



VI. Penggunaan perkataan atau istilah daripada bahasa lain. Istilah asing (ungkapan) tertentu yang sebutan dan ejaannya kekal dalam semua bahasa, digunakan juga dalam bahasa Melayu dengan syarat diberi garis bawah atau dicetak sendeng. Contohnya :


bona fide
esprit de corps
fait accompli
weltanschauung



VII. Pemilihan yang terbaik antara 1-6 di atas, jika terdapat beberapa kemungkinan. Dalam pembentukan istilah yang menggunakan ketujuh-tujuh cara di atas, ada empat syarat yang perlu dipatuhi iaitu :

a. Ungkapan yang paling singkat
b. Ungkapan yang maknanya tidak menyimpang
c. Ungkapan yang tidak berkonotasi buruk
d. Ungkapan yang sedap di dengar.




katakan like jika best ya!

10 comments:

n u r k a i s a h a t h i r a h said...

nota anda telah membantu saya TQ

Ieqa Swetluv said...

to @PinkylishesTheGameGirl ~

alhamdulillah =)

bmmeipgkbm said...

ota anda telah membantu saya TQ

Jeff_Muslimin said...

Nota anda juga sedikit sebanyak telah membantu saya.. terima kasih.

Jeff_Muslimin said...

Nota anda banyak membantu saya.. terima kasih..

Ieqa Swetluv said...

to @bmmeipgkbm~

sama2 ^_^

Ieqa Swetluv said...

to @Jeff_Muslimin~

sama2 ^_^

Anonymous said...

tq2 sgt mbantu sy :) wee update lg ye nnt

Anonymous said...

Mohon share. Terima kasih. :-)

Anonymous said...

Mohon share. Terima kasih.