Perkataan falsafah agak sukar didefinisikan secara formal. Menurut Rendall dan Buchler (1970), setiap definisi yang diberikan sebenarnya hanya mencerminkan kebudayaan individu yang mendefinisikannya. Perkataan falsafah berasal daripada perkataan Yunani Tua iaitu Philosophia yang dimajmukkan daripada dua perkataan iaitu ‘philos’ yang bermaksud ‘ cinta’ dan ‘sophia’ yang bermaksud kebijaksanaan. Perkataan Philosophia di sini dapat dirumuskan sebagai ‘perasaan ingin tahu yang mendalam’ atau ‘ suka dan cinta dengan mendalam’.
Dalam konsep pendidikan, menurut Kamus Pendidikan (1979), pendidikan adalah satu proses menyeluruh bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dan tingkah laku manusia. Begitu juga dengan pendapat Dewey, seorang tokoh pendidik Barat yang terkenal menyatakan Pendidikan adalah satu proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan lagi kedudukan manusia. Disini dapat dieertikan bahawa falsafah pendidikan adalah satu perkara yang praktik, yang berkait dengan soal pendidikan. Falsafah pendidikan merupakan suatu sistem kepercayaan, pegangan dan prinsip am yang mana membincangkan berbagai hal mengenai pendidikan dan pengajaran yang patut dijalankan di sekolah atau di bilik-bilik darjah.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menyatakan;
Secara ringkas, FPK mnggariskan segala istilah, pemikiran, dan prinsip berkaitan dengan pendidikan di negara kita. FPK menggabungkan matlamat, dasar-dasar, dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik. Tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini dibina adalah untuk menjelaskan secara rasional amalan-amalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982).
Pembentukan FPK bermula pada 1979, dimana idea ini tercetus setelah penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji pelaksanaan Dasar Pelajaran. Laporan tersebut mengandungi isu-isu penting berkaitan dengan pendidikan termasuk prinsip, nilai dan hala tuju pendidikan. Konsep identiti kebangsaan, perpaduan dan prinsip-prinsip ideologi kebangsaan adalah selaras dengan tujuan dan matlamat pendidikan di Malaysia. FPK bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang sempurna dan seimbang dalam semua aspek; jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, berdasarkan kelima-lima Rukun Negara. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.
1 comment:
hye...i want to copy your note...
thanks for your sharing.
Post a Comment