Tabung Masa Depan

Thursday, May 30, 2013

Nota BMM 3112 : Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu (spot)



CIRI BAHASA KUNO

Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
Susunan ayat bersifat Melayu
Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
Bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)
Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat – niparwuat
Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)


BATU BERSURAT

Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)


TUJUAN DBP

Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan matlamat penyebaran dan pemasyarakatan istilah.
Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM, dan negara-negara lain.


MAKSUD BAHASA PENGANTAR

Bahasa yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara sebagai bahasa yang digunakan untuk sistem pendidikannya seperti bahasa Melayu di sekolah-sekolah kebangsaan, bahasa Cina di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil.
Bahasa-bahasa di atas, ini telah ditetapkan oleh Laporan Pelajaran Datuk Abdul Razak Hussein (1956) dan Laporan Pelajaran Datuk Abdul Rahman Talib (1960), sebagai bahasa pengantar.


FUNGSI BAHASA PENGANTAR

Bahasa Melayu di Malaysia juga memperlihatkan fungsinya sebagai bahasa pengantar lama sebelum dijadikan Bahasa Kebangsaan.
Bahasa Melayu di Malaysia menjadi bahasa pengantar antara kaum yang berbeza-beza.
Bahasa yang digunakan dalam perhubungan antara kaum terutama sekali orang-orang yang tidak mempunya pendidikan sekolah inggeris adalah Bahasa Melayu.
Orang-orang yang mahu berhubung dengan orang lain dari kaum lain, yang tidak mempunyai pengetahuan Bahasa Inggeris, maka bahasa yang menjadi alat perantaraan adalah Bahasa Melayu.
Antara orang-orang Cina, Melayu, India dan sebagainya, alat komunikasinya adalah Bahasa Inggeris jika kesemua pihak mengetahui Bahasa Inggeris, tetapi jika salah satu pihak atau kesemua pihak tidak mengetahui Bahasa Inggeris maka alat komunikasi antara kaum itu adalah Bahasa Melayu.


BAHASA PERPADUAN
Bahasa perpaduan ialah satu alat yang digunakan bagi menyatupadukan antara satu kaum dengan kaum yang lain.


FUNGSI BAHASA PERPADUAN
Peranan bahasa sebagai alat menyatupadukan bangsa tidak dapat dipertikaikan lagi. Sebagai contohnya,di India Bahasa inggeris dijadikan bahasa rasmi setelah berlaku pertikaian bilamana kaum Tamil telah menetang usaha-usaha untuk menjadikan bahasa hindi sebagai bahasa rasmi.
Bahasa Melayu menjadi bahasa pergaulan atau bahasa perhubungan di antara suku-suku bangsa diseluruh nusantara. Bahasa Melayu bukan setakat digunakan sebagai lingua franca malah bahasa yang menimba ilmu pengetahuan tinggi sejajar dengan bahasa-bahasa lain didunia.
Perlembagaan Brunei meletakkan asas yang penting bagi Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara yang bukan sahaja digunakan sebagai bahasa perpaduan rakyat tetapi juga dipakai dalam urusan rasmi negara.
Dewan bahasa dan pustaka Brunei berusaha menanamkan kesabaran di kalangan rakyat iaitu Bahasa Melayu adalah bahasas yang dapat dijadikan alat menyatupadukan fikiran, usaha dan fahaman dalam memperjuangkan kepentingan-kepentingan negara yang sedang giat membangun.


3.Aliran tatabahasa & penulis Tatabahasa Dewan (Nik Safiah Karim aliran TG)

ALIRAN TATABAHASA

ALIRAN TRADISIONAL ( Plato, Aristotle, Zaaba)
Aliran tradisional merupakan aliran terawal bagi historografi nahu Melayu.
Aliran ini menekan kepada aspek makna dan logika semata-mata.
Kita dapat lihat kepada acuan yang dibuat dalam penghasilan nahu ini.
Misalnya Za‟ba dalam Pelita Bahasa 1 dengan jelasnya menggolongkan nama mengikut makna.
Antara ciri-cirinya

o Huraian bahasa berdasarkan makna dan logika (menurut falsafah Yunani).
o Penguasaan bahasa tulisan lebih daripada bahasa lisan.
o Huraian aturan bahasa bersifat normatif dan preskriptif.
o Bersifat nasional iaitu bukan formal dan structural.
o Percampuran teori semantik dan gramatikKetiadaan pola contoh yang dijadikan dasar pembentukan pelbagai struktur
o Ketiadaan pemilihan dan pemeringkatan bahan-bahan yang disampaikan samaada gramatikal atau leksikal, sama ada berasaskan yang mudah atau yang kompleks, sama ada kekerapan dan kenyataan butir-butir itu boleh diajar atautidak.
o Ayat-ayat dibina menggunakan konsep „word building‟
o Dalam memerikan bahasa, aliran tradisional bersifat preskriptif, humanistik dan normatif.Ilmu falsafah dan logika menjadi teras pegangan.

ALIRAN STRUKTURAL (L.Bloomfield, Edward Sapir, Asmah Hj Omar)
Aliran struktural merupakan aliran yang membangkang aliran tradisional.
Linguistik di Barat berkembang dengan pesatnya.
Aliran ini begitu menekan kepada unsur dalamsesuatu bahasa. Setiap unsur dikaji secara mendalam mengikut sistem bahasa.
Bukti yang nyata ialah penggolongan kata kerja yang dibuat oleh Asmah Hj. Omar dalam buku.
Antara cirinya :
o Bahasa ialah pertuturan bukan tulisan.
o Bahasa ialah satu sistem. Sistem bahasa ialah arbitrari.
o Bahasa adalah untuk perhubungan

ALIRAN TRANSFORMATIF GENERATIF(TG) (Noam Chomsky, Nik Safiah Karim)
Nahu ini terkenal kerana percubaan pengasasnya Noam Chomsky (1957) yang memperkenalkan konsep struktur permukaan dan struktur dalaman.
Di samping itu,proses ayat yang ditransformasikan daripada satu struktur kepada satu struktur yangmemberi kelainan kepada nahu TG.
Aliran ini dilihat mengambil pendekatanpertengahan di antara nahu tradisional dan nahu struktural.
Antara tokoh-tokohnya ialah Arbak Othman, Nik Safiah Karim et al, Asraf, Abdullah Hassan, Mashudi Kader dan ramai lagi.
Kita dapat meneliti penggolongan kata yang dibuat oleh mereka hampir sama dan tidak banyak beza kecuali atas dasar pemerian masing-masing.



1. Ciri BM Klasik bdasarkan teks

Ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit.
Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang
Menggunakan bahasa istana
Menggunakan kosa kata klasik spt. ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) spt. sebermula, alkisah, hatta, adapun.
Banyak menggunakan partikel pun dan lah
Menggunakan aksara jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.
Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa seperti alam bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata umum.
Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti frasa ketahuilah olehmu (dari terjemahan I’lamL, maka kemudian daripada itu (dari Amma ba’du); atau pada ayat sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah daripada teks-teks bahasa Arab.
Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu spt. dalam bid ilmu Kalam, Tasawuf, ilmu Aqa’id al-Iman dan lain-lain. Ini berbeza dengan bahasa Melayu zaman kuno atau Hindu.


2.Tahap perkembangan tulisan jawi





Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui.Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganuyang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah,Kelantan, Perlis, dan Terengganu.

Pada zaman dahulu, tulisan jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi. Abjad Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi. Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 telah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu yang ditulis Jawi dan bahasa Inggeris.
Skrip Arab yang diadaptasikan oleh bahasa Melayu untuk pengejaannya seperti yang kita sedia maklum adalah dinamakan sebagai Skrip Jawi. Namun sehingga sekarang tidak dapat diketahui siapakah yang memberikan nama Jawi kepada skrip itu, namun dipetik dalam kamus R.J Wilkinson bahawa perkataan Jawi di dalam bahasa Melayu digunakan untuk pokok jawi-jawi atau jejawi dan juga beras jejawi yang berbeza dengan beras pulut, dan juga dengan makna kerbau atau lembu dalam bahasa Minangkabau. Tetapi apa yang jelas di sini nama Jawi tersebut tidak ada kaitan dengan tulisan tersebut.

*      Skrip tulisan jawi berasal daripada skrip Arab yang telah dibuat beberapa penyelesaian dan tambahan.Terdapat beberapa ciri tulisan Jawi yang menjadikan ianya unik. Skrip Jawi mengalami evolusi yang boleh dikategorikan kepada empat fasa. Setelah melalui empat fasa ini tulisan Jawi menjadi semakin mantap dan dapat disesuaikan dengan keadaan dan keperluan semasa.

*      Tulisan Jawi telah lama wujud dalam tamadun melayu disekitar gugusan kepulauan melayu iaitu sekitar abad ke 10 Masihi atau 3 Hijrah hingga kemaskini dan ia berasal daripada tulisan Arab.
Tulisan inilah yang membangunkan tamadun melayu dan pernah mendukung bangsa Melayu ke ambang tamadun Melayu moden pada masa kini.Tulisan rumi hanya wujud dalam tamadun melayu selepas perang dunia kedua sahaja.(sumber : Kang,1993).adalah merupakan karya yang ditulis dengan tangan dalam tulisan Jawi yang dihasikan dalam lingkungan Abad ke-15Mhingga awal abad ke-20M.Dalam manuskrip melayu ini tercatat pelbagai bahan dan ilmu yang menjadi khazanah bangsa Melayu pada masa dahulu.Manuskrip Melayu bukti sejarah kewujudan tulisan jawi dalam tamadun melayudahulu boleh dilihat bahan-bahan bertulis seperti:
*      batu bersurat,
*      manuskrip lama,
*      kertas lama,
*      majalah,
*      batu nisan,
*      bahan-bahan yang dibuat daripada logam, kulit, alat
*      senjata,duit syiling,batu lontar, tembikar dan
seumpamanya
*      ukiran-ukiran pada masjid, istana
*      azimat dan tangkal

Penemuan pertama batu nisan yang tertulis dalam bahasa Arab di Sumatera bertarikh 55 Hijrah (674M) dan di Kedah bertarikh 290 Hijrah jelas telah menunjukkan bahawa tulisan Jawi berasal dari orang Arab yang kemudian telah diubahsuai dengan menambahkan beberapa huruf tambahan kepada huruf Arab bagi menyesuaikannya dengan gaya bahasa orang Melayu yang telah menyumbang kewujudan Tulisan Jawi dalam tamadun Melayu. Akan tetapi siapakah pencipta sebenar kepada tulisan Jawi tidak dapat dipastikan dengan tepat.

  Ciri- Ciri Tulisan Jawi

Terdapat empat ciri Utama yang terdapat pada Skrip Jawi iaitu :
a) bertindan secara menegak
b) ligatur
c) aksara-askara berbaris atau mempunyai titik
d) aksara bersambung
* Aksara Jawi mempunyai 36 aksara dimana 30 aksara adalah merupakan aksara yang dipinjam dari Aksara Arab dan Enam Abjad tambahan.




katakan like jika best ya!

25 comments:

jue zuliana said...

Tq atas perkongsian .....:)

hindon wahid said...

terima kasih, minta copy nota- boleh membantu golongan veteran yg sambung belajar.

Anonymous said...

Terima kasih banyak2. Ilmu yg ada dapat menambahkan pengetahuan

Anonymous said...

tq nota yg terbaik. keep it up ...

Ieqa Swetluv said...

to @jue zuliana ~

sama2

Ieqa Swetluv said...

to @hindon wahid~

sama2. harap dapat membantu

Normah Santaim said...

TQ atas perkongsian berguna ni. Mohon Share ye

Anonymous said...

nota yang mantap

Sahmiza Wati said...

boleh share ? Tq sahmizawati.kamis@gmail.com

bmmeipgkbm said...

terima kasih
izinkan utk saya gunakan

Siti Rohaidah said...


terima kasih... sangat membantu saya..
allah sahaja yang dapat membalas jasa anda...

SK Tengkera Dua said...

tqvm.......

Rohayah Jaafar said...

tk, dapat kongsi nota, esok nak periksa

Rohani said...

tq,bahan yang sangat berguna.

Anonymous said...

terima kasih, nota yg sangat membantu

NAMAKU SHIDAH said...

TERIMA KASIH....SUPERB...

Anonymous said...

Terima kasih di atas perkongsian ini...

Anonymous said...

terima kasih, very interesting.

Anonymous said...

nota yg berguna

Anonymous said...

terima ksh ats perkongsian

Anonymous said...

tq

jamiah abd kadir said...

Terima kasih..

Rokiah Dollah said...

terima kasih...senang nak baca nota mcm ni...

Rokiah Dollah said...

terima kasih....atas perkongsian nota ni

Anonymous said...

terima kasih perkongsian nota ni..