Masalah 1
Masalah yang kerap berlaku berhubung dengan kegiatan sukan pelajar ialah bilangan pelajar yang ramai tetapi peralatan permainan yang tidak mencukupi untuk menampung kegunaan para pelajar pada satu-satu masa tertentu. Hal ini berlaku disebabkan oleh masalah peruntukan daripada pihak sekolah yang telah dibahagikan sama rata untuk permainan-permainan sukan yang lain yang terdapat di sekolah.
Penyelesaian
Para guru haruslah memainkan peranan bagi membantu untuk mengatasi masalah ini. Jika kekurangan meja ping pong guru hendaklah corak dan aktiviti pelajar. Contohnya, terdapat kumpulan pelajar yang menimbang bola dan mengawal bola, terdapat juga kumpulan pelajar yang membuat permainan ping pong kecil iaitu bermain tanpa menggunakan meja. Ini adalah latihan untuk pelajar belajar cara menerima bola, serta terdapat juga pelajar yang belajar bermain di meja ping pong untuk menservis bola.
Masalah kekurangan peralatan permainan ini boleh menyebabkan pelajar merasa bosan. Oleh itu, bagi menyelesaikan masalah kekurangan meja, guru haruslah mencari inisiatif lain seperti menggunakan meja makan di kantin sekolah kerana saiz meja di kantin hampir sama dengan meja ping pong yang sebenar dan sesuai digunakan untuk melatih pelajar bermain. Keadaan ini sesuai untuk bermain buat sementara waktu sahaja. Manakala jika terdapat kekurangan bet ping pong pula, guru yang bertugas boleh mengarahkan pelajarnya menyediakan satu bet buatan sendiri dengan menggunakan papan playwood dan dilapik dengan lapisan getah.
Selain itu, net pada meja juga dapat digantikan dengan menggunakan tali seperti tali nilon, guni bawang dan jala untuk membuat jalinan tali yang seakan-akan sama dengan net yang asal. Bagi membuat pembahagian sempadan pada meja, guru boleh menggunakan saltip kertas atau mana-mana saltip yang dapat digunakan pada meja kayu untuk menandai persempadanan meja tersebut.
Gambarajah di bawah adalah contoh net yang telah dianyam menggunakan tali rafia:
Kelab ping pong juga boleh mengumpul wang untuk membeli net dalam jumlah yang mencukupi kerana harganya tidaklah terlalu mahal. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh mengumpul dana bagi menambah dan mencukupkan peralatan-peralatan bagi permainan ping pong.
Masalah 2
Salah satu masalah yang selalu dihadapi dalam permainan ping pong ialah bola ping pong yang mudah kemek.
Penyelesaian:
Cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan merendamkan bola tersebut di dalam air suam selama 15 minit atau sehinga bola tersebut mengembang dan kembail kepada bentuk yang asal.
Masalah 3:
Kelemahan dalam menyeimbangkan kedudukan bola ping pong.
Penyelesaian:
Pemain-pemain boleh berlatih melantunkan bola ping pong seberapa banyak yang mungkin di atas permukaan yang keras dan leper serta keras seperti buku yang berkulit tebal. Semasa latihan melantun bola, bola hendaklah disambut dengan baik dan tidak jatuh ke tanah dan pemain harus berusaha untuk menyeimbangkannya.
Masalah 4:
Tidak pandai servis.
Penyelesaian:
Pemain-pemain boleh berlatih dengan memukul bola ping pong ke dinding sehingga betul-betul boleh memberi tumpuan pada bola dan seterusnya dapat memukul bola tersebut dengan baik.
Masalah 5
Masalah yang sering dihadapi keti bermain ping pong adalah kecederaan pada badan kerana tidak mendapat regangan yang cukup kuat. Masalah kecederaan otot adalah berpunca daripada permainan yang tidak dimulai dengan pemanasan badan atau regangan.
Penyelesaian
Memanaskan badan sebelum bermain adalah amat penting supaya boleh bermain dengan baik dan tidak berlaku kecederaan. Tanpa regangan, kita akan bermain dengan otot yang sejuk dan tegang berbanding otot yang panas dan longgar akan meringankan semua pergerakan. Sebarang pergerakan yang mengejut dan tidak diduga akan menyebabkan kecederaan sekiranya tiada regangan. Untuk mengatasi masalah kecederaan ini kita boleh melakukan aktiviti memanaskan badan seperti berikut :
1. Memanaskan badan
Memulakan sesi permainan dengan jogging ringkas atau berjalan cergas untuk aliran darah ke otot. Ini membolehkan otot bersedia untuk melakukan aktiviti dan membolehkan pemain bermain dengan tangkas.
Apabila otot sudah agak panas, regangan bahagian yang kerap digunakan lakukan regangan perlahan–lahan dan lembut antara 6–8 kali. Untuk mengelakkan kecederaan, jangan sekali–kali regangkan otot yang sejuk. Antara bahagian yang perlu diregangkan adalah seperti leher, bahu, pergelangan tangan, badan. belakang/pinggul, harmstring, kuadrisep dan betis.
Masalah 6
Pelajar tidak mengetahui cara memegang dan genggaman bet ping pong dengan betul.
Penyelesaian
Bagi pelajar yang baru pertama kali bermain ping pong, semestinya mereka tidak mahir memegang dan tidak mengetahui genggaman bet ping pong dengan betul. Dengan ini, ia mengganggu proses permainan ping pong. Berikut merupakan cara memegang dan genggaman bet ping pong yang betul :
1) Genggaman jabat tangan / salam
Ini merupakan genggaman paling popular di seluruh dunia. Ia memberikan permainan menyeluruh yang terbaik di samping pukulan kilas yang terbaik.
Cara genggaman jabat tangan / salam :
i. Dengan posisi mata raket serenjang dengan lantai, genggam raket seolah-olah sedang berjabat salam.
ii. Unjurkan jari telunjuk di sepanjang bawah permukaan mata raket sementara ibu jari berada di atas permukaan mata raket sebelah lagi.
iii. Ibu jari hendaklah dibengkokkan sedikit supaya kedudukan kuku jari tersebut adalah serenjang dengan permukaan raket yang digunakan untuk memukul.
iv. Mata raket terletak di celah-celah ibu jari dan jari telunjuk kira-kira suku inci ke arah jari telunjuk.
2) Genggaman pegangan pen
Ini merupakan genggaman kedua paling popular. Ia memberi pukulan depan yang mungkin terbaik tetapi membuatkan pukulan kilas lebih sukar. Cara memegang raket ialah pegang raket terbalik, genggam bahagian raket di mana pemegangnya bertemu mata raket dengan ibu jari dan jari telunjuk. Ia sama dengan cara kita memegang pen.
3) Genggaman seemiller.
Ia merupakan variasi kepada genggaman salam. Dengan genggaman ini, boleh membuatkan semua pukulan dengan sebelah mata raket dan membiarkan mata sebelah lagi bebas sebagai permukaan alternative yang boleh digunakan untuk melakukan kejutan. Genggaman jenis ini adalah untuk pemain yang pergerakan tangannya amat pantas dan yang gemar menperdayakan lawan.
Cara genggaman seemiler :
i. Genggam raket dengan genggaman salam.
ii. Pusingkan atas raket antara 20-90 darjah ke arah anda.
iii. Bengkokkan ke dalam jari telunjuk anda di sekeliling tepi raket.
iv. Jari telunjuk dan ibu jari menahan muka raket itu sendiri di antaranya dan pemegang raket ditahan untuk 3 lagi jari selebihnya.
Mengajar murid cara memegang bet ping pong.
Pada peringkat permulaannya, kebanyakan murid tidak mengetahui cara untuk memegang bet dengan sebetulnya. Sebagai seorang guru atau pembimbing yang akan mengajar sukan ping pong ini, kita perlu mengajar cara bet yang betul kepada murid-murid.
Alatan yang diperlukan untuk sesi pengajaran ini ialah:
• Bet ping pong dan bola ping pong
• Gambar cara memegang bet ping pong
Cara-cara untuk mengajar pula adalah seperti berikut :
Terdapat dua cara yang boleh digunakan untuk memegang bet ping pong. Cara-cara tersebut adalah mengikut kepada keselesaan pemain/ murid. Di dalam kelas, pada peringkat permulaannya, guru boleh menggunakan gambar yang menunjukkan cara untuk memegang bet tersebut kepada murid-murid.
Selain itu, bagi mengukuhkan lagi kefahaman murid, guru boleh membuat demonstrasi cara memegang bet tersebut. Kemudian, meminta beberapa orang murid untuk datang ke hadapan bagi menunjukkan cara memegang bet mengikut keselesaan masing-masing dan cuba menimbang bola yang disediakan. Jika terdapat sebarang kesalahan, guru hendaklah menegur dan menperbetulkan kesalahan murid agar ianya tidak berulang lagi.
No comments:
Post a Comment