Tabung Masa Depan

Tuesday, June 4, 2013

Aidilfitri di SK Rengas Bekah




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Bila Ieqa belek-belek semula gambar-gambar lama semasa berpraktikum di SK Rengas Bekah, antara pic yang paling menarik perhatian Ieqa, pic semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri di sekolah. Terasa rindu sangat kat murid-murid Ieqa. Wajah-wajah ceria diorang kadang-kadang wat Ieqa tergelak sorang-sorang mengingatkan keletah dan gelagat diorang.




Bila sambutan raya, semua murid akan bawa pelbagai jenis kuih raya. Ada almond london, tat nenas, biskut cornflakes dan banyak lagi. Ieqa yang tengok ni pun jadi rambang mata nak makan yang mana satu sebab tengok semua sedap-sedap belaka. Sangat menyeronokkan bila semua murid kumpulkan kuih-kuih mereka di satu barisan meja dan semua berpeluang untuk rasa pelbagai jenis kuih yang ada.







Waktu Ieqa berpraktikum di sini, dua orang guru pelatih dari IPG Ieqa tengah ber-pbs kat sini.. Inilah adik-adik bakal guru kita.. Kedua-duanya daripada unit Pendidikan Agama Islam. Ayu je Ieqa tengok diorang, manis-manis budaknya hee..






Lepas makan-makan dan jamuan raya murid-murid, sekarang masa untuk persembahan daripada murid-murid pula. Apa lagu perut sudah kenyang hati pun riang. Cikgunya je tengah bersabar tak makan lagi excited tunggu persembahan murid-murid kita ni.


Persembahan Tarian daripada murid-murid prasekolah. Comelnya..


Persembahan nasyid 


Pelbagai persembahan telah ditampilkan oleh murid-murid. Ada persembahan nyanyian lagu raya, nasyid, fesyen Aidilfitri dan banyak lagi. Semua warga SKRB sama-sama berkumpul di dewan tertutup untuk menonton persembahan murid. Tengok tu, khusyuk betul anak-anak murid cikgu ni tengok persembahan kawan-kawan dia ya..









Haa.. kalau nak tau, murid-murid ni daripada Tahun 3 Amanah, salah satu kelas yang Ieqa ajar di SKRB. Comel-comel kan semuanya. Diorang tengah menunggu turn nak buat persembahan tu, semangat nak menyanyi lagu raya jap gi hehe. 


Guru pembimbing kami, Cikgu Yani


Antara cikgu yang paling rapat dengan Ieqa dan selalu bagi bimbingan dan semangat , Kak Zam dan Kak Na


Dah puas bergambar, da habis persembahan. Ok, sekarang time cikgu pula nak melantak, kebuluran sudah ni tak sabar da hehehe..









Happy sangat dapat join sambutan macam ini. Selain dapat mengeratkan hubungan sesama cikgu, dapat juga merapatkan lagi hubungan guru dan murid-murid. Part yang paling best, of course la MAKAN TIME hehe. (Kantoi aku ni kuat makan hahaha =P )



Nak baca lagi Alkisah Praktikum Cikgu Atiqah? Jom klik sini! ( link )




katakan like jika best ya!

No comments: