Tabung Masa Depan

Monday, June 3, 2013

Nota Kejurulatihan dalam Permainan Bola Jaring



Pemain-pemain dalam permainan bola jaring haruslah memiliki kemahiran yang khusus. Oleh itu,adalah satu kemestian seorang jurulatih mengetahui dan menguasai kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam permainan ini untuk memastikan pemain yang berada di bawah bimbingan dapat menguasai permainan ini dengan baik. Disamping itu, seorang jurulatih haruslah sentiasa mengikuti perkembangan semasa tentang permainan ini serta mengetahui undang-undang dengan jelas.


ALATAN DALAM PERMAINAN BOLA JARING


Antara beberapa peralatan yang wajib disediakan dalam sukan bola jaring adalah seperti berikut:

-Bola
Rupanya seperti bola keranjang. Bola tersebut mempunyai saiz 5, berdiameter 99-102 cm dan beratnya 6.35-7.26g. Bola ini diperbuat daripada getah atau kulit.

-Tiang Gol

Di kedua-dua belang gelanggang dipasang tiang gol yang tingginya 3.05 m (10 kaki). Biasanya tiang gol diperbuat daripada besi. Bulatan besi berjaring yang terletak di bahagian atas tiang mempunyai diameter 38cm.


-Gelanggang

Terdapat dua jenis gelanggang bola jaring iaitu gelanggang terbuka dan tertutup. Gelanggang ini merupakan gelanggang berumput di kawasan terbuka atau dibuat khas dengan menggunakan simen atau perkey untuk gelanggang tertutup.

Gelanggang bola jaring besar sedikit dari gelanggang bola keranjang, sepanjang 30.5m dan selebar 15.25m. Garis panjang dikenali sebagai Garis Sisi dan garis panjang dikenali sebagai Garis Gol (Goal Lines). Gelanggang dibahagi kepada tiga kawasan sama besar. Bulatan Pusat bergaris pusat 90cm terletak ditengah gelanggang. Separuh bulatan bergaris pusat (radius) 4.9m pada setiap Garis Gol dikenali sebagai Bulatan Gol. Lebar garis gelanggang tidak lebih dari 50mm.

Gelanggang bola jaring boleh dibahagikan kepada 3 kawasan atau petak yang sama ukuran. Dua buah kawasan merupakan kawasan gol. Kawasan lain ialah centre atau kawasan tengah. Kawasan tengah ini pula terletaknya bulatan tengah.

Di kedua-dua hujung gelanggang, iaitu di kawasan pertama dan ketiga, terdapat garisan semi-circle atau separuh bulatan yang merupakan bulatan gol.





-Pemain

Terdapat tujuh pemain dalam setiap pasukan, yang diberi kedudukan yang ditetapkan (sesetengah variasi remaja/latihan hanya mempunyai lima pemain setiap pasukan.) Setiap pemain memakai perlu "bib" menunjukkan satu dari kedudukan di bawah, menunjukkan kedudukan pemain tersebut. Setiap pemain hanya dibenarkan di sudut tertentu di gelanggang: pemain yang terkeluar dari kedudukan mereka dianggap "offside". Kedudukan digambarkan di bawah:


Kedudukan bola jaring  ↓  ↓
Nama kedudukan
Singkatan
Lawan
Kawasan dibenarkan
Goal Shooter
GS
Goal Keeper.
Attacking third, including goal circle
Goal Attack
GA
Goal Defence
Attacking and centre thirds, including the goal circle
Wing Attack
WA
Wing Defence
Attacking and centre thirds, but not the goal circle
Centre
C
Centre
Attacking, centre, and defending thirds, but not the goal circles
Wing Defence
WD
Wing Attack
Centre and defending thirds, but not the goal circle
Goal Defence
GD
Goal Attack
Centre and defending thirds, including the goal circle
Goal Keeper
GK
Goal Shooter
Defending third, including the goal circle



Berikut adalah antara Kemahiran-kemahiran asas yang terdapat dalam bola jaring :

-Gerak kaki : 

Kemahiran gerak kaki merupakan merupakan kemahiran yang sangat penting dalam permulaan pembelajaran. Walaupun seorang pemain menyambut atau membaling dengan baik, dia tidak akan menjadi pemain yang baik sehinggalah dia boleh bergerak secara efisien di sekeliling gelanggang.

Kunci kepada gerak kaki yang sempurna ialah imbangan. Untuk mendapatkan gerak kaki yang baik pastikan berat badan diimbang di atas kaki dengan lutut-lutut dan pergelangan kaki mengendur,kaki di kangkang, dan bersedia untuk bergerak ke mana-mana arah. Corak langkahan haruslah tetap dan tidak terlalu panjang. 

Untuk mendapatkan bola, lutut dibengkokkan sedikit dan kemudian diikuti dengan dengan tolokan kuat dari gelanggang oleh keseluruhan badan terutama oleh badan dan dada,serta dibantu oleh hayunan lengan yang kuat apabila tangan dihulurkan untuk menyambut bola. Antara pergerakan kaki yang terdapat dalam permainan ini ialah kemahiran menukar arah, memutar, dan kaki mendarat. 

Terdapat beberapa peraturan berkaitan gerakan kaki iaitu : 

1. Selepas menangkap bola, pemain dibenarkan mendarat di mana-mana satu kaki atau kedua-dua kaki dan kemudian melakukan pelbagai pergerakan.
2. Kaki yang pertama mendarat selepas pemain mendapat bola dipanggil kaki mendarat.
3. Jika pemain mendarat diatas kedua-dua kaki serentak, ia akan dipanggil kaki mendarat. 
4. Jika pergerakan kaki melanggar peraturan-peraturan gerak kaki, kesalahan ini dipanggil melangkah-langkah atau stepping.


-Hantaran : 

Terdapat pelbagai cara membaling bola. Ia bergantung kepada beberapa cara iaitu :
1. Posisi penerima
2. Posisi pemain lawan
3. Bagaimana bola ditangkap 

Prinsip-prinsip hantaran : 

Setiap balingan memerlukan persediaan 
Berat badan diletakkan diatas kaki kanan dengan sisi kiri badan   menunjukkan kearah balingan kecuali untuk balingan mengunakan dua belah tangan di mana badan mengadap ke arah yang diperlukan.
Terdapat pertukaran berat badan daripada kaki belakang kepada kaki depan yang harus menunjukkan di mana balingan akan dibuat
Kekuatan balingan bertambah dengan pergerakan kuat pergelangan tangan dan jari. 
Setiap balingan mengikut lajak ke arah hantaran.
Setiap hantaran harus dinilai bergantung kepada arah dan kelajuan pergerakan penerima.
Lima jenis hantaran yang biasa digunakan ialah: 
Hantaran aras bahu 
hantaran aras dada
hantaran aras kepala 
hantaran bawah tangan 
hantaran lantun 


-Sambutan :

kemahiran memegang bola adalah kemahiran asas yang mana kemahiran membaling dan menyambut bola dengan baik berasal daripadanya. Cara menyambut bola yang baik bergantung kepada kemahiran memegang bola.Untuk menangkap tangan dengan sebelah tangan, tangan hendaklah mengendur dan harus ditadahkan sedikit. Tapak tangan dan jari haruslah dibuka untuk menerima bola

Prinsip-prinsip asas untuk menyambut bola ialah :
1. Memandang bola
2. Menghulur tangan dan badan untuk menangkap bola.
3. Menerima bola kedalam tangan. 
4. Membawa bola ke arah rakan. 


-Jaringan : 

kemahiran menjaring adalah kemahiran tertutup dan pemain boleh dilatih berasingan daripada ahli-ahli pasukan yang lain. Setiap pemain perlu mahir membuat jaringan. Walaupun Cuma dua orang pemain yang dibenar membuat jaringan namun pemain lain masih perlu menguasai permainan ini kerana ada kalanya penjaring tidak dapat bermain dengan baik dan perlu diganti dengan pemain yang lain.
Percubaan jaringan boleh dilakukan dimana-mana tempat di dalam bulatan jaringan. Terdapat pelbagai gaya untuk menjaringkan gol, antaranya :

  1.jaringan statik 
  2.melangkah ke depan dan menjaring 
  3.berlari sambil menjaring




katakan like jika best ya!

10 comments:

Anonymous said...

saya nk copy untuk tugasan saya okayy

Anonymous said...

saya nk copy untuk buat tugasan saya okayy . terima kasihh

lax2005group91 said...

MENarikkkk

Unknown said...

amazingg...like it

Unknown said...

amazing...like it

Anonymous said...

ilmu yang bermanfaat.....

Unknown said...

ilmu yang begitu bermaanfaat dan ianya snagat berguna dalam melaksnakan tugasan sya

Unknown said...

sya suka cara mepeyampaiannya thanks

Anonymous said...

good

Anonymous said...

good